Bilamana terjadinya konflik dan ada pula penglibatan pasukan pengaman, antara kemudahan yang disediakan pasukan pengaman adalah kemudahan hospital bagi menyediakan bantuan perubatan dan kesihatan untuk mangsa konflik. Ini adalah aspek HADR – Humanitarian Assistance and Disaster Relief (Bantuan Kemanusiaan dan Bencana)

Pasukan Keselamatan kita dah biasa terlibat dengan misi pengaman, dan acap kali ia melibatkan urusan kemanusiaan seperti menyediakan khidmat kesihatan dan perubatan, menyedia dan membahagikan bekalan makanan serta memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dan wanita. Bukan diluar negara, malah dalam negara pun pasukan keselamatan kita adalah antara yang terawal membantu KKM memyediakan logistik dan kemudahan perubatan medan.

Tengok masa Hospital Sultanah Aminah terbakar tahun sudah. Kor Kesihatan kita aturgerak hospital medan untuk bantu sementara baikpulih pada hospital asal dibuat. Sewaktu banjir besar di Kelantan juga pasukan keselamatan kita yang terdiri dari Kor Kesihatan turut membanting tulang membantu rakyat dan masyarakat. Seringkali bilamana ada saja konflik bersenjata titik tumpu pasukan pengaman adalah hospital medan.

Hospital medan ini bukanlah seperti hospital besar Selayang atau HKL atau HUKM tu. Ia adalah kemudahan hospital yang biasanya dikendalikan pasukan keselamatan untuk merawat anggota pasukan sahabat yang cedera dalam pertempuran. Ia terdiri dari modul mudah atur seperti khemah atau kontena khusus dengan dalamannya mempunyai katil rawatan, alatan perubatan asas, bilik bedah,kemudahan pergigian, klinik kesihatan am dan lain lain.Tapi dalam kes Rohingya atau dalam kes konflik perang saudara seperti di Syria atau di lain2 tempat seperti Sahara Barat ia dijadikan hospital untuk menyediakan rawatan bagi pelarian atau mangsa konflik.

Bilamana ada kemudahan kesihatan, kita boleh tingkatkan taraf kesihatan pelarian yang selama ini dinafikan hak kesihatan dan perubatan seperti imunisasi – dan ini adalah antara aspek utama yang selalu diabaikan dan mempercepatkan lagi keadaan yang sudah sedia buruk, khidmat perbidanan, kesihatan kanak-kanak, pergigian dan sebagainya.

Bila ada hospital medan ini, rawatan untuk pelarian yang sakit melarat boleh diberikan. Kalau yang perlu pembedahan kecil boleh diberikan pembedahan. Yang perlukan pemeriksaan mata dan telinga juga boleh berbuat demikian. Malah hospital medan ini adalah titik tumpu untuk memberikan pendidikan asas kesihatan – seperti mendidik pelarian berkenaan penyakit Taun (atau Kolera) yang sudah tentu menjadi penyakit utama dikawasan kem pelarian yang tidak terurus keadaannya, pendidikan mengenai disentri, asas kesihatan pergigian dan pendidikan keatas ibu-ibu yang mempunyai bayi.

Bila kita tingkatkan kesihatan mereka, mereka tidak lagi jadi lemah. Lebih mudah untuk memberikan pendidikan yang lebih tinggi arasnya – mungkin mengajar anak-anakl pelarian bahasa dan matematik, menulis dan mengira. Itu adalah langkah2 awal yang akan membawa kepada pencerahan dan memerdekakan mereka yang seterusnya menjadikan pelarian ini mandiri dan sedia untuk menuntut hak mereka.

Ini yang kita selalu buat untuk rakyat Palestin. Ini yang selalu dibuat oleh pasukan perubatan kita dan pasukan keselamatan kita bila terjadi bencana besar dalam negara seperti banjir. Ini adalah antara misi yang pasukan perubatan kkta seperti MERCY buat bilamana mereka ke Kashmir, Palestin dan lain-lain kawasan konflik atau terlibat bencana. Dan hospital medan sebegini menjadi penyelamat yang menghindarkan pelarian atau mangsa bencana dari serangan penyakit dan wabak yang lebih membunuh dari bencana itu sendiri.

Kita tengok Amerika Syarikat, bilamana taufan mega melanda bandar bandar pesisir pantai mereka, dua perkara diatur gerak – pertama adalah kemudahan kesihatan seperti hospital medan dan kedua adalah pasukan tentera yang sudah sedia maklum amat terlatih dalam menghadapi bencana sedemikian dan mempunyai keupayaan logistik untuk membantu pasukan perubatan tadi. Malahan angkatan laut mereka mempunyai kapal hospital – ya hospital bersaiz kapal yang mampu menyediakan rawatan untuk ribuan orang sekaligus.

Ini adalah aspek sama yang kita buat untuk Rohingya. Kita bukannya nak buka Hospital ala Hospital Selayang atau Hospital Sungai Buloh atau Hospital Kajang yang supercanggih tapi untuk sediakan kemudahan kesihatan asas yang mana pelarian ni tak dapat langsung.

Kalau nak sembang kera dihutan disusukan, sila berasa beruntung sebab diceruk kampung manapun ditanahair kita ni ada klinik kesihatan. Malah pekan kecil seperti Lumut sendiri ada 3 hospital besar – Hospital Angkatan Tentera, Hospital Seri Manjung dan hospital swasta Pantai dan tak kurang ada lebih 4 klinik kesihatan dari Ayer Tawar hingga ke Pasir Panjang.

Takat Pendang tak ada hospital tu jibeng je, klinik kesihatan bukan tak ada langsung. Orang Pendang tu melarat sangat ke macam Somalia? Baru nak bantu pelarian Rohingya dengan membuka hospital medan dah nak kata kera disusukan? Kalau keadaan kesihatan orang Malaysia teruk tahap mega sampai puluh-puluh ribu orang mati sebab disentri atau kolera ya juga nak kata macam tu tapi orang Malaysia ramai terkorban dek Diabetis, darah tinggi dan kencing manis – sakit orang senang bukan sakit pelarian macam Syria atau Sahara Barat.

Selain makanan, kesihatan adalah aspek yang sangat diutamakan oleh pasukan pengaman atau misi kemanusiaan. Dah kira bagus sudah kita hulurkan bantuan kemanusiaan sebegini.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply