“Hospital akan menjaga semua pes4kit baik lelaki dan wanita sehingga mereka benar-benar pulih. Semua kos akan ditanggung pihak hospital sama ada orang itu datang dari jauh atau dekat, kuat atau lemah, tinggi atau pendek, kaya atau miskin, bekerja atau menganggur, buta atau pekak, s4kit dari segi fizikal atau mental, buta huruf atau terpelajar.
Tiada syarat pertimbangan atau bayaran, tiada yang menghalang atau secara terus memberi petunjuk untuk tiada bayaran. Kesemua perkhidmatan ini merupakan kurniaan-Nya, Yang Maha Pemurah.” (kenyataan polisi Hospital Qalawun al-Mansur, Kaherah pada 1284 Masihi)
Ramai menganggap hospital moden tidak akan wujud tanpa sumbangan tamadun-tamadun lain seperti Rom, Yunani, Babylon, India dan Mesir. Tetapi sayang, sejarah moden langsung tidak mengiktiraf input besar yang dibawa Tamadun Islam kepada hospital-hospital moden hari ini.
Tidak ramai tahu pendekatan para pemerintah Islam terhadap isu kesihatan bersifat sistematik dari segi saintifik dan sosial. Para pemerintah, cendekiawan dan pengamal perubatan terdahulu menggabungkan pengetahuan silam dengan hasil penyelidikan mereka agar dapat menyumbang kepada abad-abad penuh dengan pencapaian saintifik dan keinginan penambahbaikan secara berterusan.
Bimaristan atau rumah s4k1t bukan sekadar pelopor kepada hospital moden tetapi bersifat lain dari yang lain dengan institusi pendidikan perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan moden hari ini.
Ini kerana bimaristan terdiri daripada sebuah hospital besar, sebuah sekolah perubatan dan sebuah perpustakaan. Matlamatnya bukan sekadar merawat pes4k1t tetapi mempromosi penjagaan kesihatan dan menyebarluaskan ilmu perubatan.
Hospital pada awalnya hanyalah tempat untuk menempatkan orang yang s4k1t dengan struktur penjagaan dan organisasi asas. Sepanjang tempoh Yunani, pelbagai penambahbaikan diperkenalkan tetapi tidaklah semaju seperti disangka.
Semasa Zaman Pertengahan Eropah, urusan penjagaan pes4k1t dikendalikan rahib yang mementingkan rawatan rohani dan menganggap kes4k1tan yang dialami bersifat spiritual semata-mata.
Falsafah ini nyata berbeza dengan pengamal perubatan Muslim. Mereka dipandu oleh pelbagai panduan seperti “Tuhan tidak menurunkan sesuatu peny4k1t melainkan Dia telah menciptakan penawar untuk peny4k1t itu,” (Riwayat Muslim) dan “Tuhan menurunkan peny4k1t dan penawar, dan Dia menetapkan penawar bagi setiap peny4k1t, maka rawatlah diri kamu sebaiknya,” (Hadis yang diriwayatkan Abu Darda r.a).
Perbezaan falsafah perubatan Zaman Pertengahan dan Tamadun Islam turut diterjemahkan dari segi reka bentuk hospital. Hospital-hospital di Barat menyusun katil pes4k1t secara meluas bagi memberi peluang kepada mereka melihat upacara harian Mass. Selain itu, pencahayaan hospital sebegini malap dan persekitarannya sentiasa lembap disebabkan oleh faktor cuaca dan reka bentuk bangunan.
Tetapi bagi hospital-hospital Tamadun Islam pula, ia direka bagi menggalakkan pergerakan cahaya dan udara. Bersesuaian dengan iklim kota-kota Islam ketika itu yang lebih panas dan kering, pendekatan tersebut dianggap sesuai.
Reka bentuk sebegini menyokong rawatan humoralisme, sejenis sistem perubatan yang mementingkan keimuman berkenaan dengan cecair tubuh untuk melawan jangkitan.
Pada era Negara Islam Madinah, hospital terawal lebih kepada hospital medan yang didirikan oleh tabib terkenal ketika itu, Rufaydah al-Aslamiyah r.a. Malah, antara rekod terawal hospital medan pada era ini ialah kewujudan sebuah khemah khas untuk merawat t3nt3r4 yang c3d3r4 semasa P3r4ng Khandak oleh Rufaydah.
Para pemerintah terkemudian menukar unit ini kepada farmasi bergerak, lengkap dengan ubat-ubatan, pakaian, makanan, minuman, doktor dan ahli farmasi. Unit farmasi ini selalunya dihantar ke kawasan-kawasan yang jauh dari ceruk kota dan kemudahan perubatan tetap.
Unit hospital bergerak ini kadangkala digerakkan apabila sang pemerintah mengadakan lawatan ke wilayah-wilayah. Misalnya, Sultan Muhammad Saljuqi dari Dinasti Saljuk mempunyai unit hospital bergerak yang besar yang memerlukan 40 ekor unta untuk mengangkutnya.
Hospital tetap pertama yang dibina dalam sejarah Islam ialah hospital kusta yang dibina semasa era Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dari Bani Umayyah. Hospital kusta itu dibina di Damsyik dengan para doktor diberi sebuah hartanah dan gaji lumayan. Pes4k1t diasingkan tetapi mereka diberi bantuan sama seperti orang buta bagi membantu menjaga keluarga mereka
Hospital awam pertama dibina semasa era kerajaan Bani Abbasiyyah atau lebih tepat 805 Masihi. Hospital ini wujud hasil buah fikiran wazir Khalifah Harun al-Rashid dengan keluarga Bakhtishu memainkan peranan penting dalam pembangunannya. Lebih sedekad kemudian, 34 hospital wujud di dunia Islam dengan bilangan hospital semakin bertambah setiap tahun.
Di Kairouan/Qayrawan, sebuah hospital dibina di situ dengan dua lagi hospital didirikan di Makkah dan Madinah. Sementara kota Rayy pula menyaksikan kewujudan sebuah hospital di situ diketuai oleh seorang cendekiawan perubatan terkenal bernama Zakariya al-Razi.
Walaupun ramai ilmuan seperti Ibnu Sina dan al-Biruni membantah pandangannya yang bertentangan dengan agama Islam, tiada siapa menafikan sumbangannya dalam dunia perubatan.
Pada satu ketika, Khalifah al-Mu’tadid memintanya menyelia pembinaan dan operasi lima buah hospital di kota Baghdad. Untuk melihat sama ada sesebuah tapak itu sesuai atau tidak, al-Razi meletakkan seketul daging di setiap kawasan kejiranan
Dengan meletakkan daging di beberapa kawasan, al-Razi mahu melihat berapa cepat daging tersebut menjadi busuk kerana ia penentu kawasan tersebut sesuai atau tidak. Kawasan di mana daging paling lambat busuk dipilih sebagai lokasi hospital.
Semasa ia dibuka, 25 orang pakar beroperasi di situ termasuk pakar bedah dan pakar membetulkan tulang. Kapasiti hospital dan bilangan pakar terus ditambah sehinggalah kejatuhan Baghdad di tangan pihak Mongol pada tahun 1258.
Era Abbasiyyah turut menyaksikan penubuhan sebuah hospital khas bagi banduan p3nj4r4. Dalam suratnya kepada ketua pegawai perubatan Baghdad, wazir Ali ibn Isa ibn Jarah ibn Thabit menulis, “Saya amat bimbangkan keadaan para banduan. Bilangan banduan yang ramai dan keadaan penj4r4 mengakibatkan ramai banduan jatuh s4k1t.
“Justeru, saya berpendapat mereka mesti mempunyai doktor sendiri yang memeriksa mereka setiap hari dan jika perlu, memberi mereka ubat-ubatan. Doktor sebegini harus melawat semua penj4r4 dan merawat semua banduan yang s4k1t di situ.” Tidak lama selepas itu, sebuah hospital khas dibina untuk para banduan.
Di Andalusia seperti Cordova, terdapat 50 buah hospital di kota berkenaan. Sesetengah daripadanya dikhaskan bagi tujuan ket3nt3r44n dengan para doktor yang berkhidmat di situ merawat para pemerintah, bangsawan dan panglima-panglima t3nt3r4.
Hospital Tamadun Islam tidak jauh bezanya dengan hospital moden hari ini. Seperti hospital moden, ia dibahagikan kepada beberapa jabatan seperti pembedahan, ortopedik dan kesihatan mental. Setiap jabatan diketuai ketua jabatan, pegawai penyelia dan pakar khas bagi setiap kes.
Seorang pemeriksa kesihatan diletakkan di setiap hospital untuk memeriksa tahap kebersihan kompleks hospital. Sementara dari segi pentadbiran, pegawai-pegawai pentadbiran termasuk akauntan dilantik bagi memastikan setiap urusan termasuk kewangan berjalan lancar. Manakala, seorang superitendan atau sa’ur bertanggungjawab memantau keseluruhan aspek pengurusan hospital.
Para doktor bekerja mengikut waktu tetap dan memeriksa pes4k1t di jabatan masing-masing. Setiap hospital mempunyai ahli farmasi dan jururawat mereka. Hak mereka dijamin dalam undang-undang Tamadun Islam di mana gaji mereka ditetapkan oleh pihak kerajaan dan pampasan lumayan dikeluarkan bagi menarik pakar-pakar yang berkemahiran. Dan seperti semua maklum, hospital pada ketika itu dibiayai oleh sumber wakaf.
Hospital-hospital Tamadun Islam amat menekankan aspek penjagaan pes4k1t dengan pintunya dibuka 24 jam sehari. Seperti hospital moden lain, sesetengah doktor ditugaskan merawat bahagian lelaki atau wanita tetapi ada juga yang bertanggungjawab merawat pes4k1t untuk kedua-dua jantina. Hospital Tamadun Islam turut mempunyai klinik luar di mana pes4k1t diperiksa dan diberi ubat untuk dibawa pulang.
Bagi mengelak jangkitan peny4k1t, pes4k1t akan diberi pakaian hospital sementara pakaian mereka disimpan dalam unit simpanan hospital. Katil pes4k1t akan dipasang dengan cadar bersih dan tilam buatan khas, bilik wad sentiasa dikemas dan mempunyai akses terhadap air dan cahaya matahari.
Walaupun hospital mempunyai superintendan, kadang-kadang pemerintah tempatan membuat pemeriksaan mengejut untuk melihat kualiti penjagaan pes4k1t.
Rejim rawatan pes4k1t pula sememangnya menarik untuk diteliti. Pes4k1t akan diberi diet ketat terdiri daripada makanan berkualiti tinggi bergantung kepada keadaan dan peny4k1t mereka. Sekiranya doktor mengetahui sama ada pes4k1t mereka sudah sembuh atau tidak, mereka melihat pes4k1t mereka dapat mengunyah roti dan daging burung panggang secara normal.
Sekiranya pes4k1t dapat makan dengan normal, maka pes4k1t dianggap sembuh dan boleh dibenarkan pulang. Pes4k1t yang sembuh tetapi lemah untuk dibenarkan pulang akan dipindahkan ke wad pemulihan sehingga kekuatan mereka pulih semula. Manakala pes4k1t miskin pula diberi pakaian baru dan sedikit wang untuk membantu mereka kembali menjalani kehidupan harian.
Isu penjagaan kesihatan amat dititikberatkan oleh para doktor semasa Era Keemasan Islam. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam kitab Ma’alem al-Qurba fi Talab al-Hisba’ yang dikarang Ibnu al-Okhowa. Dalam kitab tersebut, beliau menerangkan sekiranya si pes4k1t sembuh, maka tabib yang merawatnya akan dibayar.
Apabila berlaku kes kem4t1an membabitkan si pes4k1t, maka keluarganya boleh meminta ketua tabib menyiasat sebab kem4t1an si polan termasuk menyerahkan preskripsi yang disediakan oleh tabibnya. Jika tiada kesilapan dijumpai semasa siasatan, maka si doktor tidak akan dikenakan sebarang tindakan.
Tetapi jika wujud kesilapan dalam diagnosis dan rawatan yang diberi, maka ketua tabib boleh menasihatkan keluarga si m4t1 untuk menuntut wang darah daripada doktor berkenaan.
Ini kerana menurut Ibnu al-Okhowa, doktor sebegini dianggap cuai dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pengamal perubatan. Cara itu juga memastikan urusan rawatan dikendalikan oleh doktor yang mahir lagi berpengalaman.
Selain hospital tetap, kerajaan-kerajaan Islam tidak keberatan mewujudkan pusat bantuan perubatan di tempat perkumpulan ramai seperti masjid atau pasar di kota-kota besar. Sejarawan Mesir terkenal, al-Maqrizi pernah berkata, “Ibnu Tulun, semasa beliau membina masjidnya yang terkenal di Mesir, di satu bahagian ialah tempat berwuduk dan pusat rawatan.
“Pusat rawatan ini dilengkapi dengan ubat-ubatan dan kelengkapan kecemasan serta atendan yang menguruskannya. Pada hari Jumaat, seorang doktor akan ditugaskan di situ bagi memudahkannya membantu merawat pes4k1t sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini semasa solat Jumaat diadakan.”
Seperti institusi pendidikan perubatan moden, hospital Tamadun Islam turut bertanggungjawab melatih doktor-doktor baru. Di setiap bimaristan ada dewan syarahan besar di mana pegawai perubatan, pakar perubatan kanan dan pelajar-pelajar perubatan membincangkan masalah perubatan dalam bentuk seminar.
Malah, pelajar perubatan boleh mengikut pakar perubatan ke wad dan terlibat dalam urusan penjagaan pes4k1t seperti dilakukan program residensi moden
Dalam latihan perubatan mereka, pelajar akan diminta memeriksa bendalir, tindakan, ciri dan lokasi bengkak dan kes4k1tan. Pelajar juga akan diarah memeriksa warna dan deria kulit sama ada sejuk, panas, lembap, kering atau longgar. Dari situ, pelajar perlu menduduki peperiksaan perubatan bagi mendapatkan lesen perubatan, sama seperti peperiksaan perubatan moden hari ini.
Pertama, pelajar perlu menulis satu tesis tentang subjek yang memerlukan mereka mendapat pensijilan. Tesis mereka boleh saja bersifat original atau komentar pada teks-teks sedia ada seperti Galen, Hippocrates, Ibnu Sina dan al-Razi.
Pelajar-pelajar digalakkan bukan saja mengkaji tetapi mencari kesilapan dalam teks-teks asal pilihan mereka, bersesuaian dengan semangat cintakan ilmu yang digalakkan agama.
Selepas menyerahkan tesis mereka, pelajar-pelajar akan ditemuduga oleh ketua pegawai perubatan berkenaan masalah yang relevan dengan kepakaran mereka. Sekiranya jawapan yang diberi memuaskan, maka mereka akan mendapat lesen perubatan sekaligus melayakkan mereka sebagai doktor berkelayakan.
Satu lagi aspek yang membantu penyebaran ilmu perubatan yang meluas dalam kalangan pakar dan doktor pelatih ialah akses kepada buku-buku yang disimpan di perpustakaan hospital.
Pada abad ke-14, Hospital Ibnu Tulun mempunyai perpustakaan yang boleh menampung 100,000 buah buku perubatan, jauh meninggalkan perpustakaan terbesar Eropah di Universiti Paris yang hanya mempunyai 400 buah jilid.
RUJUKAN:
- Tschanz, David. (2017). The Islamic Roots of the Modern Hospital. AramcoWorld. https://www.aramcoworld.com/Articles/March-2017/The-Islamic-Roots-of-the-Modern-Hospital
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih