Honda merupakan antara pesaing utama automotif dunia dan turut menjadi kegilaan oleh peminat kereta di Malaysia. Model Civic dan City antara yang paling laris di negara ini. Malah motorsikal berjenama sama juga turut laris.

Model EX5 dan C70 adalah antara legenda terulung di Malaysia walaupun sudah tamat pengeluarannya. Persoalannya sekarang bagaimanakah Honda boleh tertubuh?

Semuanya bermula apabila seorang mekanik iaitu Soichiro Honda yang pada asalnya bekerja sebagai mekanik biasa di bengkel Art Shokai.

Selepas itu Soichiro telah menubuhkan Tokai Seiki untuk membekalkan piston rings kepada Toyota. Menjelang Perang Dunia Kedua, Tokai Seiki telah beralih kepada pembuatan senjata sehinggalah kilang mereka semuanya di bom.

Tamat sahaja perang, Soichiro Honda telah menjual segalanya yang ada dalam Tokai Seiki kepada Toyota.

Hasil yang tidak seberapa itulah digunakan oleh Soichiro untuk menggagaskan Honda Technical Research Institute berhampiran Hamamatsu pada tahun 1946.

Tujuan utama penubuhan institusi tersebut adalah untuk enjin yang kecil serta efisien. Mereka bermula dengan penghasilan basikal berkuasa motor menggunakan lebihan enjin daripada Perang Dunia Kedua.

Selepas itu mereka telah menghasilkan enjin sendiri dan basikal berkuasa motor itu digelar sebagai prototaip A-Type.

Menjelang 1948, institusi tersebut telah ditranformasikan menjadi Honda Motor Company atau Honda Giken Kōgyō KK dan setahun selepas itu mereka terus menghasilkan produk berasaskan motorsikal.

Model terawal mereka iaitu motorsikal Honda C-100 yang dikeluarkan ketika 1949 menjadi motorsikal paling laris di dunia pada tahun berikutnya.

Bagi segmen automotif pula, Honda telah menghasilkan model pertama mereka berupa trak pikap mini iaitu T360. Manakala model S500 menjadi kereta pertama yang dihasilkan dan dijual oleh syarikat itu.

Bagi memasuki pasaran global, syarikat itu telah menubuhkan anak syarikat untuk pasaran Amerika Syarikat iaitu American Honda Motor Company.

Anak syarikat tersebut mula menghasilkan motorsikal di Amerika Syarikat menjelang 1979 dan kereta pula tiga tahun selepas itu.

Serentak dengan itu juga jenama Acura telah digagaskan oleh Honda bagi memperkenal segmen kereta mewah ke pasaran Amerika Syarikat.

Tiba-tiba rentak kecemerlangan Honda terhenti apabila syarikat itu mengalami beberapa masalah. Malahan ada ura-ura juga mengatakan bahawa Honda bakal diambil alih oleh pesaing mereka iaitu Mitsubishi Motors.

Bagi mengelakkan pengambilalihan tersebut menjadi realiti, syarikat itu telah mengubah hampir kesemua struktur mereka. Hasilnya mereka berjaya mengeluarkan generasi pertama model Odyssey dan CRV.

Kedua-dua model ini mendapat permintaan yang memberangsangkan lantas menyelamatkan Honda.

Honda makin gemilang selepas itu apabila mula menghasilkan model legenda iaitu Civic. Model civic generasi pertama telah dihasilkan pada tahun 1972 dengan hanya dua pintu sahaja.

Syarikat itu percaya Civic bakal menjadi model yang bertahan begitu lama dalam pasaran ekoran kelebihannya lebih mesra alam dan menjimatkan minyak.

Melihat kepada sambutan yang begitu tinggi terhadap Civic, syarikat itu telah memperkenalkan model Type R dan GTi bagi menakluk pasaran automotif.

Hari ini model Civic menjadi antara kereta paling popular di dunia malah kelihatan agak premium di beberapa negara.

Bagi segmen hibrid dan elektrik pula, syarikat itu bermula dengan model Insight yang dilancar di Amerika Syarikat pada tahun 1999. Setelah itu, Honda telah memperkenalkan kenderaan hibrid terhadap beberapa model sedia ada seperti Civic dan Accord.

Untuk masa hadapan pula syarikat itu telah membangunkan kenderaan elektrik sukan hasil kacukan daripada model Civic Type R dan NSX.

Honda menyatakan bahawasanya model kacukan ini akan dikawal oleh kecerdasan buatan tapi tiada lagi berita bila ianya akan dikomersialkan.

Apa-apapun, hari ini Honda berjaya menjadi pengeluar kenderaan kedua terbesar di Jepun dan merupakan pemain utama industri automotif dunia. Jadi kepada pembaca semua, anda ada Honda tak?

Artikel ini turut boleh dibaca di laman portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.