Pada tahun 1991, seorang penyelidik ‘pop culture’ yang pernah menulis buku “Heavy Metal : The Music & It’s Culture“, Profesor Deena Weinstein berhujah bahawa muzik bergenre Heavy Metal dikenali sinonim melalui definisi berikut; ras kulit putih, golongan muda, kelas pekerja, dan lelaki.
Ciri-ciri sedemikian adakalanya berubah, ada juga yang masih kekal hingga kini, tetapi Heavy Metal sebenarnya telah dipelbagaikan dari masa ke masa, bahkan, dari sebuah entiti yang berbentuk genre muzik yang keras, muzik ini akhirnya mula menyesuaikan diri dalam lingkaran politik sayap kiri dan politik alam sekitar dengan terlibat secara tidak langsung dalam kempen alam seperti menentang aktiviti pemburuan ikan paus hingga lah perkara-perkara global yang melibatkan kepentingan golongan pekerja kelas pertengahan.
Istilah “Heavy Metal” mula berakar pada akhir tahun 1960-an, yang mewakili komuniti pemuzik berambut panjang, gaya muzik yang dimainkan dengan kuat dan laju daripada riff gitar yang keras menggunakan efek distortion, solo gitar yang pantas tetapi mengasyikkan, hentaman drum yang kuat lagi keras dan lari dari kebiasaan bermain gitar bass secara fingering sebaliknya teknik stroke yang menggunakan spectrum.
Jeritan vokal yang agresif lagu-lagu Metal boleh dipelbagaikan caranya, baik dari vibrato nada tinggi Rob Halford vokalis Judas Priest, jeritan pitch tinggi Bruce Dickinson penyanyi Iron Maiden, menyanyi macam ‘hantu’ dengan suara mengerang dalam tekak seperti Travis Ryan dari Cattle Decapitation, mahu pun nyanyian bersahaja Thrash Metal seperti James Hetfied dari Metallica.
Kemunculan dan populariti mendadak kumpulan Black Sabbath telah dianggap sebagai perintis terawal yang membawakan genre Heavy Metal dalam muzik mereka, mitologi mengaitkan Metal mula berkembang pada waktu ini melalui pelbagai teori-teori konspirasi baik dari segi keagamaan seperti “Metal adalah muzik ciptaan Messiah” atau “Metal adalah dadah yang merosakkan remaja dalam bentuk irama lagu”.
Black Sabbath yang berasal dari sebuah bandar perindustrian British yang membosankan dengan setiap hari melalui perjalanan yang sama ditemani bunyi bising dari operasi kilang, ianya di Birmingham.
Justeru, keadaan sebegitu telah dianggap sebagai faktor utama dalam membentuk bunyi riff gitar Metal yang bagaikan kilat halilintar, dan dentuman dram bagaikan guruh, inovasi baharu muzik ini telah mempengaruhi kumpulan muzik lain yang sebelum itu mungkin pemuzik Rock N’ Roll atau Blues.
Pengaruh ini tersebar hingga sebuah bandar perindustrian yang suram bertukar kepada sebuah bandar yang memiliki aura tersendiri, studio-studio jamming hanya memainkan lagu-lagu yang keras sahaja.
Metal kemudiannya dianggap sebagai muzik kelas pekerja yang dimainkan orang kulit putih, ia adalah berikutan naratif awam memandang Metal sebagai satu identiti yang cenderung merujul kepada kumpulan muzik yang diperjuangkan oleh golongan kulit putih British, naratif sebegini sekaligus melahirkan budaya dan idea New Wave Metal atau British Metal.
Pada akhir 1970-an, ini membawa pada kemunculan band-band lagenda seperti Judas Priest, Iron Maiden dan Motörhead, secara tidak langsung genre Heavy Metal telah diabsahkan sebagai sebuah genre muzik yang melahirkan subgenre sendiri bahkan ia terus berkembang ke seluruh dunia.
Keruntuhan Moral Peminat Remaja
Dalam kerancakan kebangkitan pemuzik-pemuzik Metal, golongan inu akhirnya terperangkap di tengah-tengah kontroversi berikutan situasi panik kejatuhan moral belia pada tahun 1980-an, kebanyakannya berpunca daripada pelbagai masalah yang ditimbulkan para remaja semasa menghadiri gigs atau konsert Metal.
Antaranya pengambilan alkohol dan dadah, pergaduhan berkumpulan, keruntuhan sosial kerana s3ks bebas dan ada yang sampai tahap melakukan pembunvhan. Kes yang paling dekat dengan zaman kita adalah pada 8 Disember 2004, pemain gitar band Pantera dan Damageplan, Dimebag ‘Abbott’ Darrell m4ti ditemb4k ketika sedang mengadakan persembahan di kelab malam Alrosa Villa di Columbus, Ohio.
Ketika itu Abbott bermain untuk Damageplan dan baru memulakan lagu pertama dari senarai setlistnya, Nathan Gale, peminat fanatik yang dipercayai bermasalah mental tiba-tiba meluru ke pentas dan menembak Abbott beberapa kali dengan 92mm Beretta, pistol semi-automatik 9mm. Ketua Sekuriti band tersebut bertindak menjatuhkan Gale, tetapi turut cedera ditemb4k.
Seorang peminat yang lain, Nathan Bray, juga terbunvh ketika dia cuba membantu Abbott dan Thompson, nasib yang sama menimpa Erin Halk, pekerja di kelab malam itu yang cuba menghalang Gale ketika dia mengisi semula peluru.
Tiga lagi orang cedera sebelum pegawai polis Columbus, James Niggemeyer tiba di kelab itu dan menemb4k Gale sekali di kepala dengan Remington Model 870, sekaligus membunvh dia.
Sebelum peristiwa Abbott dibunvh itu lagi sebenarnya pemuzik Metal telah diberikan pelbagai label oleh masyarakat dan kerajaan seperti pemuja syaitan, pengamal se3ks bebas dan keg4nasan, ketegangan dalam scene Metal itu sendiri ironi nya telah menyaksikan kelahiran pelbagai jenis subgenre.
Kepelbagaian budaya pop komersial melalui Glam dan Hair Metal telah ditentang oleh pemikiran “fundamentalisme” yang dicetuskan pemuzik Speed Metal dan Thrash Metal yang dipelopori oleh band seperti Metallica dan Slayer, band-band inilah yang melakukan evolusi muzik Metal menjadi lebih keras dan lebih laju.
Dalam kebanyakan band Metal sedang terpalit dengan isu negatif, mungkin hanya Iron Maiden sahaja yang kekal bangkit sebagai band Metal yang berimej ganas tetapi tidak ada sebarang skandal mahu pun isu berkaitan moral.
Boleh dikatakan Iron Maiden adalah kumpulan Metal yang paling berwawasan tinggi dan anggotanya terdiri daripada golongan profesional.
Keinginan band-band sebegini pada akhir 1980-an untuk menjadikan lagu Metal lebih berat, lebih laju, telah membawa kepada kemunculan De4th Metal, Grindcore, dan Black Metal. Kejayaan besar Metallica melancarkan album self-title sendiri pada 1991 telah meletakkan subgenre yang lain dalam satu kelompok, secara kolektif nya disebut sebagai “Extreme Metal“, sebagai fasa evolusi terakhir untuk aspirasi Metal yang anti-komersial.
Metal yang ekstrim ini membawa imej yang aneh atau mengerikan kepada orang yang belum mengenali mereka.
Bukan sekadar imej sahaja, malahan moral dan kemanusiaan. Beberapa siri pembunvhan dan pembakaran gereja yang membabitkan ahli-ahli kumpulan/gerakan Black Metal Norway yang berprinsip anti-Christ atau secara umumnya anti-agama dan penyembah syaitan pada awal 1990-an telah membayangi keseluruhan genre muzik Metal itu sendiri dengan imej yang negatif.
Kini terdapat lebih 100,000 band Metal di seluruh dunia, bermain lebih daripada 50 subgenres Metal. Boleh dikatakan, pendengar dan peminat muzik Metal adalah pendengar muzik yang paling setia dalam banyak-banyak genre. Selera mereka mustahil untuk diubah.
Walau bagaimanapun, Metal yang esktrim telah menjadi gerakan dan genre yang dominan, dengan Black Metal dan De4th Metal sahaja telah menyumbang lebih dari 72,000 daripada kira-kira 119,000 senarai penubuhan band Metal di metal-archives.com.
Genre hibrid seperti Metalcore, De4thcore dan Rapcore selaku subgenre Metal yang menggabungkan elemen Metal bersama Hardcore Punk dan Metal bersama Rap juga menyumbang kepada pasaran muzik Metal yang meluas.
Gerakan Politik Dan Dunia Metal
Walaupun Thrash Metal dan De4th Metal turut terpalit dengan pandangan negatif akibat masalah moral segelintir pemuzik subgenre Metal, scene Metal sebenarnya sebuah pelantar yang penting untuk wacana politik.
