Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, mari lah kita merenung firman Allah Taala yang menceritakan perjalanan Isra’ Nabi Muhammad saw,

‎سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh, seperti mana yang digambarkan oleh al-Quran dalam Surah an-Najm, ayat 13 hingga 18, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat Jibril (dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain di Sidratul Muntaha. Di situ ada syurga tempat tinggal (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.

Dalam suasana negara dan dunia yang getir akibat perperangan dengan makhluk yang halus iaitu COVID – 19, malam Isra’ Mikraj membawa harapan dan seribu kekuatan menghadapi ujian ini ini.

Musuh yang tak kelihatan menyerang ganas membunuh ribuan penduduk dunia tanpa belas kasihan. Setakat ini COVID -18 belum menyerang haiwan kerana mungkin mereka dikhususkan menyerang manusia ? mohon sahabat yang lebih pakar menerangkan. Apabila virus ini menyerang, ia bagai menjadi tuan rumah dalam badan manusia, segala kekuatan dalam badan diresap hingga sistem badan melemah dan akhirnya ribuan manusia tewas dengan makhluk yang sangat halus (dengan izin Allah).

Al Quran menyatakan bahwa Allah telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Sayydiuna Muhammad pada malam Isra’ Mikraj. Tanpa qudrat dan iradah-Nya, maka atas hukum manusia dan hukum adat yang biasa, Rasulullah takkan mampu sampai ke Sidarul Muntaha. Sesungguhnya Allah telah menzahirkan kekuasaan-Nya dan menundukkan akal mereka yang sombong.

Alam semesta yang luas ini adalah makhluk Allah dan berada dalam keluasaan Allah. Alam tiada lain adalah jirim dan jisim yang mempunyai pelbagai bentuk serta saling berhubung satu sama lain.

Kerdil dan amat kerdilnya manusia, justeru itu mereka perlu berlindung dengan Allah Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta. Tauhid yang benar pasti membuahkan ketenangan dalam kehidupan dalam apa jua keadaan yang berlaku.

Isra’ mikraj menyampaikan mesej bahwa jangan terkurung dalam logik akal semata. Akal hanya mampu memahami kekuasan Allah apabila direhatkan sebentar dari logik kebiasaanya. Peristiwa ini ujian awal kepada umat Islam.

Musyrikin Makkah mengatakan ini gila. Mana mungkin Muhammad berjalan satu malam dari Makkah ke Palestin kemudian ke hadratillah. Namun, berbeza dengan orang beriman, apabila ditanya kepada Abu Bakar, beliau menjawab kalau lebih dari tu pun dia percaya.

“Benar ! Aku mengakui bahawa engkau adalah Rasulullah. Jika Baginda mengatakan bahawa Baginda diperjalankan lebih jauh dari itu, maka aku tetap beriman kepadanya”

Jangan terkurung dalam logikal akal, jangan membataskan kekuasaan Allah dengan akal dan alam yang terbatas. Isra’ mikraj mengajak manusia menggunakan akal dengan jernih agar mengkaji lagi akan rahsia alam khususnya non muslim. Selagi akal mendustakan mukjizat para Rasul, maka akalnya tidak sempurna dalam pengetahuanya. Akal yang sempurna faham bahwa tiada apa yang mustahil jika itu barang dikehendaki Allah dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kekuasaan Allah boleh berubah dengan mudah segala bentuk jirim dan jisim alam pada mlm yang istimewa tersebut. Segalanya berubah, yang jauh menjadi dekat, yang luas menjadi kecil, yang ghaib menjadi zahir, yang zahir menjadi ghaib, yang setahun menjadi satu beberapa minit.

Oh ya, hakikatnya perjalanan Isra Mikraj Nabi Muhammad saw adalah dengan roh dan jasad serta berlaku sebahagian malam sahaja bukan satu malam penuh. Saat Nabi pulang, tempat perbaringan Nabi saw masih hangat.

Allah boleh berbuat hal demikian kerana Dia Tuhan sekalian Alam. Dia mengatur hukum adat, asbab musabab di alam syariat dunia tetapi Allah tidak terikat dengan sistem tersebut. Sesungguhnya Allah al Malik adalah Raja bagi masa, jarak, bentuk, luas, cahaya, tenaga, gelombang, 7 lapisan langit dan bumi dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Ujian COVID -19

Kita kini dalam fasa ujian ketakutan bencana, sifat manusia fitrahnya takut atau bimbang hal yang membahayakan kehidupan, keluarga, masyarakat dan negara, para petugas kesihatan dan anggota keselamtan serta pihak yang terbabit.

Pada artikel lepas, kita sudah bincang makna takut kepada makhluk dan takut kepada Allah. Takut kepada Allah, kita semakin mahu mendekati Allah manakala takut pada makhluk dan ancaman, kita mahu mennjauhi.

Sifat takut memang ada pada manusia normal. Walau bagaimanapun, dari suatu sudut kacamata tauhid, ketakutan ini bukan sahaja dizahirkan dengan ikhtiar waspada, namun amat penting perlu ditenang dengan memohon perlindungan Allah, menyerah diri padaNya dengan penuh kehambaan.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”. (At Taubah : 51)

Jika mahu mendapat pertolongan Allah, bukan hanya dengan doa, wajib patuh perintah Rasulullah agar diam ditempat masing-masing jika wabak melanda, Rasulullah juga menjelaskan seorang mukmin tiada memudaratkan diri dan tiada memudaratkan orang lain.

Sebagai orang beriman, tiada istilah berputus asa dalam tangani COVID-19. Malam Isra’ Mikraj adalah malam keajaiban. Kita meyakini keajaiban boleh berlaku kerana dalam pembelajaran hukum asbab musabab, kadang-kadang boleh berlaku menyalahi hingga terbitnya mukjizat, karamah, maunah dan irhas.

Kita takkan sesekali mencapai level mukjizat dan irhas. Tapi karamah dan maunah masih terbuka. Sebab itu para ulama-ulama rabbani, para masyaikh dan orang-orang ikhlas bangkit di malam hari adalah anugerah dikala segala asbab teknologi dan sains belum ketahuan. Ilmu Allah tersangat luas.

Dari sudut hakikat, sudah pasti ianya ketentuan Allah, dan bukan kerja kita sebagai hamba nak tanya kenapa Allah buat begini begitu…tapi atas jalan syariat, tugas kita mencari hikmah dan makna tersirat. Mungkin tiada fahami sekarang, namun sudah pasti ada kebaikan dan hikmah setiap apa yang berlaku.

Kehidupan selepas mati jelas diperlihatkan pada malam yang berkat itu. “Dunya Sab Kuch Nehi he”, dunia bukanlah segalanya. Dunia ini hanyalah secebis laluan perjalanan insan menuju alam kebenaran yang abadi.

Malam Isra Mikraj adalah malam menambah keimanan dan ketaaatan serta kecintaan kepada Allah dan Rasul serta Akhirat. Ini adalah kunci kekuatan, ketenangan, kebahgiaan dan kejayaan insan dunia dan akhirat.

Wallahualam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penerbit dan penulis prolifik. Anak Jati Pulau Manis, Terengganu ini telah menghasilkan beberapa buah buku merangkumi bidang fiqh, tauhid - tasauf, travelog sejarah dan terjemahan (arab - melayu). Selain itu, pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor ini juga pernah terlibat dalam pembikinan Dokumentari Merah Laut Sulu di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2015. Link FB : www.facebook.com/angahsunan

Comments are closed.