Hikayat Tengkorak Kering Boleh Berkata-Kata ni aku rasa antara manuskrip Melayu yang paling jarang sekali dibicarakan.
Hikayat Jumjumah, atau dinamakan juga Hikayat Tengkorak Yang Boleh Berkata-Kata.
Ia kisah hikayat Melayu yang diterjemahkan dalam banyak bahasa, namun kita jarang dengar akan kewujudannya.
Ia kisah bagaimana Nabi Isa memohon kepada Allah agar menghidupkan kembali tengkorak yang dijumpainya dan atas mukjizat baginda dan izin Allah, ia hidup.
Tengkorak itu adalah Raja Jumjumah, seorang raja yang memiliki kekayaan dan kenikmatan dunia yang melimpah ruah, mentadbir segenap Syam (Syria) dan Mesir serta semua jajahannya.
Nabi Isa meminta raja tersebut menceritakan kembali keadaannya semasa hidup, ketika menemui ajal dan seksaan alam barzakh.
Raja Jumjumah itu bercerita tentang bagaimana baginda jatuh gering selepas pulang dari berkelah bersama ahli istana dan rakyat jelata. Selepas tujuh hari baginda gering, malaikat maut datang berbisik hendak mencabut nyawanya.
Di sepanjang hidupnya, Raja Jumjumah sentiasa bersedekah dan berlaku baik kepada anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal. Namun baginda menyesal kerana menerima seksaan azab oleh Allah kerana meninggalkan solat, sekalipun banyak melakukan kebaikan lain di dunia.
Di akhirnya, baginda mangkat dalam penyesalan dan seksaan Allah di alam barzakh. Raja Jumjumah dihidupkan kembali apabila dipanggil malaikat atas perintah Allah untuk kembali hidup dan menceritakan kisah dan teladannya kepada Nabi Isa di kemudian hari.
Moralnya, solat itu tiang agama dan paling utama sekali sebagai orang Islam. Amalan kebaikan lain hanya akan menjadi pemberat apabila dikerjakan solat, tanda kita sebagai hamba Allah, baik kau seorang raja, nabi apatah lagi kita rakyat biasa.
Hikayat ni ada 6 versi, dekat PNM ada, dekat SOAS pun ada.
Tapi inilah cover dia yang paling de.ath metal minum darah kelawar dengan se.mbe.lih kambing atas stage sekali yang aku jumpa
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih