Kedengaran bunyi hujan boleh memberi ketenangan kepada jiwa. Titisan air pada bumi bagaikan kucupan, menghilangkan haba dan menyuburkan tanah. Tetapi jika dibiar terlalu lama, hujan boleh mengundang banjir.

Jadi senang cakap, hukum “kesederhanaan” sangat terpakai pada hujan. Terlalu banyak, masalah. Terlalu sedikit pun masalah. Tetapi bagaimana jika tiada langsung?

Pertama sekali, kena faham konteks “tiada langsung” dulu. Ia bukannya satu kenyataan tuntas bagaikan mengambil alih kerja Tuhan. Sebaliknya definisi “tiada langsung” merujuk pada situasi yang diketahui selama ini.

Bermakna jika manusia mengkaji sebuah tempat selama 100 tahun, kemudian terjadi sesuatu yang tidak diketahui – bermakna perkara tersebut “langsung tidak pernah” berlaku selama ini.

Itulah konteksnya.

Ada satu tempat di dunia ini yang langsung tidak pernah hujan selama ini. Walau bagaimanapun, tempat ini jauh sekali panas atau padang pasir seperti Lembah Arab. Ia terletak nun jauh di antara Benua Eropah dan Amerika Utara… yakni Greenland yang tidak begitu ramai penghuni.

Tentang Greenland

Dunia ini ada satu penipuan yang besar. Greenland sebenarnya sebuah pulau ais. Dan Iceland pula adalah pulau kehijauan. Pulau Greenland dari dulu lagi menarik perhatian pedagang dan penjelajah.

Sekitar 5,500 tahun dahulu, Greenland dijangka pernah menjadi tanah air kebudayaan Saqqaq yang lenyap beberapa alaf kemudian (Ramsden & Tuck, 2001).

Kedatangan bangsa Norse dengan kapal layar mereka mengubah sejarah hidup di Greenland. Selepas segala jatuh bangun hingga hari ini, Greenland kekal Greenland.

Tulisan sejarah dan rekod saintifik menjadi saksi bahawa bumi Greenland tidak pernah hujan. Sampailah 14 Ogos 2021.

Buminya Basah Kembali

Hari Sabtu 14 Ogos dijangka menjadi hari seperti biasa. Suhu sangat rendah menyebabkan ais kekal beku. Dan ada “banjaran ais” di permukaan Greenland yang tinggi menggunung. Pada ketinggian 3,216 meter, suhu terlalu sejuk hingga hujan pun tidak boleh turun. Namun pada hari itu, hujan turun dengan begitu lebat sekali.

Dijangka air sebanyak 7 bilion tan metrik menyimbah gunung-ganang ais, menyebabkan permukaan ais sebesar 872,000 kilometer persegi cair (Turner, 2021).

Hujannya dalam masa beberapa jam sahaja. Tetapi begitu lebat sampai sebahagian daripada permukaan ais situ berubah terus. Apa yang berlaku sebenarnya mudah difahami. Dan ia bukannya berkat; sebaliknya, satu petanda buruk sedang memberi amaran kepada dunia: suhu Greenland semakin meningkat.

Kejadian ini boleh membawa masalah kepada seluruh dunia. Ais yang cair akan menaikkan aras laut. Apabila aras laut meningkat, banyak kawasan persisiran akan banjir (bagaikan air laut “mengambil” sempadan pantai).

Cuba bayangkan berapa ramai kehilangan punca pendapatan atau tempat tinggal andainya kenaikan aras laut berlaku secara kritikal. Kalau semua ais Greenland cair, aras laut dijangka akan meningkat sebanyak 6 hingga 70 meter.

Ada negara akan tenggelam habis pun. Ini memang satu krisis kemanusiaan yang luar biasa.

Ini adalah bayangan andainya kenaikan aras laut menjadi kritikal. Mana perginya Florida? Mana perginya sebahagian daripada Texas? Amerika Syarikat adalah negara besar. Sekarang bayangkan negara kecil.

Bayangkan Malaysia misalnya, dengan krisis banjir Kelantan tidak kesudahan pun sudah cukup untuk memberi gambaran.

Maka semua boleh faham kenapa ramai orang bergegas untuk mengurangkan impak industri terhadap alam sekitar. Ia bukan propaganda – sebaliknya, ia adalah satu mesej kepada orang ramai, untuk berwaspada sentiasa kerana masa depan kelak boleh cegah daripada segala kesusahan.

RUJUKAN:

Ramsden, P., & Tuck, J. (2001). A Comment On The Pre-Dorset/Dorset Transition in the Eastern Arctic. Anthropological Papers of the University of Alaska. New Series, 1: 7-11.

Turner, B. (2021, Ogos 21). Rain falls on Greenland’s summit for first time in recorded history. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.