Benarlah kata Usman Awang “Tajam keris raja, tajam lagi pena pujangga.” Satu benda yang paling ditakuti Belanda ketika berperang menetang Aceh (1873 – 1913) ialah Hikayat Perang Sabil. Belanda bukannya tidak takut dengan meriam-meriam besar Aceh buatan Turki Uthmaniyah, tetapi mereka lebih takut dengan Hikayat Perang Sabil.

Hikayat Perang Sabil yang dikarang oleh seorang ulama, pujangga dan panglima perang iaitu Syeikh Muhammad atau Teungku Chik Pante Kulu meninggalkan kesan yang sangat luar biasa pada masyarkat Aceh.

Hikayat Perang Sabil mampu merangsang semangat jihad orang-orang Aceh. Siapa yang membaca atau mendengar hikayat ini, semangat jihadnya menjadi berkobar-kobar. Menurut riwayat, ada seorang wanita tua yang sedang menjual kuih, apabila membaca hikayat ini, beliau serta merta meninggalkan jualannya dan bersiap untuk turun berjihad.

Ali Hasymi pernah menulis bahawa terdapat seorang penduduk kampung bernama Leem Abah. Pada satu malam beliau hanya mendengar seseorang membaca Hikayat Perang Sabil. Keesokan paginya selepas solat Subuh, tanpa diketahui oleh sesiapa, beliau terus ke Kota Raja (Banda Aceh) lalu menikam seorang Belanda dengan rencong yang disembunyikan dalam lipatan kainnya. Beliau kemudiannya ditangkap dan dibunuh oleh Belanda.

Begitu hebatnya kesan Hikayat Perang Sabil sehingga para pemuda Aceh menjadikan bacaannya sebagai hiburan di Meunasah (madrasah-madrasah). Dengan itu, hikayat ini sangat ditakuti Belanda. Pihak Belanda telah membuat undang-undang bahawa barangsiapa yang menyimpan hikayat ini, maka dia akan dikenakan hukuman berat. Belanda juga giat membuat pemeriksaan di rumah-rumah penduduk Aceh untuk mencari dan merampas hikayat ini.

Sebab itulah wujudnya syair yang masyhur di Aceh tentang Hikayat Perang Sabil seperti berikut:-

Kendati beracun rencong dan pedang,
Hikayat Perang Sabil lebih berbisa,
Belanda takut lutut bergoyang,
Kisah dilarang menyimpan membaca
.

Di zaman Belanda hikayat dilarang
Siapa menyimpan hukuman berganda,
Kerana kandungan meransang perang,
Mengobar semangat melawan Belanda.

Hari ini, saya mengimpikan dan menantikan satu karya di negara ini yang mampu meransang semangat umat Islam untuk membangunkan ekonomi seperti mana karya Hikayat Perang Sabil meransang semangat jihad rakyat Aceh.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.