Pada 6 April yang lalu, sebuah filem yang bercorakkan politik, Daulat  telah ditayangkan di laman Iflix. Bagi sesiapa yang sudah menonton filem tersebut, pasti anda perasan bahawa Mona ingin bekerjasama dengan pihak Hizbul Muslimin (HM). Tahukah anda, parti Hizbul Muslimin sememangnya wujud di dalam sejarah politik negara?

Setelah UMNO tertubuh pada tahun 1946, timbul kesedaran oleh sebilangan pemimpin Melayu pada ketika itu bahawa perlunya sebuah parti berasaskan agama diwujudkan dan bukan terletak pada atas semangat bangsa semata-mata.

Oleh itu, pada Mac 1947, persidangan Islam se-Malaysia (Pan-Malayan Islamic conference) yang pertama telah diadakan di Madrasah Ma’ahad al-Ehya as-Sharif yang terletak di Gunung Semanggol, Perak.

Persidangan itu telah ditaja sepenuhnya oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy.  Ia dianjurkan untuk membincangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan Melayu-Muslim.

Selain itu, perhimpunan tersebut juga bertujuan untuk membawa gerakan-gerakan dan pemikir-pemikir Islam yang lebih aktif secara politik dan progresif di dalam negeri untuk duduk berbincang bersama. Hasil daripada persidangan itu, Majlis Agama Tertinngi Malaya (MATA) ditubuhkan.

Pada 13 hingga 16 Mac 1948, MATA telah menganjurkan sebuah persidangan bagi membincangkan isu tempatan dan antarabangsa yang berkenaan dengan masyarakat umum. Peserta-peserta persidangan merasakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO tidak melakukan apa yang memadai untuk mengemukakan isu mustahak secara umum dan puak konservatif-nationalis juga tidak memainkan peranan yang cukup untuk kepentingan Melayu-Muslim. Perwakilan UMNO di dalam persidangan tersebut amat berang dengan kenyataan yang diberikan.

Perwakilan UMNO telah melaporkan pendapat dan pemerhatian mereka pimpinan mereka menyebabkan pemimpin UMNO pada waktu itu iaitu Dato Onn Jaafar mula mengeluarkan amaran mengenai “ancaman bahaya dari gunung”, yang merujuk kepada Gunung Semanggol sebagai lokasi pergerakan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA).

Selepas itu, Parti Orang Muslimin Malaya atau Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada tarikh 17 Mac 1948 yang mana pada waktu itu dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir selepas persidangan kedua Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) yang mengisytiharkan supaya Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) diatur semula sebagai satu parti politik Islam.

Dengan tertubuhnya Hizbul Muslimin, kesemua aktiviti politik telah dipindahkan kepada pertubuhan politik baru itu. Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) pula berperanan sebagai biro hal-ehwal agama parti itu. Ustaz Abu Bakar juga kerap membuat lawatan ke seluruh negeri bagi memperkenalkan HM kepada rakyat. Beliau juga pernah memujuk seorang tokoh UMNO Johor, Ibu Zain untuk menyertai HM namun tidak berjaya.

Apabila pihak British mengisytiharkan darurat, HM juga turut diharamkan dan ramai pemimpinnya ditangkap atas alasan bekerjasama dengan pihak komunis. Ramai ahli kumpulan HM telah menyertai UMNO. Walaubagaimanapun, perjuangan HM tidak pernah padam. Hasilnya, pada tahun 1951, Parti Islam Se-Malaya telah ditubuhkan. Merekalah yang menyambung legasi perjuangan Hizbul Muslimin hinggalah ke hari ini.

Untuk mengetahui sejarah parti PAS, boleh klik pautan di bawah.
https://thepatriots.asia/sejarah-parti-islam-se-malaysia-pas/.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.