Beberapa hari lepas, Presiden Joko Widodo melangkah setapak lagi – memulakan rundingan bagi pelaburan bernilai USD 40 bilion daripada Softbank Group Corp sebagai asas pembentukan ibu negara baru Indonesia di Kalimantan. [1]

Softbank bukan calang-calang. Syarikat ini memiliki aset sebesar USD280bilion dan merupakan pelabur aktif dalam sektor teknologi dunia dengan memiliki sebahagian saham Uber, Ali Baba, Tokopedia dan Yahoo Japan.

Apa rahsia Jokowi? Sesetengah orang mengatakan bahawa rahsia Jokowi adalah menghapuskan rasuah pada penggal pertama dan akhirnya membuka ruang untuknya menarik pelabur pada penggal keduanya hari ini. Lebih kurang macam PH lah kononnya

Salah. Indonesia pada zaman Jokowi masih lagi terpalit dengan rasuah. Kedudukan Indonesia dalam Transparency International (TI) hanya meningkat 2-3 anak tangga selepas Jokowi mengambil alih jawatan utama negara. Malahan pada saat Malaysia dianggap sebagai negara paling kleptokrat oleh PH pun, kedudukan negara kita sebenarnya 20 anak tangga lebih baik daripada Indonesia.

Rahsia sebenar Jokowi adalah kestabilan dan konsistensi dalam menguruskan negara. Kestabilan adalah matlamat politik Islam.

Jokowi memilih pembentukan kerajaan perpaduan (UG) walaupun mempunyai kemampuan untuk memerintah sendiri bersama parti sekutu. Perlantikan musuh politiknya sebagai Menteri Pertahanan – Prabowo Subianto adalah langkah besar dalam mententeramkan pergolakan politik Indonesia yang sedang dilanda rusuhan.

Dan bijaknya Jokowi ini adalah apabila beliau melantik sekutunya Hadi Tjahjanto sebagai Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi mengelakkan potensi kudeta daripada Prabowo yang masih berpengaruh dalam tentera.

Akhirnya, kestabilan kerajaan tercapai kerana ruang pengkhianatan tertutup rapat.

Dan ya, bursa saham Indonesia kini adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara – dengan nilai sebesar RM2.2 trillion.

Kita? Susut nilai hampir RM400 bilion dalam masa 20 bulan.

Pembentukan UG, lantikan barisan menteri teknokrat, kurangnya perbalahan dalaman serta tiadanya menteri buat kenyataan tak ada otak adalah kunci kepada keyakinan pelabur untuk memasuki negara.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Kejuruteraan Elektrik Kuasa daripada Universiti Tenaga Nasional. Berpengalaman hampir 10 tahun di alam pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan jabatan. Beriltizam melihat perpaduan negara melalui amalan politik yang sihat dan sejahtera. Melihat fitnah dan adu domba sebagai ancaman sebenar negara yang perlu dilawan semua.

Comments are closed.