Dalam Rentaka Sekalian Bijasura ada disebutkan pelbagai manuskrip terahsia Melayu yang menjadi sumber kepada ‘Renaissance Kedua’ Eropah dan Dunia Barat kepada masa depan Age of Aquarius mereka. Mahakarya-mahakarya Melayu bukanlah ada dua, Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah namun beribu-ribu!
Salah satunya Kitab Ilmu Bedil (MS 101). Selama ini kita asyik bergocoh tentang Hang Tuah, dan segala perkara yang tak membawa significant pada perkembangan peradaban kita, apa salahnya kita keluar dari zon selesa dan kaji manuskrip-manuskrip berat sikit. Keluar dari sekian banyak polemik yang membodohkan dan mula kaji karya-karya lain, hasilkan analisisnya dan terbitkan ke khalayak ramai.
Book of Malay Traditional Weaponry. Nampak ohsem nama ni kan? Lagi ohsem bila kita baca penerangannya oleh UNESCO:
“Kitab Ilmu Bedil (MS 101) or Book of Traditional Weaponry, is a Malay manuscript which is regarded as a traditional literary genre written in the mid-19th century containing the precious traditional knowledge on weaponry. It includes the making of traditional firearms, guns, firing and shooting techniques, position, marksmanship, unerring, and ammunition.”
Pergghhhh… memang smart habaq hang. Sekarang juga Srikandi bagi job kat sejarahwan dan cendekiawan Melayu untuk menggerakkan punggung masing-masing, cargas mengkaji Kitab Ilmu Bedil ini, buat analisis dan terbitkan. Ini takdelah pasal bergocoh pasal perkara remeh temeh, tapi jom bedah tentang“the making of traditional firearms, guns, firing and shooting techniques, position, marksmanship, unerring, and ammunition” pun kita nak baca jugak. Barulah sel-sel otak berhubung.
Bertuahnya di Galeri Petronas ada buat pameran ALEGORI: Contemporary Art Expressions from Malay Manuscripts bermula 14 November 2017 – 04 February 2018, masa 10am – 8pm. Masuk adalah PERCUMA. Free of charge. Itu yang tertera di laman web mereka.
Kalau kau orang taknak ketinggalan dengan orang putih yang maju mengkaji khazanah kita supaya mereka dapat sumber-sumber ‘backup’ untuk menghadapi ‘post apocalypse’ dalam abad mendatang, datang dan tengok sendiri semua ‘precious gems’ ini.
Indah bukan peradaban Melayu?
~Srikandi
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih