Beberapa hari lepas, ada yang cakap bukan semua ikan sebelah badan adalah ikan sebelah. Ada banyak jenis iaitu sole, plaice, flounder dan tongue fish. Kesemua ikan sebelah ni berbeza-beza dan tidak boleh sesuka menggelarkannya sebagai ikan sebelah. Memandangkan ada yang dah tegur, tidak mengapa kali ini saya akan terangkan dengan lebih jelas apa beza kesemua jenis ikan sebelah.

Secara asasnya semua tahu ikan sebelah ni sama je macam ikan masa kecik dulu. Apabila sudah menjadi dewasa, ikan sebelah mula berubah. Antara perubahan tersebut adalah, ikan sebelah akan berenang secara mengiring, sebelah badan akan bertukar menjadi warna putih dan mata akan bergerak ke badan sebelah. Senang cerita, ikan sebelah ni akan jadi macam ikan pari.

Persoalannya dekat mana perbezaan tu? Jom kita tengok satu persatu.

1. Ikan Sole

Ikan sole atau nama saintifiknya solea solea merupakan salah satu spesies yang tergolong dalam ikan sebelah secara amnya. Sifat dia lebih kurang je macam ikan sebelah yang tapi bezanya adalah ikan sole hidup dekat seluruh Eropah. Dekat Malaysia memang tak ada. Nak kenal ikan sole ni mudah je iaitu badan berwarna coklat dengan bintik-bintik di atasnya.

Sole (Hans Hillewaert/CC BY SA 4.0.)

Ikan biasanya hidup dekat perairan cetek di seluruh pantai Eropah. Bermakna kalau korang nak mancing ikan sole dekat pantai Eropah, dijamin tidak akan kumpau. Ikan ini juga dikenali sebagai English soles bagi membezakannya dengan ikan sebelah yang lain.

2. Ikan Plaice

Ikan plaice ni unik sikit berbanding ikan sole. Sebab ikan plaice hidup di dasar laut yang berpasir dan berperangai seperti kelawar. Bermakna ikan plaice lebih aktif untuk mencari makan dan bersiar-siar pada waktu malam. 

Plaice (Hans Hillewaert/CC BY SA 4.0.)

Waktu siang pulak, ikan plaice hanya akan berehat sahaja. Caranya adalah deme akan timbuskan diri ke pasir sedalam 50 meter dan hanya membiarkan mata sahaja terjojol keluar. Kalau korang nak jumpa ikan ni, boleh cuba cari dekat luar pantai Britain dan Ireland.

3. Ikan Flounder

Ikan flounder ini sebenarnya pernah dianggap tidak wujud sebelum ditemui oleh seorang saintis Switzerland dan leftenan tentera laut Amerika Syarikat. Mereka telah menemui ikan flounder pada kedalaman 35,814 kaki. Bermula dari situ banyak ikan flounder telah dijumpai.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tapi kena ingat, tak semua ikan flounder tergolong dalam keluarga yang sama. Sebab ikan flounder terbahagi kepada beberapa keluarga iaitu Pleuronectidae, Paralichthyidae, Bothidae, dan Achiropsettidae. Nak bezakan ikan flounder dari keluarga yang lain senang je. Korang cuba tengok mata mereka.

Flounder (MBZ/CCBY SA 3.0.)

Ikan flounder daripada keluarga Pleuronectidae memiliki mata yang terletak di sebelah kanan. Manakala mata ikan flounder daripada keluarga bothidae and paralichthyidae berada di sebelah kiri. Ikan flounder juga merupakan salah satu ikan yang menjadi kegemaran manusia. 

Dia punya suka sampai banyak betul ikan flounder liar telah ditangkap dan dijadikan induk untuk ternak di dalam sangkar. Perbuatan ini telah membuatkan populasi ikan flounder semakin berkurangan di lautan.

4. Ikan Tongue

Tongue fish ataupun ikan lidah ni mesti ramai yang kenal. Sebab ini merupakan spesies ikan sebelah yang paling banyak di Malaysia. Ye lah ikan ni kebiasaannya akan hidup dekat kawasan tropika dan subtropika. Nak kenal tongue fish senang je, atas badan mereka cuma miliki dua warna sahaja sama ada coklat ataupun kelabu.

Tongue (Gihan Jayaweera /CC BY SA 3.0.)

Apa yang membezakan tongue fish tersebut adalah kepelbagaian corak di atas badan mereka. Menariknya adalah tongue fish boleh dijumpai di sungai dan akan menjadi sangat tidak bernilai apabila dewasa. Katanya isi tongue fish dewasa dah tak sedap.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Kalau nak makan juga, kena ambil yang sedang-sedang. Tak terlalu muda dan tak terlalu dewasa.

5. Halibut

Kali ini saya tambah lagi satu spesies ikan sebelah supaya kita saling mengenali dan mudah nak beli dekat pasar pagi. Spesies yang terakhir adalah halibut yang hidup di Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Greenland. Halibut dikatakan sebagai ikan sebelah paling sedap untuk dimakan terutamanya sekali jika buat fish & chip serta sushi.

Bapak beso ikan sebelah ni

Buktinya halibut menjadi sumber protein terawal bagi orang Alaska dan orang Kanada. Apa yang mengejutkan adalah halibut mampu membesar sehingga mencapai panjang 4.6 meter. Beratnya pulak boleh menjangkau kepada 280kg untuk seekor halibut. Hal ini sekaligus menyaksikan halibat diiktiraf sebagai ikan sebelah paling besar di dunia.

Ok korang semua mesti dah kenal beberapa spesies ikan sebelah. Lepas ni pergi pasar pun dah senang. Cakap je nak ikan sole, plaice dan halibut, pandai-pandailah orang kedai tu cari.

Kepada korang semua, apa beza ikan sebelah, ikan lidah dan ikan sisa nabi?


Alam kehidupan ni sangat menarik. Sebab tu kami terbitkan BIOLOGIA yang bercerita macam-macam pasal haiwan. Jom beli di Shopee: https://bit.ly/biologiashopee

Rujukan

Animal Sake. (n.d). Ridiculously fabulous facts about flounder fish. Dipetik daripada https://animalsake.com/flounder-fish

Boyd. S. (2015). Fun tongue facts. Salt Water Fishing Magazine. Dipetik daripada https://www.texassaltwaterfishingmagazine.com/fishing/education/fishy-facts/fun-tongue-facts

Marine Stewardship Council. (n.d). What is halibut. Dipetik daripada https://www.msc.org/what-you-can-do/eat-sustainable-seafood/fish-to-eat/halibut

North Western Inshore Fisheries. (n.d). Plaice. Dipetik daripada https://www.nw-ifca.gov.uk/managing-sustainable-fisheries/plaice/

Patrick. (2021, November 23). What is sole fish. Fish Basic. Dipetik daripada https://fishbasics.com/what-is-sole-fish-facts-and-taste/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply