Peredaran zaman selepas kejatuhan era imperialisme telah meninggalkan sebuah dunia yang sangat berpolarisasi.

Negara-negara Islam telah acapkali dimangsakan pengaruh Barat, sekaligus membentukkan satu kelompongan yang boleh dieksploitasi Jerman.

Bagi umat Islam, kebebasan dan kemerdekaan ialah asas paling jitu kerana pertelingkahan pasca-Uthmaniyah dilihat tiada kesudahan. Dan Jerman membiayai percetakan sejuta risalah untuk dilepaskan dari udara.

Dalam risalah tersebut, pembaca Islam ditanya, “kamu cam tidak Yahudi gemuk berambut kerinting yang mendustai dan menguasai dunia sambil mencuri tanah Arab?” (Motadel, 2014)

Risalah ini jauh sekali sebuah poster penjahat dikehendaki. Sebaliknya, ia berbaur hasutan anti-Semitisme kerana menjelaskan, “Yahudi tersebut ialah Masih ad-Dajjal yang menurut tradisi Islam akan memimpin 70,000 Yahudi dari Isfahan.”

Inilah kenyataan hasutan yang dihamburkan Kementerian Propaganda Jerman dibawah Joseph Goebbels.

Penggunaan gemuk dan rambut kerinting sangatlah kena dengan ciri-ciri Dajjal, dengan zaman kemiskinan pada masa itu membuatkan seolah-olah ia sudah muncul tiba dari Isfahan.

Goebbels sebenarnya menghuraikan lagi tanda akhir zaman yang sangat disukai Heinrich Himmler.

Dan dari sini kerajaan Jerman mendapat tempat dalam kalangan Arab. Sebelum ini pun saf antara dua bangsa ini semakin rapat.

Ad0lf H1tl3r membenarkan sebarang pengubahsuaian Mein Kampf sepertimana dicadangkan pegawai diplomasi Werner Otto von Hentig.

Dan von Hentig mendapatkan perkhidmatan ulama Alimcan Idris supaya dapat menterjemahkan kitab tersebut dengan suara al-Qur’an ke bahasa Arab dan Parsi (Reimer, 1985).

Begitu aktif Jerman bergerak. Tidak dilupakan juga dengan pertemuan bersejarah bersama Amin al-Husseini yang sehingga hari ini dicanangkan sebagai faktor penyejuk hubungan dua hala.

Anehnya Amin hanyalah seorang mufti di Jerusalem, jauh sekali seorang pemimpin Dunia Islam. Selain Amin, Jerman juga mendapat sokongan dan pujian daripada Hassan al-Banna.

Tetapi akhirnya Jerman tetap gagal menimang sokongan umat Islam untuk mengubah dimensi pep3r4ngan. Tiada negara menerima bahawa Jerman datang untuk menyelamatkan umat Islam.

Jauh sekali membebaskan, Jerman hanya mempamerkan imej mementingkan diri sendiri bahawasanya umat Islam perlu berjuang dan m4ti demi Jerman (bukannya negara sendiri, apatah lagi Islam).

Mesir sendiri telah membatalkan segala hubungan diplomasi bersama Jerman, khususnya kerana tekanan daripada British juga.

Dan pada Februari 1941, Erwin Rommel mengarahkan supaya Afrika Korps bergerak ke Libya untuk mengusir British keluar dari situ. Melihat kekalahan berangkai British, tiada pilihan lain boleh diambil.

Raja Farouk menulis bahawa jika Berlin tiba di Sungai Nil, mereka akan dapat Mesir sebagai pejuang pep3r4ngan (Weinberg, 2004).

Rakyat Mesir sudah mula berasa gusar kerana tahu pembebasan ini mempunyai harga (Mikics, 2014). Senang kata mereka tahu bahawa Jerman lebih menind4s daripada British.

Tetapi harus diketengahkan bahawa H1tl3r pernah mengatakan bahawa Arab ialah bangsa bawahan. “Menaklvki Arab ialah perancangan jangka masa panjang.

Dalam empayar Islam, hanya Islam Jerman saja boleh menjadi pemerintah.” (Speer, 1970). Dan kononnya keakraban H1tl3r kepada Islam pun hanyalah atas idealisme semata-mata.

H1tl3r dan Himmler cukup menyukai semangat jihad yang ditaburkan Islam terutamanya tentang ganjarannya. Bagi mereka, itulah bahasa yang para pejvang faham bukannya santunan cinta dan kasih sayang dibelai Kristian.

Tetapi jauh sekali satu penghargaan, H1tl3r juga pernah berkata, “memang nasib buruk kita terima agama salah (merujuk kepada Kristian). Kenapa kita tidak diberikan agama Shinto yang sanggup berk0rb4n demi tanahair tanpa batasan sentimen?”

Jadi di sini dengan jelas bahawasanya Jerman pada masa itu tidak mencari agama yang benar.

Sebaliknya mereka mahukan agama yang ikut sedap tekak mereka. Apabila ideologi tersebut sudah bercanggah, semua tahu apa yang akan berlaku.

RUJUKAN:

Mikics, D. (2014, November 24). The (ditapiskan) Romance with Islam has some lessons for the United States. Tablet Mag. Retrieved from (Request Link)

Motadel, D. (2014). Islam and (ditapiskan) Germany’s (ditapiskan). Harvard University Press. Pp 89.

Reimer, D. (1985). Die Welt des Islams: Zeitchrift der Deutschen Gesellschaft für Islamkunde. Pp 155.

Speer, A. (1970). Inside the Third (ditapiskan). Orion Books. Pp. 143.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.