Band dari Amerika Syarikat, Sacred Reich dan Evilde4d terlibat dalam kempen membantah pemusnahan alam sekitar pada akhir 1980-an, sementara band Retribution Denied dari Afrika Selatan bersuara menentang sistem aparteid dan korupsi yang berleluasa pada awal tahun 1990-an.
Walaupun dunia Metal ini lebih sinonim dengan kaum kulit putih dan lelaki, mengikut arus zaman, Metal juga meraikan kepelbagaian warna kulit dan jantina dalam memperjuangkan irama muzik Metal.
Dengan kemunculan band-band di seluruh rantau seperti Brujeria dari Mexico, Sepultura dari Brazil, Gladiator dari Slovakia, Loudness dari Jepun, Yaksa dari China, Tengger Cavalry dari Mongolia, bahkan dari negara Malaysia kita sendiri, band Cromok pernah melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.
Scene Thrash dan De4th Metal juga menjadi saluran untuk mengangkat identiti sesebuah bangsa dan negara di mana konsep ini telah membawa pemuzik-pemuzik Metal keluar dari kepompong suasana “bandar perindustrian” di Britain dan telah mewujudkan nafas baru Metal yang lebih berwawasan dan bersifat konservatif dan elemen nasional melalui penciptaan lagu-lagu yang mengagungkan kisah sejarah atau pejuang kemerdekaan.
Antara band yang paling popular dengan konsep kebangsaan begini adalah Iron Maiden yang tidak pernah meninggalkan bendera Union Jack sebagai simbolik bagi menimbulkan rasa patriotik Great Britain dan Loudness yang menembusi pasaran antarabangsa walaupun majoriti lagu mereka adalah berbahasa Jepun dan mereka sentiasa menjadikan bendera The Rising Sun yang sinonim dengan Imperialis Jepun sebagai simbol band mereka.
Pembawa genre Metal terus melibatkan diri dalam politik antarabangsa. Kebiasaannya, isu alam sekitar dan korupsi kerajaan adalah tema utama: Gojira, band Progressive De4th Metal dari Perancis, bersama-sama Architects, penggerak Metalcore British, telah bekerjasama dengan pertubuhan Sea Shepherd Conservation Society.
Manakala dalam memperjuangkan hak golongan buruh pula merupakan adalah isu yang lain, dalam erti yang lebih jelas, mereka biasanya terlibat secara terus dalam politik dan tidak ramai yang bergerak melalui platform muzik Metal sendiri.
Namun, bila mereka melakukannya, mereka akan dicantas dalam pelbagai cara, contohnya Perintis Grindcore, Napalm De4th dan band Folk Metal, Dawn Ray’d menggunakan muzik mereka sebagai gerakan politik anti-kapitalis dan anti fasis namun mereka pernah digam oleh pihak tertentu.
Metal juga boleh menawarkan respons yang berlainan kepada politik setempat. Jeremy Wallach menulis bahawa pemuzik di Malaysia seperti Indonesia dan Singapura telah memanfaatkan Metal untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pembangunan ekonomi yang suram dan pengurusan aset negara yang tidak telus.
Band seperti Wings, SYJ, atau XPDC, masing-masing memainkan variasi lagu-lagu yang mempunyai mesej tersembunyi tentang kerajaan yang lemah, penindasan terhadap golongan seniman dan sebagainya.
Sebuah band dari Israel Orphaned Land dan band Khalas dari Palestin pernah mengadakan konsert jelajah bersama-sama pada tahun 2013 dengan membawa mesej yang kononnya meraikan agenda ‘kewujudan bersama’. Di Australia, sebuah kumpulan duo Blackened De4th Metal bernama Hazeen telah menggunakan muzik Metal sebagai tindak balas terhadap Islamophobia.
Di beberapa tempat, Metal juga menjadi tapak memperjuangkan isu-isu perkauman, misogyny dan homophobia. Ini satu fenomena baharu yang membimbangkan kerana memperjuangkan isu-isu minoriti.
Penglibatan kecil dan terhad kaum wanita dalam dunia Metal arus perdana telah membentuk kelompok kecil yang terasing. Sama seperti percambahan sentimen fahaman kanan yang ekstrin dalam dunia Metal.
Wakil dari golongan ‘trans’ atau LGBT dalam dunia Metal juga sangat kurang. Nampaknya muzik Metal ini benar-benar tidak sesuai untuk golongan feminis mahu pun golongan Sajad.
‘Metal’ masih ada banyak yang perlu dilakukan untuk mewakili dan melibatkan diri dengan pelbagai populasi. Namun, sebagai rakyat Malaysia, berbangsa Melayu dan beragama Islam, meminati Metal itu biarlah ada batasannya.
Jadikan sebagai hobi muzik tidak ada masalah, terlibat dalam politik juga tiada masalah tetapi apabila melibatkan soal perjuangan, ia haruslah sesuatu yang relevan dengan keadaan geopolitik sebuah negara.
Sedangkan gerakan penunggang nama agama seperti Sisters In Islam pun diharamkan, apatah lagi jika mengangkat perjuangan yang songsang menggunakan platform muzik Metal. Maka, buat perkara yang baik maka baik lah hasil yang kita peroleh nanti.
Baiklah, sebagai mengakhiri tulisan, penulis ingin berkongsikan beberapa lagu Metal bertemakan politik yang penulis rasakan mempunyai mesej yang kuat.
- Peace Sells – Megadeth
Lagu ini dimainkan band thrash metal Megadeth yang muncul dalam album Peace Sells … But Who’s Buying? Album ini dikeluarkan pada tahun 1986. Lagu ini meluahkan tentang dunia yang tidak aman dan kegagalan sistem politik pada masa lalu
- Ride The Lightning – Metallica
Satu lagi lagu thrash metal dari band Metallica, salah satu band paling berjaya sepanjang zaman. Lagu itu datang dari album dengan nama yang sama, pada pendapat penulis, inilah album terbaik mereka sepanjang masa selain dari Kill ‘Em All. Lagu ini menyentuh isu pelaksanaan hukuman m4ti menggunakan kerusi elektrik. Semasa lagu ini dikeluarkan pada 1984, penggunaan kerusi elektrik masih agak diteruskan, walaupun telah banyak negara menggunakan kaedah suntikan mavt.
- One – Metallica
Ya, satu lagi lagu Metallica. “One” adalah dari album “And Justice For All” dan lagu ini berdasarkan kisah seorang askar yang tercedera parah dalam per4ng dan menderita dengan teruk.
Muzik video untuk lagu ini menggunakan rakaman dari filem anti-per4ng tahun 1971 berjudul “Johnny Got His Gun” dan Metallica biasanya menggunakan kesan bunyi dan visual seperti suasana di medan per4ng ketika memainkan lagu ini ketika persembahan secara langsung.
Lagu ini meluahkan rintihan yang menyakitkan dan penderitaan untuk membawa mesej anti-per4ng kepada dunia.
- Killing In The Name – Rage Against The Machine
Lagu ini didendangkan oleh band nu-metal, Rage Against the Machine dari album dengan nama band sendiri pada 1992. Lagu ini menggabungkan elemen muzik Rap dan Heavy Metal, dengan lirik dan riff berat yang menyumbang kepada bunyi ‘raw’.
Lagu ini bertujuan untuk membantah diskriminasi kaum dan kekej4man pihak polis. Lagu ini dilancarkan selepas rusvhan Los Angeles pada 1992, yang merupakan tindak balas kepada kematian Rodney King dan pegawai bertanggungjawab yang bebas tanpa diambil tindakan.
- Holy W4rs…The Punishment Due – Megadeth
“Holy W4rs” adalah lagu anti-per4ng dari album popular Megasteth pada 1990, Rust in Peace. Lagu itu tidak secara khusus menceritakan mana-mana peper4ngan, tetapi sebaliknya menyindir idea menggunakan agama untuk menyokong per4ng.
“Holy W4rs” mempunyai salah satu riff pembukaan yang paling popular dalam dunia thrash metal, ia termasuk riffing selingan dan solo gitar yang mengakhiri lagu.
- Run To The Hills – Iron Maiden
Lagu ini adalah salah satu lagu Iron Maiden yang paling popular dan menyumbang kepada jualan tinggi album terbaik mereka, The Number of the Beast. Lagu ini memberi tumpuan terutamanya tentang kekej4man terhadap penduduk asli Amerika oleh peneroka kulit putih dari Eropah ketika mereka tiba dahulu.
Manakala untuk lagu tempatan pula, penulis senaraikan koleksi daripada lagu-lagu kumpulan Wings yang berbentuk protes terhadap layanan Kementerian Penerangan terhadap pemuzik Rock dan Metal ketika itu dan lagu-lagu berkaitan masalah sosial oleh kumpulan SYJ/Sofea :
- Wings
- Bazo*ka Penaka
- K*burkan Aku
- Rock ‘N’ Roll Band
- Amok
- Satelit Puaka
- Tangisan Marhain
- Puisi Merdeka
- Sofea/SYJ
- Orang Timur
- Syurga Di Hujung Jarum
- Anak Liar (lagu asal diambil dari lagi Wild Child oleh kumpulan WASP)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih