Rantau Mesoamerika sedikit terasing dalam panggung sejarah berikutan kedudukannya yang terpisah jauh dari daratan Afro-Eurasia. Kedua-duanya dipisahkan oleh jarak sejauh 8,712 km (dari Portugal ke Mexico) – suatu jarak yang boleh memuatkan sebanyak 10.14 buah Semenanjung Malaysia.
Walau bagaimana pun, keterasingan ini sama sekali tidak menghalang Mesoamerika dari membina tamadun-tamadun megah.
Tamadun Maya sebagai contoh. Ia tumbuh sezaman dengan tamadun Sumeria (c. 2500 SM) dan tumbang sama waktu dengan Dinasti Tang (c. 900 M) namun diteruskan legasinya oleh suku Quiche-Maya sehingga tahun 1524 M.
Tempoh keemasan Maya berlangsung selama tujuh kurun, iaitu dari tahun 250 hingga 900 Masehi. Tempoh tersebut dikenali sebagai Zaman Klasik.
Sepanjang tempoh tersebut, tamadun Maya mempunyai lebih 50 buah kota seperti Tikal, Calakmul, Uaxactún, Copán, dan Chichen Itza yang r.untu.hannya masih boleh dikunjungi sehingga hari ini.
Dianggarkan, populasi keseluruhannya mencapai sehingga 10 juta orang – kira-kira 1/6 dari populasi Empayar Rom ketika zaman perdananya.
Bagaimana pun, struktur tamadun Maya tidaklah sama seperti Empayar Rom atau bahkan Empayar Aztec (1345-1521 M) dan Inca (1438-1533 M) yang masing-masing diperintah oleh seorang maharaja.
Tamadun Maya sebaliknya lebih mirip dengan tamadun Yunani yang hanya terdiri daripada negara-negara kota, dengan setiap negara-kota diperintah secara mandiri.
Dalam suasana politik sebegitu rupa, tamadun Maya berkembang sebagai salah sebuah tamadun paling lama di dunia – iaitu selama 3,400 tahun tidak termasuk 600 tahun yang dilaluinya ketika Zaman Pasca-Klasik. Jangka hayat ini setanding dengan tamadun Mesir Purba (3070 tahun) dan tamadun China (3500 tahun).
Namun persoalannya, di manakah posisi tamadun Maya pada hari ini?
Keturunan mereka masih ada, berjumlah sehingga 6 juta orang dengan kebanyakannya bertumpu di Mexico dan Peru. Sebahagian mereka bahkan menganut agama Islam.
Akan tetapi, nasib mereka jauh berbeza jika kita bandingkan dengan etnik Han di China. Mereka hidup sebagai peribumi yang terp.inggi.r di bumi sendiri.
Suatu masa dahulu, mereka dapat berbangga sebagai masyarakat maju yang memperkenalkan bermacam-macam inovasi – mereka membina Aguada Fénix yang merupakan salah sebuah piramid tertua di dunia (lewat 1630 tahun berbanding Piramid Djoser); mencipta angka sifar secara mandiri pada 350 M (600 tahun lewat berbanding Babylon dan 100 tahun awal sebelum India memperkemaskannya); dan membentuk sistem tulisan serta kalendar yang tersendiri.
Kesemua pencapaian tersebut bagaimana pun terkambus sebaik sahaja bumi mereka didatangi oleh penj.aja.h Sepanyol pada kurun ke-15 Masehi. Episod penjajahan ini kemudian disusuli oleh dua peristiwa lain, iaitu Inkuisisi Mexico dan Pertukaran Columbia.
Ketiga-tiga peristiwa ini melengkapkan tiga kehilangan yang dialami oleh bangsa Maya secara khusus dan tamadun Mesoamerika secara umum; iaitu tanah pertiwi, khazanah ilmu, dan sumber alam.
- Kodeks Dresden – Catatan tentang ilmu astronomi, pertanian, perubatan, dan ramalan.
- Kodeks Paris – Catatan tentang sambutan-sambutan khusus dalam kalendar Maya serta sejarah dewa-dewi mereka.
- Kodeks Madrid – Catatan tentang hari-hari dalam setahun yang dikaitkan dengan dewa-dewi Maya, serta aktiviti kehidupan seharian mereka.
- Kdoeks Grolier – Catatan tentang astrologi.
Peristiwa pemb.aka.ran buku ini hanyalah satu contoh dari episod panjang Inkuisisi Mexico yang direkodkan sendiri oleh pelakunya, seorang paderi kelahiran Sepanyol yang bernama Diego de Landa.
Ia berjalan hampir sama seperti apa yang berlaku di Sepanyol – buku dib.aka.r, penganut bukan-Kristian dib.anta.i, dan ajaran Katolik dipaksakan ke atas populasi tempatan (pada hari ini, di Mexico sahaja terdapat kira-kira 100 juta penganut Katolik)
Tr.age.di keilmuan dan kebudayaan yang dihadapi oleh bangsa Maya ini bagaimana pun berlangsung drastik, tidak seperti r.ampa.san sumber alam yang berlaku secara perlahan melalui Pertukaran Columbia (Columbian Exchange).
Pertukaran Columbia secara umum merujuk kepada interaksi dua hala antara Eropah dan Dunia Baru, di mana interaksi ini merangkumi segala bentuk pertukaran yang berlaku – teknologi, idea, tumbuhan, haiwan, barang dagangan, dan w.aba.k peny.aki.t.
Pada satu sisi, pertukaran ini adalah m.ala.peta.ka buat tamadun Maya memandangkan kekayaan alamnya dir.ampa.s dan ia mendedahkan mereka kepada peny.aki.t dari Dunia Lama. Sementara itu pada sisi lain pula, pertukaran ini membawa pembaharuan buat seluruh dunia memandangkan banyak tanaman baru diperkenalkan.
Akibat Pertukaran Columbia, sebanyak 90% populasi orang asli Amerika (hampir 55 juta orang dan ia mewakili 10% populasi dunia) meni.ngg.al dunia akibat w.aba.k peny.aki.t dalam tempoh kurang 150 tahun (1492-1600 M). Jumlah ini sebanding dengan angka kem.ati.an dari Wabak Hitam yang memakan nyawa sehingga 75-200 juta manusia.
Ini merupakan harga yang perlu dibayar untuk Dunia Lama mengenali tanaman-tanaman seperti kentang, ubi keledek, ubi kayu, dan jagung yang mana kesemuanya ini menambah baik makanan ruji sedia ada sekali gus meningkatkan jaminan makanan global. Pada hari ini, ubi kayu sahaja telah menjadi makanan ruji bagi 500 juta manusia.
Begitu juga halnya dengan tanaman bernutrisi dan berperisa seperti tomato, koko vanilla, dan cili. Ia tidak hanya membawa perkembangan dalam hidangan-hidangan tempatan – misalnya tanpa cili, maka tidak akan ada kari pedas di India, Masak Lemak Cili Api di Negeri Sembilan, paprika di Hungary, atau kimchi di Semenanjung Korea.
Malahan, tanaman tempatan Maya turut menyumbang kepada perkembangan populasi dunia sepanjang tiga kurun kebelakangan – dari 720 juta manusia pada tahun 1750 kepada 1 billion manusia pada 1810. Angka tersebut terus meningkat secara drastik saban dekad sehinggalah mencapai sebanyak 7 billion manusia pada dekad kebelakangan.
Di samping memberi impak yang besar dalam demografi Dunia Lama, hasil-mahsul tamadun Maya juga menjadi salah satu pemangkin kepada revolusi industri terutama menerusi tanaman seperti kuinina, getah, dan tembakau.
Keadaan ini disusuli oleh pertambahan bilangan migrasi ke benua Amerika, baik secara paksa mahupun sukarela.
Dalam tempoh tiga kurun sahaja, iaitu antara kurun ke-16 hingga kurun ke-19, seramai lebih 17 juta orang telah dibawa ke Amerika sebagai h.am.ba sekali gus menjadi faktor pertama sampainya agama Islam di sana. Pada hari ini, komuniti Muslim membentuk kurang 1% dari populasi Mexico yang didominasi oleh Katolik.
Memperingati nasib yang dialami oleh tamadun Maya tanpa langsung mengenangkan kita kembali kepada sejarah sendiri. Betapa demi kekuasaan, kekayaan, dan keagamaan, kita pernah dit.umba.ngkan oleh anasir.
Cuma bezanya, kita masih mampu bangkit, berdiri, dan menghirup kemerdekaan di tanah sendiri.
RUJUKAN
Kon, James O. (28 August 2017). Remembering the Future: How Ancient Maya Agronomists Changed the Modern World. Ancient Origins.
Parkes, Veronica. (20 June 2017). The Maya Codices: The Precious Remaining History of an Eradicated Civilization. Ancient Origins.
McFadden, Christopher. (18 August 2018). 9 Incredible Mayan Inventions and Achievements and They Surprisingly Missed. Interesting Engineering.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih