Kemerdekaan Tanah Melayu tidak datang bergolek. Banyak darah yang tumpah dan nyawa yang gugur. Abdurrahman Limbong salah seorang pejuang tanah air yang bermati-matian melawan Inggeris

Kehebatan pahlawan Islam tidak bergantung kepada upaya fizikal semata-mata. Hj Abdurrahman Limbong istiqamah beramal dengan sebuah wirid perang yang dipanggil Hizb Bahr.

Setiap kali solat Subuh & Isya’, beliau takkan tinggalkan amalan membacanya seusai salam terakhir. Wirid Hizb Bahr dibacakan secara berjemaah atau bersendirian dengan istiqamah. Ia menjadi sumber kekuatan rohani yang ampuh.

Jihad fisabilillah yang dipimpin Hj Abdurrahman Limbong dilancarkan di Terengganu pada tahun 1922 sampai 1928. Inggeris sudah melampaui batas. Perjuangan ini selaras dengan fatwa dari Khilafah Turki Uthmaniah yang menyeru ummah memerangi penjajah kuffar.

Nama panjang pahlawan Terengganu ini ialah Haji Abdurrahman bin Abdul Hamid bin Abdul Qadir. Dipanggil masyarakat setempat: “Tok Limbong”. Beliau tidak berjuang dengan jiwa yang kosong. Ilmu agama, persilatan dan hikmah telah dituntut dengan saksama.

Pengajian sifat 20 telah dikhatamkan dengan bimbingan guru akidah. Pengajian tasawuf tidak ditinggalkan dengan asuhan ulama terkenal, Tokku Paloh. Di antara kitab yang sempat ditalaqqi oleh Tok Limbong ialah Siyarus Salikin, Hidayatus Salikin dan Durr Nafis.

Dari pengalaman hidup pahlawan ini, telah membuktikan pengajian sifat 20 tidaklah membuang masa ataupun sia-sia. Faktanya, ia telah menjana kekuatan jiwa yang tidak mudah gentar dengan senapang penjajah.

Abdurrahman Limbong telah dibuang negeri ke Mekah pada tahun 1928z Akibat memberontak dengan Inggeris, beliau akhirnya meninggal dunia di sana dan dikebumikan di sana.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply