Semasa dunia Islam bergembira meraikan pembukaan Hagia Sopia sebagai masjid semula, datang pula khabar kurang senang daripada Tanah Suci yang jauh di mata. Pada 19 Julai 2020, Astro Awani ada mengeluarkan satu laporan yang menggemparkan dunia. Google telah bertindak menghapuskan nama Palestin daripada Google Maps.
Tindakan yang sama juga dilakukan oleh syarikat Apple di dalam Apple Maps. Tindakan mereka ini dilihat selari dengan rancangan aneksasi (annexation plans) yang diumumkan oleh pengganas terulung dunia, Benyamin Natenyahu untuk memulakan rancangan ini diawal 1 Julai. Pengganas ini dilihat semakin berani apabila Deal of the Century yang diumumkan oleh Donald Trump dijadikan sebagai alasan untuk menghalalkan segala tindakannya.
Perkara ini menjadi satu kebimbangan kepada masyarakat di dunia. Hal ini kerana satu jenayah terancang akan berlaku dan membabitkan jutaan nyawa yang tidak bersalah. Segala desakan yang dilakukan dari pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilihat seperti anjing menyalak bukit. Dek kerana kuasa veto Amerika Syarikat (AS) yang begitu kuat, negara-negara Islam dilihat hanya mampu menggigit kuku. Bahkan, suara Tun Dr Mahathir (Mantan Perdana Menteri) dan Presiden Recep Tayyib Redogan (Presiden Turki) hanya kuat di mata ummat Islam, tetapi bangsa Yahudi terus meludah tanpa segan dan silu.
Persoalan yang teus bermain difikiran kita pada hari ini adalah, siapa yang bersalah? Adakah salah Theodor Herlz yang menubuhkan organisasi dan fahaman Zionis dengan matlamat menubuhkan negara Israel? Adakah David Gurion yang bersalah kerana mewujudkan sebuah negara haram dan menjemput orang-orang Yahudi datang ke sana?
Adakah salah para presiden AS yang dilihat terlalu memanjakan puak-puak Zionis ini dengan memberi pelbagai kemudahan? Atau adakah salah umat Islam yang asyik berfoya-foya dan khayal dengan kecanduan dunia sehingga lupa tanggungjawab sebagai manusia yang sejati.
Perpecahan umat Islam pada hari ini begitu menggusarkan jiwa dan memberatkan mata kita. Terdapat banyak faktor yang boleh dilihat sebagai punca ummat Islam terus jatuh apabila mereka dibantai secara terancang. Perkara ini harus dipandang serius oleh semua pihak daripada pemerintah sehinggalah kepada rakyat.
Antara faktor kejatuhan umat Islam pada hari ini adalah hilangnya ilmu daripada masyarakat. Hilang di sini tidak bermaksud hilangnya pusat pengajian dan graduan lepasan universiti seluruh dunia. Namun yang hilang sebenarnya intipati ilmu di dalam diri manusia. Pelbagai kajian telah dilakukan dan banyak statistik dikeluarkan berkenaan jumlah kes jenayah di Malaysia sahaja khususnya di kalangan pelajar.
Benar, statistik dari tahun 2018 hingga tahun 2019 menunjukkan berlakunya penurunan sebanyak 436 tangkapan yang berlaku di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Namun, kes-kes jenayah tidak bermoral terus menerus berlaku sehinggakan masyarakat terus buta dan lali dengan simbahan dosa ini. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2019 oleh Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menunjukkan satu statistik berkiatan jangkitan HIV berpunca daripada golongan LGBT sahaja sudah membimbangkan.
Pada tahun 2016, 36 peratus jangkitan HIV berpunca daripada golongan Gay. Selangor Kini pula ada mengeluarkan satu kenyataan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan pada tahun 2018 sahaja 57 peratus penghidap HIV adalah golongan Gay. Tidak cukup dengan itu, Berita Harian memetik keterangan Dr Mohd Izwan, bekas Timbalan Pengarah Keluarga, Sosial dan Pembangunan Komuniti JAKIM yang menyatakan bahawa statistik golongan LGBT di Malaysia meningkat dengan mendadak.
Lebih memilukan hati beliau berkata ianya bermula daripada kalangan pelajar berusia 12 hingga 15 tahun. Adakah kita berbangga dengan perkara ini? Melahirkan ramai orang cerdik pandai, membina banyak sekolah dan IPT, membawa ramai ilmuan luar dari negara Islam dan bukan Islam untuk mengajar tetapi hati terus menjadi hitam.
Adakah ianya sebab semakin ramai ulama’ meninggal dunia atau sebab hati kita terlalu sombong untuk berdamping dengan mereka sebelum mereka pergi dan menyambung legasi ilmu dan akhlak mereka. Belum lagi penulis mengulaskan berkaitan gerakan-gerakan pelampau Islam yang kononya berjuang demi Islam.
Sedangkan sebahagian daripad mereka cuba menunggang ilmu dan ada diantara mereka yang tidak mahu menuntut ilmu kerana merasa diri sudah berilmu. Bagaimana Islam dan Tanah Palestin hendak terbela jika masyarakat terus melahirkan orang seperti ini. Perkara ini harus disemak semula sama ada kita benar-benar meletakkan diri bersama ilmu dan akhlak atau hanya cukup sekadar memegang segulung ijazah.
Selain itu, faktor kejatuhan Islam pada hari ini adalah kekayaan dan kemewahan yang melampau. Kekayaan yang dimiliki sememangnya tidak boleh ditandingi lagi. Menurut United States Energy Information Administration (EIA) menunjukkan 5 daripada 10 pengeluar minyak utama dunia adalah negara Islam. 4 daripada negara-negara ini merupakan negara yang mempunyai kuasa ekonomi dan pengaruh yang besar di peringkat dunia dan 1 pernah menjadi seperti mereka iaitu Iraq.
Kekuatan dan kekayaan mereka diiktiraf oleh dunia sebagai di antara negara yang berpengaruh khususnya di Timur Tengah. Namun, negara-negara seperti ini juga yang saling bergaduh sesama mereka. Korupsi, perebutan kuasa dan maksiat terus menerus menjamu diri mereka. Tidak perlu juah, cukup sekadar melihat Malaysia.
Ahli politik tidak habis-habis lagi terpekik dan terlolong di Parlimen sedangkan mereka seharusnya membela agama dan masyarakat. Sifat mereka sama sahaja dengan negara-negara Islam yang lain yang hanya berebut kuasa untuk mendapatkan kekayaan yang ada. Tidak ramai daripada mereka sanggup walaupun untuk bersuara berkenaan nasib ummat Islam yang lain. Tiada lagi Ukhwan Islamiah seperti zaman kekhilafahan dahulu seperti cubit peha kanan, peha kiri turut sakit. Benarlah kata orang tua-tua,
Kalau tidak kerana kera,
Ayam di hutan menjadi korban,
Kalau tidak kerana harta,
Agama Islam terus ditegakkan.
Haruslah ummat Islam memahami bahawa tugas sebagai seorang Khalifah bukan hanya terletak pada bahu seorang pemerintah, tetapi semua perlu memikul tanggungjawab yang sama. Masyarakat Islam perlulah mencerminkan diri sendiri dan memperbaiki sebarang kecacatan yang ada di dalam diri dan masyarakat.
Benar, bangsa Yahudi dan puak-puak Zionis sememangnya bertanggungjawab dalam hal ini. Namun kita juga perlu sedar kalau kita tidak membuka pintu, bagaimana pula ular boleh masuk ke rumah kita.
Aiman Najwan Bin Adnan
Jabatan Sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2019/2020.
RUJUKAN
Afix Redzuan, 2019, 57 Peratus Kes HIV Akibat Hubungan Sesama Lelaki, Selangor Kini, https://selangorkini.my/2019/11/57-peratus-kes-hiv-akibat-hubungan-sesama-lelaki/ [19 Julai 2020]
Audrey Dermawan, 2018, Bilangan Gay, Transgender Semakin Meningkat: JAKIM, Berita Harian Online, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/491972/bilangan-gay-transgender-semakin-meningkat-jakim [19 Julai 2020]
Dr Hafidzi Mohd Noor, 2020, Pelan Damai Trump Cubaan Hapus Palestin, Berita Harian Online, https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/02/652423/pelan-damai-trump-cubaan-hapus-palestin [19 Julai 2020]
Mohamad Afandi Md Ismail & Mohd Sabree Nasri, 2019, Gejala Lgbt Di Malaysia: Isu Dan Cadangan Penyelesaian, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), hlm 57.
Muhammad Apendy Issahak, 2019, Jenayah Dalam Kalangan Pelajar Masih Membimbangkan, Berita Harian Online, https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/627250/jenayah-dalam-kalangan-pelajar-masih-membimbangkan [ 19 Julai 2020]
Riduaddin Daud, 2020, Palestin lenyap daripada Google Maps?, Astro Awani, http://www.astroawani.com/berita-dunia/palestin-lenyap-daripada-google-maps-251841 [19 Julai 2020]
Anon, 2019, What Countries Are The Top Producers And Consumers Of Oil?, United States Energy Information Administration (EIA), https://www.eia.gov/tools/faqs/faq.php?id=709&t=6 [19 Julai 2020]
UN News, 2020, Israel’s illegal annexation plans for Palestine, ‘disastrous’ for wider Middle East, United Nations (UN), https://news.un.org/en/story/2020/06/1067392 [19 Julai 2020]
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih