Helmut Kohl meninggal dunia pada 16 Jun yang lepas. Mungkin tak ramai orang Malaysia yang kenali beliau, tapi bagi orang Jerman, beliau adalah negarawan teragung selepas Otto Von Bismarck dan Konrad Adenaeur. Beliau adalah Bapa Penyatuan Semula Jerman (Father of German Reunification).

Kohl merupakan Chancellor (setaraf PM) Jerman Barat dari tahun 1982 hingga 1990, dan kemudian Chancellor Jerman Bersatu sehingga tahun 1998. Jasa utama beliau adalah menyatukan kembali negara Jerman yang telah berpecah selama 45 tahun.

Disebabkan kedudukan geopolitik Jerman yang berada di tengah-tengah Eropah, Jerman sentiasa dilihat sebagai ancaman oleh jirannya. Dalam sejarah, bangsa Jerman sentiasa berpecah belah. Jirannya seperti Perancis juga akan memastikan Jerman sentiasa berpecah agar tidak memberi ancaman.

Selepas Perang Tiga Puluh Tahun (1618-1648), bangsa Jerman berpecah kepada 360 negara. Jumlahnya dikurangkan kepada 39 selepas Perang Napoleon tamat pada tahun 1815. Pada tahun 1871, akhirnya bangsa Jerman menubuhkan sebuah negara-bangsa yang bersatu bernama Empayar Jerman.

Kemunculan Jerman telah mengubah imbangan kuasa (balance of power) di Eropah. Britain, Perancis dan Rusia melihat Jerman sebagai ancaman dan akhirnya Perang Dunia Pertama (WW1) meletus pada tahun 1914. Jerman kalah dalam WW1 dan dipaksa menandatangani Perjanjian Versailles yang menyebabkan Jerman kehilangan 10% wilayah asal.

Hitler mencabar Perjanjian Versailles dan membawa kepada WW2 (1939-1945). Selepas WW2, Jerman dipecahkan kepada Jerman Barat dan Jerman Timur. Jerman Barat menjadi negara kapitalis di bawah pengaruh Amerika, Jerman Timur pula menjadi negara komunis di bawah pengaruh Soviet Rusia.

Harapan untuk bangsa Jerman kembali bersatu timbul selepas penamatan pemerintahan komunis di Jerman Timur pada November 1989. Namun rancangan penyatuan semula Jerman ditentang oleh Britain dan Perancis. Mimpi ngeri sebuah Jerman bersatu kembali menghantui mereka.

PM Britain, Margaret Thatcher paling tidak bersetuju:

“Apa kejadah Jerman nak bersatu balik? Susah-susah je nenek moyang saya menewaskan mereka dua kali. No way!”

Dan Perancis masih trauma akibat Paris dua kali ditakluk oleh Jerman pada tahun 1871 dan 1940.

Bagaimana Jerman harus bersatu kembali tanpa menimbulkan kecurigaan dan kesangsian negara-negara jiran?

Kohl ada strateginya tersendiri.

Kohl mendekati Amerika. Kohl memberi pilihan kepada Presiden Amerika, George H.W. Bush:

“Bro, memandangkan Jerman Timur tidak lagi komunis, Jerman Barat pun tidak lagi diancam. Apa kata kami memilih untuk keluar daripada NATO dan jadi negara neutral?”

Bush balas: “Jangan ini macam bro. Tak per, saya sokong 100% Jerman bersatu asalkan korang kekal dalam NATO.”

Kemudian Kohl pergi dekat Soviet. Pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev sokong Jerman bersatu kembali, tetapi syaratnya Jerman harus keluar daripada NATO dan kekal neutral, agar tidak mengancam Rusia.

Kohl melihat peluang pada krisis kebuluran yang melanda Soviet ketika itu. Gorbachev meminta bantuan Kohl. Kohl kata OK.

Sampai saja di Moscow, Kohl kata: “bro, kalau kau paksa kami keluar dari NATO, kami tarik balik bantuan.”

Gorbachev cuak dan terpaksa menyokong Jerman untuk kekal dalam NATO selepas penyatuan semula.

Sebagai ahli NATO, tidak mungkin Jerman akan berperang dengan rakan sepakatannya iaitu Britian dan Perancis. Maka Britain dan Perancis pun tak boleh kata apa-apa dan membenarkan Jerman bersatu kembali.

Tapi Kohl sedar Perancis masih ada trauma dan fobia terhadap Jerman. Kohl nak menyedapkan hati Perancis. Maka Kohl mencadangkan untuk menubuhkan Kesatuan Eropah (EU) yang diterajui bersama oleh Perancis dan Jerman. Ini bermakna Jerman mengiktiraf Perancis sebagai pemimpin bersama blok Eropah. Perancis suka dan puas hati dengan cadangan tersebut, maka EU ditubuhkan pada tahun 1992.

Henry Kissinger pernah kata “poor old Germany, too big for Europe, too small for the world” yang memberi gambaran betapa kesiannya destini geopolitik Jerman. Namun Kohl telah berjaya mengubah nasib bangsanya dengan berpandukan kebijaksanaan balance of power. Kini bangsa Jerman dapat bangkit semula tanpa menimbulkan kecurigaan negara-negara jiran dan mencetuskan persengketan.

Kohl, bukan Hitler, adalah wira sejati Jerman.

Baca lebih lanjut di “The Fall of the Wall: The Path to German Reunification” (Hannes Bahrmann dan ‎Christoph Links, 2017).

(gambar: seekor merpati putih muncul ketika Kohl berucap di depan Brandenburg Gate, Berlin pada Disember 1989. Dalam tradisi Barat, merpati putih merupakan simbol harapan. Dalam masa setahun, Jerman kembali bersatu)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply