Tahukah anda, kerajaan agung Turki Uthmaniah, Safavid dan Mughal wujud pada era yang sama? Zaman kegemilangannya dipanggil Golden ages of Turkic’s gunpowder empires. Ketiga-tiga kerajaan ini bersusur galur dari bangsa yang sama iaitu Mongol.

Kalau dibandingkan, siapa lagi kaya? Pada abad ke-16, Uthmaniyah punya GDP per capita berjumlah $1,200-$1,500. Pada abad yang sama, Mughal punya GDP per capita berjumlah $550-$600. Tidak hairanlah kalau Uthmaniyah kaya raya sebab Khilafah ini sudah menduduki benua Eropah, Asia dan Afrika serta menguasai wilayah moden Turki, Greece, Mesir, Iraq dan Hungary.

Kita boleh lihat persilangan hubungan di antara ketiga-tiga kerajaan ini pada zaman Babur Shah (1483-1530). Sewaktu itu, Shah Ismail I ingin menawan Khorasan dan Transoxiana untuk menjadikannya negeri Syiah dengan memperalatkan Babur yang sudah mengangkat diri sebagai Sultan Kabul. Babur main politik. Dia menawan Hisar dan mendakwa sedia untuk menerima bantuan dari Shah Ismail I. Kerajaan Safavid pun menghantar askar bagi membantu Babur. Dengan bantuan Safavid, dia terus mara ke hadapan bagi menawan Bukhara dan Samarkand.

Kedatangan askar Safavid yang berakidah Syiah telah mengundang revolusi. Perang pun tercetus. Di satu pihak bangsa Uzbek dari Bukahara yang disokong oleh Uthmaniah, sementara satu lagi ialah Babur yang bersama askar Syiah dari Safavid.

Kekalahan Babur pada Pertempuran Ghazdewan (1512) telah mengubah hala tujunya. Dia melupakan Bukahara dan Samarkand lalu menumpukan perhatian untuk menakluk Timur. Dua tahun kemudian, Safavid turut tewas dalam Pertempuran Chaldiran (1514) dan terpaksa tunduk dengan Uthmaniyah.

Yavuz Sultan Selim I mengambil kesempatan ini. Baginda menghantar utusan bertemu Babur. Uthmaniyah menghantar bantuan pakar peperangan seperti Ustad Ali Quli dan Mustafa Rumi yang pakar menembak dan mahir menggunakan serbuk letupan. Tujuan agar Babur dapat menawan benua India dan mengukuhkan Kesultanan Mughal.

Pertempuran Panipat (1526) adalah perlawanan Babur pertama dengan menggunakan teknologi perang dari Utmaniyah. Taktikal dan nasihat dari Uthmaniyah membantu Mughal untuk menguasai benua India dengan cepat.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Uthmaniyah, Safavid dan Mughal adalah kerajaan agung Islam yang menyumbang kepada budaya dan ketamadunan dunia. Korang baca la trivia menarik pasal sejarah Islam dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Klik https://bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply