Tidak ramai tahu, tatkala Maradona kembali menemui Penciptanya, beliau pergi dengan hanya sedikit wang sahaja.

Wujud satu laporan mendakwa semasa pemergiannya, mendiang hanya mempunyai £75,000 (RM406,375) dalam akaun bank.

Begitupun, ramai menjangkakan pemergiannya ke negeri cacing bakal mencetuskan perebutan harta pusaka yang boleh berlanjutan selama bertahun-tahun.

Wartawan Argentina, Luis Ventura yang mempunyai hubungan rapat dengan legenda bola sepak Argentina itu bersetuju dengan khabar angin tersebut.

Tambahnya semasa ditemubual Fantino a la Tarde, “Beliau hampir tidak mempunyai apa-apa dalam akaun banknya. Beliau pergi dalam keadaan miskin.

“Hartanya banyak dihabiskan kerana sikapnya yang pemurah dan sebahagian besarnya dicuri dengan tujuan menipu dan mengosongkan poketnya. Apa yang mereka perlu lakukan ialah minta dan beliau akan memberinya.”

Dakwaan wartawan tersebut disokong oleh peguamnya, Angelo Pisani yang menyifatkan Maradona seorang yang pemurah dan tidak pernah lokek dengan sesiapa dengan pada satu ketika, beliau hanya mempunyai €100 (RM486.86) dalam dompet.

Begitupun, terdapat banyak asetnya yang dijangka menjadi rebutan ahli-ahli keluarga mendiang.

Antara aset yang dimiliki Maradona ialah barang kemas, tanah, bangunan-bangunan termasuk beberapa apartmen sekitar Buenos Aires, enam kereta mewah termasuk BMW, Audi dan Rolls Royce, portfolio pelaburan di Cuba serta Itali, sekolah-sekolah bola sepak di China dengan kontrak hak imej dengan nilai keseluruhan £150 juta (RM812.3 juta).

Selepas hubungan dengan anak perempuannya Giannina menjadi keruh pada tahun lepas, Maradona mengancam akan menyerahkan keseluruhan estetnya kepada badan-badan kebajikan.

Begitupun, mengikut undang-undang Argentina, seseorang itu hanya boleh menyerahkan satu perlima daripada aset mereka dengan dua pertiga lagi perlu diberi kepada balu atau waris si mati.

Pertelagahan Giannina, 31, dengan Maradona tercetus apabila dia melihat orang-orang di sekeliling bapanya itu tidak menjaganya dengan baik.

Perkara ini bagaimanapun bukan perkara baru dan merupakan sebahagian daripada pasang surut hubungan dua beranak itu. Kedua-duanya berbaik semula pada hari lahir Maradona ke-60 Oktober lepas.

Isu pewarisan harta pusaka beliau dijangka rumit kerana membabitkan anak-anaknya sama ada melalui bekas isterinya, Claudia Villafane atau bekas pasangannya.

Semasa hayat Maradona, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dalma dan Giannina bersama Villafane, Diego Sinagra (hasil hubungan sulitnya dengan Cristiana Sinagra), Diego Fernando Ojeda (hasil hubungannya dengan Veronica Ojeda) dan Jana (hasil hubungan dengan Valeria Sabalain)

Begitupun, wujud dakwaan bahawa beliau mempunyai tiga orang anak luar nikah (Joana, Lu dan Javielito) semasa menetap di Cuba bagi merawat masalah ketagihan dadah dan alkohol pada 2000.

Selain mereka, Magali Gil, 23, dan Santiago Lara, 19, juga mendakwa merupakan anak tak sah taraf legenda Argentina itu.

Dengan kes sebegini rumit, peguam sukan Martin Apolo menyifatkan usaha penyelesaian dijangka memakan masa panjang.

Selalunya, perbicaraan probet normal mengambil masa selama 90 hari dengan semua waris dan pemiutang mengemukakan hujah mereka di mahkamah.

Namun begitu, selepas mengambil kira faktor pengacau dan pertelingkahan dalaman, penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak dijangka mengambil masa bertahun-tahun.

Hal ini demikian kerana Maradona tidak pernah meninggalkan wasiat semasa hayatnya dan ianya belum dicampurkan lagi dengan isu perundangan yang dihadapinya seperti dakwaan mengelak cukai di Itali.

Dalam semua isu harta pusaka milik Maradona, isu hak imej dan memorabilia dijangka akan menjadi tumpuan utama.

Tambah Apolo, “Berapa nilai jersi yang digunakannya semasa final Piala Dunia? Berapa pula nilai yang diterima sekiranya ia diletakkan dalam sesi lelongan?”

RUJUKAN:

AFP. (2020). Maradona’s death may trigger family inheritance battle. Free Malaysia Today.

Cutmore, C. (2020). Diego Maradona ‘died poor’ with ‘just £75,000 in his account’ after a life of excess and handouts to hangers-on, claims his lawyer… but his family are ready for battle over an estate, including cars, houses and jewellery, worth up to £150M. Daily Mail.

Scandalo, R. (2020). Image rights, fast cars and a ‘tank’: Maradona’s death triggers complex inheritance. Reuters.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.