Hotel adalah tempat yang memberikan servis penginapan bagi para pelancong yang mencari tempat rehat sementara melakukan aktiviti perlancongan. Servis ini memudahkan pelancong untuk merehatkan diri semalaman setelah tiba di destinasi mereka inginkan atau selepas selesai melancong. Perkhidmatan ini sebenarnya telah dipraktikkan begitu lama dan asalnya adalah penubuhan tempat rehat bagi para pengembara singgah berehat.

Hotel berkonsepkan sauna telah lama dipraktikkan dalam pengurusan tempat penginapan sejak fasa kuno lagi. Tamadun Yunani Kuno adalah tamadun pertama yang memperkenalkan perkhidmatan ini, di mana tempat mandi air panas dipasangkan dalam tempat rehat khas bagi pengembara yang telah mengembara jauh. Manakala tamadun Rom pula siap membina rumah agam khas untuk para pengembara, khususnya bagi mereka yang datang atas urusan kerajaan.

Apabila Eropah masuk dalam fasa pertengahan, hanya pihak gereja saja yang menyediakan servis penginapan namun sediakan kemudahan asas saja, tidak seperti kemudahan mewah yang tamadun Rom dan Yunani Kuno sediakan. Rumah penginapan dan hospital biasanya menjadi lokasi penginapan untuk para pengembara.

Tidak banyak hotel sauna kuno bertahan selama berpuluh-puluh tahun, malah beratus-ratus tahun sekalipun seiring dengan peredaran zaman. Sebenarnya, terdapat sebuah hotel sauna kuno yang masih lagi bertahan selama 1,300 tahun sehingga tersenarai sebagai hotel sauna paling tua di dunia dalam rekod Guiness World Records! Apakah nama hotel yang memegang rekod perkhidmatan tertua di dunia ini? Hotel tersebut ialah Nishiyama Onsen Keiunkan yang terletak di wilayah Yamanasi, Pulau Honshu di Jepun. Bagaimana hotel sauna ini boleh bertahan sehingga seribu lebih tahun?

Inilah onsen bernama Nishiyama Onsen Keiunkan yang tertua di dunia. (Sumber: Ancient Origins)

Orang Jepun memanggil hotel sauna dengan nama ‘onsen’. Nishiyama Onsen Keiunkan telah dibina pada tahun 705 Masihi dan onsen ini dibina di lembah pergunungan yang terasing. Uniknya lokasi onsen ini ialah ia berdekatan dengan gunung yang popular di Jepun, iaitu Gunung Fuji. Tahun onsen ini dibina berada dalam Era Keiun yang bermula dari tahun 704 hingga 708, maka nama ‘Keiunkan’ ditambah dalam nama onsen tersebut.

Sebut sahaja Jepun, kita membayangkan aspek kemodenan bandar-bandarnya. Sebut sahaja Jepun, kita membayangkan anime yang mengusik jiwa sesiapa daripada siri Gundam hinggalah Naruto dan Bleach. Tetapi kita langsung tidak berminat dengan sejarah di sebalik negara yang dikenali dengan gelaran negara Matahari Terbit itu. Banyak benda menanti kalian dengan hanya satu pembelian buku KITAB TAMADUN JEPUN. Boleh dibeli di https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Jepun-i.238336777.17556954102

Onsen tertua di dunia ini adalah milik putera maharaja Keiun bernama Fujiwara Mahito. Onsen ini hanya satu-satunya tempat penginapan sauna yang dibina di kawasan terpencil. Kini, onsen ini diurus oleh keluarga keturunan Fujiwara Mahito selama 52 generasi. Apa yang membuatkan onsen ini bertahan lama ialah selain diuruskan oleh generasi putera maharaja, onsen ini juga sering melakukan pengubahsuaian. Salah satunya ialah menambahkan kolam air panas sebanyak 6 buah kolam, di mana 4 buah kolam menjadi kolan berasingan.

Sijil Guinness World Records inilah bukti bahawa onsen ini beroperasi selama 1,300 tahun. (Sumber: Beautiful Life)

Tambahan lagi, terdapat penambahan elemen kemodenan iaitu menambah sebuah bar karaoke yang boleh mengisi hiburan pengunjung. Kali terakhir onsen tertua ini diubahsuai ialah pada tahun 1997. Walau bagaimanapun, elemen tradisional dalam onsen ini masih dikekalkan.

Keterasingan onsen ini dari kesibukan kota juga menyumbang kepada lamanya tempat penginapan ini berdiri sehingga 1,300 tahun. Keterasingan ini mampu memberikan ketenangan kepada para pengunjung untuk menikmati alam sekitar. Bagi memastikan pengunjung fokus seratus peratus untuk berehat, modem Wi-Fi tidak dipasang bagi mengelakkan pengunjung sibuk melayan telefon pintar.

Pengunjung yang ramai menginap Nishiyama Onsen Keiunkan ialah golongan tentera, termasuklah para samurai, komander tentera, dan shogun. Golongan ini rajin mengunjungi onsen ini kerana air panasnya mampu melegakan kesakitan otot selepas berlatih atau melaksanakan tugasan, serta memutihkan kulit. Menurut pengurusan onsen itu, kandungan air panas mempunyai paras alkali yang rendah, justeru air tersebut mampu menjadi pengubat kepada kesakitan otot.

Salah satu kolam air panas dalam Nishiyama Onsen Keiunkan. (Sumber: Anient Origins)

Kini, pemilik onsen cuba sedaya upaya untuk kekalkan penginapan hotel sauna tertua di dunia ini dengan melakukan pengubahsuaian secara kerap. Pada tahun lepas, pihak pengurusan telah menggali telaga sedalam 888 meter untuk membekalkan air panas yang dipam selang seminit. Pembinaan telaga ini penting untuk menjadikan onsen tertua ini berfungsi sebaiknya demi keselesaan pengunjung.


Akhir kata, jangan lupa beli buku-buku menarik yang kami sajikan untuk anda semua. Boleh beli di https://shopee.com.my/thepatriotsasia.

RUJUKAN:

Wu, Mingren. 23 August 2016. The Hot Spring Hotel of Honshu is Still Open After 1,300 Years of Operation. Science Alert.

Lang, Fabienne. 25 March 2021. World’s Oldest Hotel Has Been Run by the Same Family for Over 1,300 Years. Interesting Engineering.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply