Dah 24 minggu, keadaan Hong Kong masih belum reda. Malah Hong Kong dah 4 hari berturut-turut berada dalam keadaan seakan “war zone”. Sekolah, universiti tutup akibat pertempuran antara protester dan polis.
Walaupun Extradition Law yang mencetuskan protes besar-besaran semasa Jun telah ditarik balik, namun Carrie Lam, Ketua Eksekutif Hong Kong masih belum memenuhi 4 lagi tuntutan protester iaitu menyiasat keganasan polis, tarik balik label “rioter”, membebaskan “rioter” yang telah ditahan, dan mengadakan pilihanraya umum.
Protester panggil tuntutan-tuntutan ini sebagai “Ng Dai Sou Kau” (五大訴求) atau “Five Demands”. Tapi tuntutan terakhir tu, tak mungkin Carrie Lam dapat penuhi, dan bos besar dia di Beijing pun tak akan membenarkan. Kedua-dua kerajaan Hong Kong dan protester masing-masing tak nak mengalah, menyebabkan konflik diperpanjangkan dan sekarang memasuki fasa “escalation”.
Protester di Hong Kong boleh dibahagikan kepada dua kem. Kem pertama ialah “Wo Lei Fei” (和理非). Wo-Lei-Fei ialah akronim kepada slogan “wo ping, lei sing, fei bou lik” (和平, 理性, 非暴力) yang bermaksud “peaceful, rational, non-violent”. Diorang ni majoriti, dan diorang yang menjayakan protes sejuta rakyat pada Jun yang membuat Carrie Lam tarik balik Extradition Law.
Tapi sekarang, protes dah diambil alih oleh kem kedua yang lebih keras dan radikal, yang dikenali sebagai “Yong Mo Pai” (勇武派). “Yong” bermaksud berani, “Mo” bermaksud “militant”. Trademark diorang ialah t-shirt hitam dan topeng hitam. Diorang kritik Wo Lei Fei terlalu lembut, sehingga tuntutan-tuntutan semua tak dilayan oleh kerajaan. Jadi diorang ambil pendekatan yang lebih ekstrim: baling bom molotov, baling batu batan, baling cone, pecah kedai, bakar kereta dan menembak anak panah (what the???). In case korang terdesak kena pergi Hong Kong, jangan pakai baju hitam k, kena pukul dengan polis kang. China sekarang pun dah melarang eksport t-shirt hitam ke Hong Kong.
Orang Hong Kong ialah orang Kantonis. Orang Kantonis sifatnya memang “rebel” dan “persistent”. Revolusi Republikan yang menumbangkan pemerintahan maharaja China pada tahun 1911 dipimpin oleh orang Kantonis (Sun Yat-Sen dan Wang Jing-wei). Tokoh-tokoh kungfu yang kita tengok dalam filem (Wong Fei Hung, Yip Man, Bruce Lee) adalah orang Kantonis. Apabila sifat ni dimangkin oleh sentimen politik, maka lahirlah Yong Mo Pai yang tak reti penat merusuh walau berbulan-bulan. Pada tahun 1967 pun pernah berlaku rusuhan yang berlangsung selama 8 bulan. Umbrella Movement pada tahun 2014 pun tahan 4 bulan.
Salah satu slogan Yong Mo Pai ialah “Lam Chao” (攬炒). Bukan mencarut eh. “Lam” maksudnya peluk, “chao” maksudnya goreng, jadi “Lam Chao” membawa konotasi “hangus sama-sama”. Lebih kurang macam konsep “if we burn, you burn with us” dalam Hunger Games. So bagi diorang, kalau tuntutan diorang tak dilayan pun, diorang nak pastikan ekonomi Hong Kong lumpuh, “mati sama-sama”.
Pada Isnin lepas, diorang melancarkan protes dengan nama “Operation Dawn” (黎明行動), all out mencabar polis. Ia diikuti dengan “Operation Daybreak” (破曉行動) pada Selasa, seterusnya “Operation Morning Light” (晨曦行動) pada Rabu, dan hari ini “Operation Twilight” (曙光行動). Dengar kata besok akan disambung lagi dengan “Operation Sunrise” (旭日行動), “Operation Glory Light” (榮光行動) pada Sabtu dan seterusnya. Protes pun letak codename macam perang, tak leh belah.
Kalau keadaan terus “escalate” macam ni, susah nak kata ia tak akan membawa kepada konflik yang lebih serius. Yong Mo Pai sedang “bait” polis untuk bertindak lebih ganas, kalau ada orang mati, boleh justify tindakan radikal diorang. “Hardliner” di Beijing pun sebenarnya tunggu keadaan jadi hilang kawalan supaya justify campur tangan langsung dalam Hong Kong atau untuk mengehadkan autonomi yang diberikan kepada Hong Kong.
On a side note, perkembangan di Hong Kong ni juga membuat masyarakat Cina Malaysia berpecah dan bertekak. Generasi “Boomers” lebih cenderung kepada “law and order” dan ada sentimen pro-China, jadi kebanyakan diorang mengutuk protester. “Millennials” pulak lebih tertarik dengan ideal “demokrasi” dan “kebebasan” dan lebih banyak menerima pengaruh budaya popular Hong Kong dan Taiwan, jadi lebih bersimpati dengan protester.
Dari sebuah bandar antarabangsa jadi sebuah “war zone”, hanya perlukan 5 bulan. Kekurangan “wisdom” pentadbiran di satu pihak, dan “passion” tak terkawal di satu pihak, sama-sama menolak bandar yang dikenali sebagai “Mutiara Timur” ni ke kancah anarki.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih