Hermione Granger dari kisah bersiri Harry Potter merupakan salah satu watak wanita fiksyen yang kuat.

Hermione pernah menjadi simbol feminism. Pada January 2017, terdapat slogan, “When Voldemort is president, we need a nation of Hermiones!” yang menjadi gerakan seramai 3.5 juta orang untuk perjuangkan hak-hak wanita.

Selain itu, watak Hermione ini menunjukkan bagaimana peranan wanita dalam kehidupan lelaki.

Dalam banyak cerita kita tonton, kalau terdapat dua orang lelaki dan seorang perempuan, perempuan selalu jadi watak side-kick.

Kemudian, watak ‘side-kick’ ini menjadi punca utama dua lelaki ini bergaduh untuk dicuri perhatian.

Ia semacam watak perempuan Disney moden yang kehidupannya terarah dengan memberi perhatian lelaki.

Tetapi Hermione berbeza. Dia bukan ‘side-kick’. Dia menjadi trio berganding dengan dua watak trio yang lain. Ia membawa simbol kekuatan wanita.

Hermione menunjukkan walaupun dia berasal dari keluarga bawahan (Muggle) dalam kebudayaan ahli-ahli sihir, dia mampu menjadi ahli sihir yang cemerlang.

Jadi, dari mana pun asal usul kita, kita mampu menjadi seorang yang cemerlang.

Benda ini menjadi sebenarnya bagi mesej halus untuk menentang sebarang bentuk penindasan kasta yang diciptakan berasaskan kedudukan dan perkauman yang berlaku dalam dunia kita.

Hermione takutkan kegagalan sebab itu dia berusaha bersungguh-sungguh. Tekanan ini datang daripada tekanan sosial yang memandah rendah dengan kebolehan Muggle.

Profesor Remus Lupin kata Hermione merupakan ahli sihir paling cerdik dalam kalangan ahli-ahli sihir di tahun yang sama dengannya.

Dia pernah digelar dengan ‘bordeline-genius’.

Hermione menunjukkan, dia mampu menjadi ahli sihir yang cerdik dan kuat walaupun dia seorang wanita.

Dalam kelasnya, Hermione yang paling pandai dan yang paling luas pengetahuannya.

Profesor Snape pernah menggelar Hermione sebagai ‘insuferrable-know-it-all’.

Hermione menunjukkan ‘beauty may be dangerous but intelligence is lethal’. 

Wanita yang cerdik!

Hermione seorang yang berani. Banyak kali mempertaruhkan nyawanya dalam situasi yang bahaya.

Hermione juga seorang yang setia dengan kawan-kawannya. Waktu tiada sesiapa pun berada di pihak Harry dan Ron, Hermione memilih untuk bersama mereka.

J.K Rowling jarang ketengahkan fizikal Hermione. Rowling ketengahkan kecerdikan, moraliti, keberanian dan belas kasihan yang ditunjukkan oleh Hermione.

Jadi, fizikal Hermione tidak dijadikan pusat perkembangan wataknya. Nak memunjukkan wanita bukanlah harga dirinya pada fizikal semata-mata.

“Young girls are told you have to be the delicate princess. Hermione taught them that you can be the warrior.”

– Emma Watson

Selamat Hari Wanita Sedunia!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.