Kisah Lu Bu dan kuda pe-rang tunggangannya yang bernama Chi Tu atau Chi Tu Ma, yang bermaksud Red Hare (Kuda Kelinci Merah?) adalah satu contoh terbaik yang paling utama dan jelas tentang bagaimana seorang penulis mampu mencipta kisah legenda melalui gabungan di antara fakta sejarah dengan imaginasi penulis itu sendiri.
Pasangan ideal ini muncul hasil ikatan hubungan yang signifikan di antara seorang panglima terkemuka dan kuda pe-rang yang sangat terkenal pada zaman penghujung Dinasti Han (Dinasti Han Timur) di China.
Mereka berdua memulakan langkah melakar nama di dalam lipatan sejarah setelah kejayaan mengalahkan anggota elit kumpulan penya-mun Heishan (Gunung Hitam), sebuah konfederasi gabungan kumpulan penya-mun dan pembu-nuh yang dikhabarkan berjumlah seramai lebih dari satu juta keanggotaan secara keseluruhan dan diketuai oleh Zhang Yan.
Pada tahun 193 M, Lu Bu mengepalai pasukan ten-tera berkuda elit Xiliang menentang kumpulan Heishan dengan menunggang kuda Chi Tu yang terkenal itu. Oleh kerana begitu hebatnya gandingan pasangan ini, masyarakat pada waktu ini mencipta satu pepatah yang berbunyi:
“Dari kalangan manusia, ada Lu Bu, dari kalangan kuda, ada Chi Tu”, (berdasarkan petikan dari Rekod Tiga Kerajaan).
Pertem-puran ini adalah pertembungan di antara dua panglima pe-rang terkenal yang telah menerima nama julukan yang hampir serupa kerana taktik tem-pur yang lincah dan pantas dengan menunggang kuda, menurut sejarah, pertem-puran ini dikenali sebagai Pertem-puran Changshan.
Lu Bu digelar sebagai “Panglima Yang Terbang” dan Zhang Yan digelar sebagai “Burung Layang-layang Yang Terbang”. Meskipun Zhang Yan tewas dalam pertem-puran ini di tangan Lu Bu, dia terselamat dengan berundur dari pertem-puran dan meneruskan hidup lebih lama dari lawannya itu.
Oleh kerana terdapat banyak catatan sejarah dan hikayat yang diromantiskan menceritakan mengenai kehebatan Lu Bu ini, para sejarawan percaya bahawa panglima ini pastinya memiliki prestasi yang luar biasa pada zamannya.
Legenda epik mereka berkembang selama berabad-abad. Pertarungan bersejarah itu sangat meninggalkan kesan hingga beberapa abad kemudian ia memberi inspirasi kepada para penulis China untuk memasukkan elemen eksploitasi tambahan tentang mereka di dalam senaskah karya novel fiksyen.
Salah seorang yang merupakan ketua pengarang di antara penulis-penulis ini adalah Luo Guanzhong yang hidup pada era Dinasti Ming dan telah mengarang naskah Hikayat Tiga Kerajaan berdasarkan dari sisa-sisa bersejarah Rekod Tiga Kerajaan dari zaman Dinasti Han Timur.
Novel ini merupakan salah satu daripada empat novel Klasik China yang penting dan bertanggungjawab membina reputasi dan karakter kepahlawanan Lu Bu dan Chi Tu yang kelihatan agak berlebihan sebagai duo pahlawan terkuat dan kuda pe-rang yang dianggap sebagai paling pantas walaupun sehingga ke abad hari ini.
Kemungkinan besar kuda Chi Tu milik Lu Bu itu adalah spesis kuda dari baka Ferghana yang berasal dari lembah Ferghana, sebuah lembah yang terbentang di antara Uzbekistan, Kyrgyztan, dan Tajikistan moden.
Ini kerana terdapat bukti arkeologi bahawa semenjak awal era permulaan Dinasti Han, kuda Ferghana sudah terkenal dan menjadi kuda tunggangan untuk pasukan ten-tera berkuda yang dipercayai telah digunakan sejak era Dinasti Qin.
“Hanxuema” bermaksud “kuda berkeringat da-rah”, dianggap sebagai kuda terbaik di era imperialis China kuno, bahkan kuda sebegini digelar sebagai “kuda syurga”. Mungkin nama “merah” yang diberikan kepada kuda Lu Bu ini berasal dari istilah keringat da-rah.
Dari konteks sains yang menjelaskan teori kesihatan moden, ia berpunca dari cacing parasit P. multipapillosa yang menghisap da-rah kuda Ferghana sehingga peluh keringatnya menjadi warna merah akibat tercampur dengan da-rah yang dhisap parasit tersebut.
Kuda Chi Tu diberikan peranan yang lebih menonjol di dalam novel fiksyen bersejarah abad ke-14, Hikayat Tiga Kerajaan yang merupakan versi romantis untuk peristiwa bersejarah sebelum dan semasa era Tiga Kerajaan.
Pada mulanya, Chi Tu adalah kuda pe-rang milik seorang panglima yang mengepalai pasukan ten-tera nomad Xiliang dari provinsi Liang, iaitu Dong Zhuo. Selepas menerima pandangan penasihatnya, Li Su, Dong Zhuo memerintahkan Li Su untuk memberikan Chi Tu sebagai hadiah kepada Lu Bu dan mendorong Lu Bu untuk mengkhia-nati bapa angkatnya, Ding Yuan, sebelum berkhidmat untuknya.
Lu Bu yang memang sudah lama mengidamkan kuda yang unik itu sangat gembira menerima Chi Tu. Setelah Li Su meyakinkan Lu Bu, dia meminta Lu Bu menunaikan janji. Lu Bu telah membu-nuh Ding Yuan dan berpaling tadah memihak kepada Dong Zhuo sebelum dia bersumpah akan taat dan setia terhadap tuan merangkap bapa angkat barunya.
Di dalam Hikayat Tiga Kerajaan, Lu Bu dan Dong Zhuo digambarkan sebagai ‘berebut’ seorang wanita cantik yang merupakan watak fiksyen ciptaan Luo Guanzhong, iaitu Diao Chan.
Malahan Dong Zhuo sendiri tidak pernah menyangka bahawa anak angkat yang paling dipercayainya itu akhirnya sanggup menentang dan membu-nuhnya. Lu Bu akhirnya bergerak secara bebas bersendirian buat pertama kali tetapi dek kerana dia tiada kemahiran ilmu politik, dia telah dikalahkan dalam perge-lutan kuasa hingga terpaksa melarikan diri keluar dari ibukota
Semasa hidup dalam pelarian, dia sempat mena-wan beberapa kota secara bergilir ganti hanya untuk dijadikan tempat berteduh bagi dirinya, keluarganya dan ten-teranya, bahkan dia pernah mengkhia-nati Liu Bei yang memberikan dia perlindungan dengan merampas kawalan kota Liu Bei.
Namun pada akhirnya, pegawai bawahannya sendiri bertindak mengkhia-natinya ketika kota yang didudukinya sedang dikepung oleh seorang canselor imperialis Han yang sebenarnya pemerintah tertinggi secara de facto dengan menjadi Maharaja Xian sebagai boneka, siapa lagi kalau bukan Cao Cao yang keturunannya akan mengasaskan kerajaan Cao-Wei. Pertembungan ini mencetuskan Pertem-puran Xiapi.
Pegawai bawahan Lu Bu terlalu takut terhadap ancaman Cao Cao telah bertindak menangkap dan menyerahkan Lu Bu kepada musuhnya. Cao Cao sebenarnya seorang pemimpin yang sangat menghargai bakat terpendam walaupun milik musuhnya, sekiranya dia hanya mengetahui tentang kehebatan tem-pur Lu Bu dan tidak pernah mengetahui kisah-kisah pengkhia-natan Lu Bu terhadap bekas-bekas tuannya, mungkin Cao Cao akan membenarkan Lu Bu terus hidup.
Berdasarkan Rekod Tiga Kerajaan, Cao Cao telah memerintahkan Lu Bu dihukum gantung sebelum kepalanya dipeng-gal pada tahun 198 M, manakala menurut Hikayat Tiga Kerajaan, Lu Bu dihukum bu-nuh dengan cara diikat pada sebatang tiang lalu dihujani dengan anak pa-nah dari busur skuad penem-bak.
Setelah kejatuhan dan kema-tian Lu Bu di dalam Pertem-puran Xiapi, kuda Chi Tu kemudiannya menjadi milik Cao Cao. Tidak lama kemudian, Cao Cao menghadiahkannya pula kepada Guan Yu yang merupakan tahanan pe-rangnya, dengan harapan agar dia dapat mempengaruhi Guan Yu untuk berkhidmat dibawahnya.
Setelah kema-tian Guan Yu semasa dikejar ten-tera kerajaan Wu, Ma Zhong dari kerajaan Wu Timur membawa pulang kuda itu dan memberikannya kepada rajanya, Sun Quan. Sun Quan tidak menerima kuda itu dan hanya dihadiahkan kepada Ma Zhong sebelum Chi Tu dibiarkan kelaparan sehinggalah ia ma-ti beberapa hari kemudian.
Dalam dunia media arus perdana di China, berdasarkan sejarah Dinasti Han Akhir dan era Tiga Kerajaan berikutnya, Chi Tu dan Lu Bu sering mendapat tumpuan yang besar, terutamanya melalui permainan video Dynasty Warriors dan filem-filem serta siri tv sejarah China.
Namun, inilah apa yang dinamakan sebagai gambaran romantisme terhadap sejarah, manakala para sejarawan telah menjadikan perjalanan hidup panglima pe-rang ini sebagai tauladan yang menunjukkan bahawa tidak ada guna jika seseorang memiliki kuasa dan pengaruh sekuat mana pun kerana nasib malang boleh menimpa terhadap sesiapa saja, terutamanya terhadap seorang panglima pe-rang yang hebat tetapi sering mengkhia-nati pemimpinnya.
RUJUKAN:
De Crespigny, Rafe (2007). A Biographical Dictionary of Later Han to the Three Kingdoms 23–220 AD. Leiden: Brill.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih