Drone milik US ditembak jatuh di Selat Hormuz dekat kawasan perairan Iran semalam. Ramai anggap kejadian itu akan memberi “casus belli” (justifikasi peperangan) kepada US untuk menyerang Iran, selepas berbulan-bulan sekatan dan ugutan dibuat oleh Trump.

Tapi Trump nampaknya cuba elakkan berperang dengan Iran. Malah semasa ditemu bual oleh wartawan, Trump menyifatkan tindakan Iran itu sebagai satu kesilapan** (mistake) yang tak berniat (https://www.youtube.com/watch?v=sknEEX-Jf_8). Dia pulak backup Iran. Trump ada bagi hint dia akan ambil tindakan (“you’ll find out”), tapi last-last tak jadi juga.

Apa sebabnya US susah sangat nak serang Iran? Dengan Iraq dan Libya bukan main senang. Kalau ikutkan, Iran pun kaya dengan sumber petroleum, apatah lagi Iran begitu terang-terang memusuhi US dan Israel, melaung “marag bar Amrika” (mampuslah Amerika). Kalau US boleh serang Iraq dan Libya, kenapa tak Iran?

Maka keluarkan teori-teori yang mengatakan Syiah tu Yahudi, sebab tu Iran, Israel, Saudi (ada orang kata Wahabi pun dicipta oleh Yahudi) dan US satu geng sebenarnya. US dan Iran bergaduh tu semua berlakon je. Tapi fikirkan, Israel dan Saudi lawan Iran sana sini, beli senjata berbilion-bilion dari US, berperang proksi di Syria dan Yaman semata-mata untuk berlakon? Gila apa punya teori.

Punca ketegangan antara US dan Iran sejak Trump jadi presiden US adalah pasal perjanjian JCPOA (Joint Comprehensive Plan of Action) atau “Iran nuclear deal” yang ditandatangani antara US, UK, Perancis, Jerman, Rusia dan China (“P5+1”) dan Iran pada tahun 2015. Perjanjian itu ditandatangani semasa era Obama, membenarkan Iran menjana tenaga nuklear untuk kegunaan sivil dengan paras pengayaan (enrichment) uranium yang terhad, dan menamatkan sekatan ekonomi oleh UN ke atas Iran sejak 2006.

Obama nak “reshuffle” strategi US di Timur Tengah: merapatkan US dengan Iran, dan menjarakkan US daripada Saudi dan Israel. Dan itu membuat Saudi, Israel dan pelobi pro-Israel di US cukup tak puas hati dengan perjanjian itu. Trump kata dia ialah “master of the deal”, boleh dapatkan “deal” yang lebih baik berbanding Obama, yang lebih menepati kepentingan US dan sekutu.

Perhatikan, “deal”. Bukan menyebar demokrasi seperti Bush atau Obama. Endgame yang Trump harapkan bukan perang dan tawan Iran, dia cuma nak sesuatu seperti apa yang dicapai antara US dan Korea Utara: persetujuan untuk merunding.

Selepas settle masalah Korea Utara (walaupun sebenarnya tak settle lagi), Trump menarik US keluar daripada perjanjian P5+1 pada 8 Mei 2018, dan mengenakan semula sekatan ke atas Iran untuk memaksa Iran untuk merunding “deal” yang baharu. Trump panggil sekatan ekonomi dia sebagai “maximum pressure”, dan itu je lah Trump mampu.

Walaupun Iran tak memiliki senjata nuklear seperti Korea Utara, tapi ada beberapa faktor membuat US tak berani sentuh Iran seperti Iraq dan Libya.

Pertama, geografi. Iran tak sama dengan Iraq atau Libya. Geografi Iran yang bergunung-ganang tak sama dengan permukaan bumi Iraq dan Libya yang rata. Dalam sejarah ada beberapa empayar je mampu menawan Parsi/Iran. Alexander dan Mongol saja mampu. Empayar Rom tak mampu. Orang Arab hanya mampu memegang Parsi untuk 200 tahun sebelum ia merdeka semula pada zaman Abbasiyyah. Uthmaniyyah tak mampu. Dan Parsi juga tak pernah dijajah oleh kuasa Barat, tak seperti Iraq (Britain) dan Libya (Itali).

Walaupun US ada kelebihan dari segi “air power”, tapi nak menawan sesebuah negara kena bergantung kepada “ground force”. Yang tangkap Saddam dan Gaddafi ialah ground force. Guna drone boleh bunuh pemimpin tertinggi Iran, tapi tak capai tujuan untuk menawan Iran. Serangan udara hanya akan buat rakyat lebih bersatu, macam dalam kes serangan udara ke atas Yugoslavia pada tahun 1999.

Tentera laut US? Lagi lah tak ada hal. Iran mengawal Selat Hormuz, dengan mudah Iran dapat menyekat kemasukan kapal perang US. US ada tentera laut paling kuat pun so what.

Kedua, kekuatan Iran sendiri. Saddam Hussein berperang dengan Iran selama 8 tahun (1980-1988), pun tak mampu tundukkan Iran. Waktu tu Iran baru mengalami revolusi, walhal Saddam ada bantuan US. Dengan keadaan sekarang Iran yang memiliki macam-macam senjata canggih yang diimport (daripada Rusia dan China) dan dibangunkan oleh Iran sendiri (seperti peluru berpandu Sejjil dan Shahab), lagilah US kena fikir 2-3 kali. Kalau US berani sentuh Iran, peluru berpandu Iran kirim salam dekat Israel atau Saudi.

Jadi menyerang Iran bukanlah kerja mudah. Tujuan Trump ugut sini sana, dari menuduh Iran sebagai dalang menyerang kapal tangki minyak milik Jepun dan Norway di Teluk Oman pada 13 Jun baru-baru ni, hingga menghantar tentera tambahan ke Timur Tengah, semua adalah trick untuk “psycho” Iran.

Macam dalam kes Korea Utara. Kim Jong-un sedar Trump tak akan serang Korea Utara, tapi di bawah pelbagai tekanan ekonomi dan drama Trump kiri kanan, Kim setuju juga untuk berunding dengan Trump. Jadi Trump mahu mengulangi formula yang sama ke atas Iran, untuk dijadikan pencapaian yang boleh ditunjukkan kepada pengundi pada tahun depan.

Ketiga, motif Trump. Trump nak popular je. Nampak “tough” akan membuat Trump popular, tapi memulakan peperangan pada waktu rakyat lebih minat dengan isu ekonomi adalah tak popular. Baik dia fokus dekat trade war dengan China. Membolot hasil minyak Iran tak membantu ekonomi US pun. Tahun 2003 lain, waktu tu Exxon Mobil dan Chevron antara Top 5 syarikat US. Hari ini Top 5 syarikat US kesemuanya ialah syarikat teknologi (FAMGA, teka sendiri siapa mereka) yang menghadapi ancaman China.

Serangan ke atas Iraq dan Libya disokong oleh rakyat US sebab kerajaan US pada waktu tu berjaya memperdayakan rakyat dengan mendakwa Saddam memiliki WMD (senjata pemusnah besar-besaran) dan menunjuk bukti Gaddafi membunuh rakyat sendiri. Kemusnahan drone yang tak ada pilot tak cukup untuk “mobilize” sokongan rakyat.

Walaupun dalam kabinet Trump ada “war hawk” yang mahu berperang dengan Iran seperti penasihat dasar luar (National Security Advisor), John Bolton yang merupakan bekas anggota pentadbiran Bush, tapi kalau Trump tak nak, Bolton tak boleh nak paksa dia. Trump bukan Bush yang ikut jari telunjuk Dick Cheney, Donald Rumsfeld dan Paul Wolfowitz yang merancang mastermind Perang Iraq.

Keempat, kekurangan sokongan sekutu. Dalam perang, benda yang paling penting ialah ada sekutu (allies). Kalau US nak serang Iran, of course Israel dan Saudi akan support. Tapi negara Eropah malas lah nak US sekarang, mereka pun nak selamatkan perjanjian P5+1. Keadaan ini berbeza dengan Perang Iraq di mana US berjaya membina “coalition of the willing” untuk menyerang Iraq.

Tapi kalau perang meletus, Iran confirm dapat sokongan solid daripada Rusia dan China. Kalau ahli pemerhati SCO (Shanghai Cooperation Organization, pakatan yang dibentuk oleh Rusia dan China) sendiri pun tak mampu pertahankan, ke mana Rusia dan Iran nak sorok muka dan ada kredibiliti untuk mencabar US?

Jadi apabila korang gabungkan kesemua faktor-faktor ni: kelebihan geografi Iran, kekuatan Iran, motif Trump, kekurangan sokongan luaran, maka korang akan dapat kesimpulan bahawa US tak akan berperang dengan Iran buat masa ini.

Apa yang mampu Trump buat, selain tekanan, masih tekanan. Paling ganas Trump boleh buat ialah apa yang dia pernah buat dekat Syria pada tahun 2017 dan 2018: serangan udara bersasar untuk demonstrate kekuatan US, seperti yang dia arahkan beberapa jam tadi. Tapi dalam kes Iran, taktik tu tak akan ke mana.

Itulah penjelasan dia. Walaupun agak boring dan tak dramatik berbanding teori-teori pelik.

Tapi Trump being Trump, mungkin ada langkah seterusnya yang di luar jangkaan semua.

**Oh ya, kesilapan (mistake) ada beza dengan kesalahan (wrong), bagi mereka yang masih belum move on pasal post sebelum ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.