Alhamdulillah, kita masih di dalam ‘mood’ merayakan bulan kelahiran Rasulullah s.a.w. Apa yang menarik, sejak satu dekad, sambutan maulid tidak hanya terhad pada Rabiuawal bahkan setiap bulan, setiap minggu di majlis-majlis keramaian dan ilmu.
Sekaligus menolak dakwaan mereka yang menuduh orang yang menyambut Rabiuawal hanya ingat Rasulullah setahun sekali. Nah, ternyata tak perlu dijawab dengan dalil tetapi terus disemarakkan.
Di Tanah Melayu, perayaan besar-besaran menyambut Maulidul Rasul yang setakat ini dijumpai dalam lembaran sejarah diusahakan atas inisiatif Kesultanan Aceh Darul Salam. Pohon Kerajaan Aceh yang diwartakan dalam zaman Paduka Sri Sultan Alaiddin Djohan Ali Ibrahim Mughayat Syah (1511-1530) :
‘Diwajibkan di atas sekelian rakyat Aceh mengerjakan kenduri maulid Nabi SAW tiga bulan sepuluh hari waktunya supaya dapat sambung silaturrahmi kampung dengan kampung datang mendatangi kunjung mengunjungi berganti makan kenduri maulid. ‘
Alhamdulillah, adat ini masih terus berlangsung sehingga masa kini. Moga Allah s.w.t meningkatkan martabat Sultan Ali Ibrahim Mughayat Syah al Qahhar serta menghimpunkan baginda bersama jemaah Rasulullah s.a.w di Jannatul Firdaus atas jasa baginda yang besar pada suatu titah yang cukup signifikan ini. Amiin ya Robbal ‘alamiin.
Berbalik kepada sambutan Maulid Ar Rasul yang semakin rancak, tidak dinafikan timbul pertanyaan dan wujud golongan yang tidak merayakan Maulidul Rasul dengan alasan tertentu. Kita tetap menghormati pandangan mereka, namun jika sudah sampai ke tahap menyesatkan dan membidaah dholalah, saya kira itu sudah melampau.
Sebenarnya jika berbicara hukum keharusan sambutan maulid, boleh rujuk kitab Imam Suyuti yang berjudul al-Hawi Lil Fatawa antaranya dan kitab – kitab para ulama lain yang tersangat banyak. Jika naqal semuanya, boleh jadi sebuah kitab yang panjang lebar.
Oleh itu, secara ringkasnya untuk artikel kali ini, oleh kerana saya sedar bahawa saya bukannya orang yang layak berbicara bab hukum hakam, maka saya hanya menterjemahkan fatwa yang dikeluarkan oleh Darul Ifta’ Mesir yang merupakan antara badan rujukan fatwa dan hukum hakam yang terkenal dan patuh Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Menurut Badan Fatwa tersebut,
الاحتفالُ بِمولدِ النَّبي صلى الله عليه وآله وسلم مِن أفضل الأعمال وأعظم القربات؛ لأنه تعبير عن الفرح والحب للنبي صلى الله عليه وآله وسلم الذي هو أصل من أصول الإيمان؛ فقد صح عنه أنه صلى الله عليه وآله وسلم قال: «لا يُؤمِنُ أَحَدُكم حتى أَكُونَ أَحَبَّ إليه مِن والِدِه ووَلَدِه والنَّاسِ أَجمَعِينَ» رواه البخاري، كما أنه صلى الله عليه وآله وسلم قد سنَّ لنا جنس الشكرِ لله تعالى على مِيلاده الشريف؛ فكان يَصومُ يومَ الإثنينِ ويقول: «ذلكَ يَومٌ وُلِدتُ فيه» رواه مسلم.
فإذا انضمت إلى ذلك المقاصدُ الصالحةُ الأخرى؛ كإدخال السرور على أهل البيت وصلة الأرحام فإنه يصبح مستحبًّا مندوبًا إليه، فإذا كان ذلك تعبيرًا عن الفرح بمولد المصطفى صلى الله عليه وآله وسلم كان أشد مشروعية وندبًا واستحبابًا، لأن الوسائل تأخذ أحكام المقاصد، فكان القول ببدعيته -فضلًا عن القول بتحريمه أو المنع منه- ضربًا من التنطع المذموم؛ لأن البدعة المنهي عنها هي ما أُحدِثَ مما يخالف كتابًا أو سنة أو أثرًا أو إجماعًا؛ فهذه بدعة الضلالة، وادِّعاء أن أحدًا من الصحابة لم يحتفل بمولد النبي الكريم صلى الله عليه وآله ليس بصحيح أيضًا؛ لما ورد في السنة النبوية من احتفال الصحابة الكرام بالنبي صلى الله عليه وآله وسلم مع إقراره لذلك وإِذْنه فيه؛ فعن بُرَيدة الأسلمي رضي الله عنه قال: خرج رسول اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم في بعض مغازيه، فلمَّا انصرف جاءت جاريةٌ سوداء فقالت: يا رسول الله، إنِّي كنت نذَرتُ إن رَدَّكَ اللهُ سَالِمًا أَن أَضرِبَ بينَ يَدَيكَ بالدُّفِّ وأَتَغَنَّى، فقالَ لها رسولُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم: «إن كُنتِ نَذَرتِ فاضرِبِي، وإلَّا فلا» رواه أحمد والترمذي.
Menyambut perayaan Maulid Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik amal dan sebaik-baik amalan yang mendekatkan diri kepada Allah (taqqarub). Ini kerana, perayaan maulid adalah ekspresi kegembiraan dan kecintaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan salah satu usul dan dari usul-usul Iman. Sesungguhnya telah sabit dari Rasulullah s.a.w yang telah bersabda :
لا يُؤمِنُ أَحَدُكم حتى أَكُونَ أَحَبَّ إليه مِن والِدِه ووَلَدِه والنَّاسِ أَجمَعِينَ
“Tidak (sempurna) iman seseorang itu sehingga lah aku terlebih dia cintai melebihi ibu bapanya, anaknya dan sekalian manusia lain” (HR Bukhari)
Demikian juga Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan suatu Sunnah kepada kita yang merupakan bentuk kesyukuran kepada Allah Taala di atas kelahirannya yang mulia. Adalah Rasulullah s.a.w sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Baginda s.a.w menjawab (apabila ditanya oleh sahabat, apakh sebab Baginda melazimi berpuasa pada hari Isnin)
ذلكَ يَومٌ وُلِدتُ فيه
“Pada hari tersebut (Isnin), aku dilahirkan” (HR Muslim)
Apabila terkandung tujuan-tujuan yang baik seperti membahagiakan ahli keluarga, menyambung silarturahmi (di dalam sambutan maulid), justeru itu, majlis tersebut adalah sangat digalakkan dan disunatkan.
Sekiranya perayaan itu bertujuan menzahirkan kegembiraan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, majlis itu adalah sebaik-sebaik syariat, sebaik-baik sunat dan sebaik-baik galakan. Ini kerana berdasarkan kaedah fiqh yang masyhur, al wasail ta’khuzu Ahkam al Maqasid iaitu ‘hukum perantara kepada tujuan adalah seperti hukum tujuan’.
(Pengertian al wasilah ialah jalan, cara atau kaedah atau faktor-faktor yang mencapai tujuan. Beberapa kaedah yang masuk dalam kaedah ini, antaranya ialah perkara wajib yang tidak boleh sempurna dengannya melainkan kewujudan suatu perkara, maka perkara itu dihukumkan wajib juga. Demikian juga perkara Sunat yang tidak boleh sempurna melainkan suatu perkara, maka perkara itu menjadi sunat juga) – tambahan penterjemah
Pendapat yang mendakwa bidaah akan perayaan maulid Nabi s.a.w apatah lagi sampai tahap menghukum haram dan atau menegah perayaan maulid adalah salah satu bentuk perkataan melampau (ekstrem) yang tercela.
Ini kerana, bidaah yang ditegah adalah perkara baharu yang menyalahi Kitabullah (Al-Qur’an), Sunnah, Atsar atau Ijma’ Ulama. Sekiranya menyalahi (sumber hukum yang dinyatakan) baru lah dinamakan bidaah yang sesat.
Dakwaan bahawa para sahabat tidak menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w adalah juga tidak benar kerana terdapat di dalam Sunnah Nabawiyah berhubung sambutan para sahabat terhadap Nabi SAW dengan adanya iqrar dan izin dari Baginda s.a.w.
Dari Buraidah al Aslamiy r.anhu, beliau berkata :
خرج رسول اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم في بعض مغازيه، فلمَّا انصرف جاءت جاريةٌ سوداء فقالت: يا رسول الله، إنِّي كنت نذَرتُ إن رَدَّكَ اللهُ سَالِمًا أَن أَضرِبَ بينَ يَدَيكَ بالدُّفِّ وأَتَغَنَّى، فقالَ لها رسولُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم: «إن كُنتِ نَذَرتِ فاضرِبِي، وإلَّا فلا
“Telah keluar Rasulullah s.a.w di sebahagian peperangan, apabila Rasulullah pulang (dari perang), telah datang seorang hamba wanita berkulit hitam, lalu hamba wanita itu berkata:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah bernazar sekiranya Allah kembali kan engkau dengan selamat, aku akan memukul antara dua tanganku dengan gendang sambil aku bernyanyi”
Rasulullah s.a.w menjawab permintaan hamba wanita itu dengan bersabda,
“Sekiranya kamu telah bernazar, maka pukul lah, sekiranya tidak (tidak bernazar), maka tak perlu” (HR Imam Ahmad dan Imam Tirmizi)
Berhubung hadis ini, Dar al Ifta Mesir mengupas lebih lanjut pada artikel yang lain, menurut Darul Ifta Mesir (Lembaga Fatwa Mesir):
فإذا كان الضرب بالدُّفِّ إعلانًا للفرح بقدوم النبي صلى الله عليه وآله وسلم من الغزو أمرًا مشروعًا أقره النبي صلى الله عليه وآله وسلم وأمر بالوفاء بنذره، فإنَّ إعلان الفرح بقدومه صلى الله عليه وآله وسلم إلى الدنيا بالدف أو غيره من مظاهر الفرح المباحة في نفسها أكثر مشروعية وأعظم استحبابًا
Sekiranya memukul gendang kerana menzahirkan kegembiraan kepulangan Nabi Muhammad s.a.w dari perang adalah suatu perkara di syariatkan dengan adanya taqrir (pengakuan dan pengakuan Nabi s.a.w termasuk dalam Sunnah)) dari Nabi Muhammad s.a.w dan Baginda s.a.w juga memerintahkan agar hamba wanita itu menunaikan nazarnya, maka sesungguhnya menzahirkan kegembiraan kedatangan (kelahiran) Rasulullah s.a.w ke dunia ini dengan gendang atau selainnya adalah pengzahiran kegembiraan yang harus yang lebih-lebih lagi di syariatkan dan sebaik-baik galakan.
RUJUKAN:
www.dar-alifta.org / الاحتفال بالمولد النبوي الشريف بالأمسيات الدينية
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih