Ibadah Korban merupakan suatu ibadah yang bersifat maaliyah (harta) yang menuntut mana-mana individu Muslim berkongsi sebahagian daripada kesenangan mereka dengan cara menyembelih haiwan ternakan untuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan agar sama-sama dapat merasai nikmat makan daging setidak-tidaknya setahun sekali.

Dalam situasi masyarakat kita yang berbilang etnik serta kepercayaan agama,seringkali timbul su berkenaan pembahagian daging korban kepada masyarakat bukan Islam,apakah hal ini dibenarkan oleh syarak atau tidak?

Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi’iy yang menjadi pegangan kita di Malaysia, haram hukumnya untuk memberikan daging korban atau aqiqah kepada golongan bukan Islam, kerana ibadah Korban merupadakan suatu tuntutan ibadah berbentuk Ta’abbudi yang mengkhususkan keterlibatannya kepada orang Islam sahaja seperti Zakat.

Pun begitu,menurut  Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, ada berberapa pendapat mazhab lain yang mengharuskan pemberian daging korban kepada golongan bukan Islam, seperti berikut:

  • Al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah memberikan rukhsah (keringanan) bagi kafir zimmi yang fakir untuk diberikan kepada mereka daging korban. Ini juga adalah pendapat al-Hasan al-Basri Rahimahullah dan juga Abu Thaur Rahimahullah.

  • Mazhab Maliki berpendapat hukumnya makruh seperti memberi makan kepada Yahudi atau Nasrani. 

  • Mazhab Hanbali berpendapat hukumnya harus dihadiahkan kepada orang kafir daripada daging korban yang sunat. Adapun yang wajib tidak diharuskan.

Meskipun ada berberapa pendapat yang membolehkan penberian daging korban atau aqiqah kepada golongan bukan Islam,namun hal ini perlu dicermati mengikut keadaan tertentu.

Secara praktikalnya menurut seorang pendakwah bebas dan aktivis kemasyarakatan, Ustaz Mohammad Hakimi Abdul Mutalib, situasi daging korban diberikan kepada masyarakat bukan Muslim adalah apabila ibadah korban dilakukan dalam di perkampungan saudara baru dari kalangan masyarakat Pribumi misalnya suku kaum Murut di Sabah, yang mana segelintir ahli keluarga terdekat mereka yang belum lagi memeluk Islam.

Kebiasaannya, Daging Korban tersebut tidaklah dibahagikan mentah sepertimana cara agihan kepada orang-orang Islam tetapi dimasak secara bergotong-royong untuk dijamu kepada seluruh penduduk termasuk golongan yang belum memeluk Islam tadi. Hal ini dilakukan supaya mereka berpeluang mendekati dan menyelami keindahan ajaran Islam yang menekankan konsep rahmat kepada seluruh manusia jagat.

Situasi ini jauh berbeza dengan mereka yang sekadar berjiran dengan individu yang bukan beragama Islam yang mana kebiasaannya jika kita memberikan penerangan yang berhemah tentang mengapa daging korban tidak diagihkan kepada mereka,sudah pasti dapat mengatasi sebarang salah faham tentang korban.

Justeru penulis menyarankan agar pelaksana dan peserta ibadah korban mempertimbangkan solusi berikut agar perkara ini tidak menjadi polemik yang boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasayarakat antara orang Islam dan golonfgan bukan Islam.

  1. Berikan penerangan yang berhemah secara bijaksana tanpa sebarang unsur provokatif kepada golongan bukan Islam bagi menjelaskan rasional mengapa daging korban tidak dikongsikan kepada mereka.

  2. Teliti dan utamakan pembahagian daging korban kepada orang Islam setempat terlebih dahulu,khususnya dari kalangan mereka yang kurang bernsib baik.

  3. Peruntukkan sebahagian daging yang lain dari hasil hibah atau hadiah yang bukan diniatkan atas ibadah Korban untuk diagihkan kepada golongan bukan Islam supaya tidak timbul sebarang prejudis atau syak wasangka.

Semoga tulisan ringkas ini bermanfaat dalam merungkai isu ini yang tidak sewajarnya menjadi suatu hal yang dipermasalahkan kerana kita sememangnya telah lama hidup saling bahu membahu sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit,bangsa atau pegangan agama sejak sebelum kemerdekaan negara kita lagi.

RUJUKAN:

1) Tuhfah Al-Muhtaj bi Syarh Al-Minhaj, Imam Ibnu Hajar Al-Haithami

2) Garis Panduan Perlaksanaan Ibadah Qurban, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

3)Fiqah Ibadah Qurban, Ustaz Ahmad Lutfi bin Muharam

4)Irsyad Al-Fatwa Khas Haji & Korban Siri 4: Hukum Memberi Makan Daging Korban Kepada Non-Muslim ,Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1071-irsyad-al-fatwa-khas-haji-korban-siri-4-hukum-memberi-makan-daging-korban-kepada-non-muslim


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.