Untuk edisi kali ini, penulis akan bincangkan politik Harry Potter dan Lord Voldemort dari sudut siapakah sebenarnya ‘pengecualian’. Dalam isu ini, pengecualian bermaksud situasi yang wujud yang membolehkan negara atau institusi melangkau undang-undang demi kebaikan sejagat (greater good) [1]. Situasi ini menurut Carl Schmitt, penulis Political Theology; Four Chapters on the Concept of Sovereignty, sentiasa ada kerana negara memiliki undang-undang sendiri, dan undang-undang yang ada tidak pernah cukup untuk membendung sebarang kemungkinan dan darurat.
Pertama sekali, Carl Schmitt tidak bersetuju dengan pendapat liberal mengenai undang-undang dan peraturan. Beliau berpendapat undang-undang tidak berkesan dalam menjamin kebebasan individu. Walaupun undang-undang mampu menyediakan penstrukturan dan garis panduan bagi mengendalikan urusan kenegaraan dalam keadaan ‘normal’, tapi undang-undang bukan digubal untuk menghadapi semua situasi.
Situasi seperti perang, kudeta, penularan wab4k dan rev0lusi tidak boleh dikawal hanya dengan undang-undang. Ini bermakna, undang-undang sesebuah institusi tidak berupaya mempromosikan keteraturan, keamanan dan keadilan dalam menyelesaikan masalah inter-komuniti. Semakin banyak undang-undang digubal semakin banyak konflik yang akan timbul. Sekurang-kurangnya, undang-undang boleh jadi tiang pegangan, itu pun jika kesemua konflik kecil-kecilan dan non-trivial telah dibendung dan diselesaikan [2].
Dalam siri Harry Potter, Kementerian Sihir ditonjolkan oleh J.K. Rowling sebagai institusi yang korup, bersifat elitis dan tidak cekap. Kebanyakan menterinya tidak tahu perkembangan dunia sihir, tidak tahu buat kerja dan tidak berani untuk mengambil tindakan tegas terhadap ancaman yang dihadapi masyarakat ahli sihir.
Contohnya, watak Dolores Umbridge yang digantikan oleh kementerian itu sendiri sebagai Guru Pertahanan Ilmu Hitam yang baru. Tujuan pelantikan melalui birokrasi itu tidak lain tidak bukan hanya untuk mengawasi pergerakan pelajara-pelajar di Hogwarts dan mengekang berita penyebaran berita anc4man Lord Voldemort semata-mata. Akhirnya, korupsi itu telah dimanipulasi oleh Lord Voldemort dan konco-konconya dengan mudah dan berkesan.
Di sini kita dapat lihat, peraturan bukan digunakan untuk mencegah situasi yang tidak boleh dijangka. Tapi, peraturan digunakan untuk menyekat penyebaran benda buruk daripada merosakkan nama dan reputasi sesebuah institusi. Nama Lord Voldemort bukan sahaja tidak berani dan dilarang sebut, malah mereka juga tidak bersedia untuk menerima kedatangannya. Mereka tidak menyimpan sebarang kemungkinan langsung berkenaan ancaman yang mereka tahu dan takut menimpa.
Selain itu, Carl Schmitt juga melihat teori undang-undang tersasar jauh dari amali dan praktikaliti bergantung kepada norma semasa. Undang-undang tidak sesuai digunakan terutamanya dalam keadaan sejarah yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, yang mana kebanyakan perubahan akan memberi ancaman kepada negara.
Kawan dan/atau Musuh
Ketika munculnya Lord Voldemort, masing-masing tidak boleh mempercayai sesiapa. Harry Potter pun dikhianati oleh kawannya Cho Chang. Ini bertepatan dengan kritikan Schmitt terhadap liberal. Beliau melihat politik dan konflik perlu sentiasa berlegar antara satu sama lain, dan ianya ialah pertembungan malar antara kawan dan musuh.
Adam Ferguson juga berpendapat yang sama. Beliau mengatakan kemajuan atau progres tidak boleh dielakkan, dan setiap kos sosial seperti pergaduhan dan perdamaian perlu sentiasa diambil perhatian. Hujah Ferguson, kemasyarakatan bukan dibina untuk menyediakan jaminan kesejahteraan dan keselamatan, tapi, kebebasan dan jaminan hak asasi yang sentiasa berkembang mengikut peredaran masa sebagai respon kepada ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa [3].
Schmitt mengulas bagaimana unit politik digubal berdasarkan kepada keputusan asas (fundamental decisions), bukannya alternatif konkrit (concrete” alternatives). Maknanya di sini, kita perlu lihat keperluan dan jaminan asas terlebih dahulu dalam membuat keputusan politikal bukannya kepentingan diri dan keagungan superior.
Menurutnya lagi, persahabatan politikal adalah unsur relatif, dan acuan unsur-unsur ini bergantung kepada intensiti berbeza [4]. Beliau juga memberi jangkaan pertembungan kawan-musuh ini berlaku pada kedua-dua tahap, antarabangsa dan domestik.
Menurutnya lagi, kemungkinan untuk pertembungan kawan-musuh itu sentiasa wujud bersama dengan kemungkinan untuk kekal neutral. Sebab itulah beliau melihat dalam keadaan sebegini, idea individu adalah merb4haya, dan setiap orang perlu bernaung di bawah satu kedaulatan, sama ada negara, bangsa atau lain-lain.
Maka dengan perkara-perkara yang merb4haya inilah, perlu dijadikan panduan oleh negara untuk mencapai dan menuju ke arah kedaulatan (sovereignty). Dengan peranan negara sebagai sovereign, maka masyarakat boleh, mengikut kehendaknya mengisytiharkan sesiapa pun, sama ada individu atau kumpulan sebagai ancaman.
Selain itu, bergantung kepada keadaan juga, mereka boleh tentukan sama ada undang-undang terterntu terpakai atau tidak.
Setelah Ministry of Magic dikuasai sepenuhnya oleh Lord Voldemort dan konco-konconya, Harry Potter dilabel sebagai ‘The Undesirable One’, sekaligus menjadikan dia persona non grata. Beliau secara tidak langsung adalah ‘exception’ kepada ahli sihir untuk melaksanakan langkah seperti penyiasatan, membunvh dan meny3ksa orang yang dianggap belot dan sebagainya, Kalau betul beliau merb4haya, kenapa pihak Hogwarts masih biarkan dia belajar ilmu sihir di sekolah itu?
Individu yang dikatakan merb4haya bergantung kepada pelabelan negara dan institusi kepada seseorang. Maka di sini propaganda dan undang-undang memainkan peranan dalam mengalahkan Harry Potter dan pihak pember0ntak yang melawan Lord Voldemort.
Sebagai seorang penyokong N4zi Jerman, Schmitt berpendapat kelangsungan hidup negara lebih penting daripada individu. Namun sama seperti individu, negara juga boleh berubah pandangan tentang siapa kawan dan siapa musuh.
RUJUKAN:
[1] | A. Ganguly, “Is Carl Schmitt’s “Exception” Feasible?,” scconline.com, 1 March 2019. [Online]. Available: https://www.scconline.com/blog/post/2019/03/01/is-carl-schmitts-exception-feasible/. [Accessed August 2020]. |
[2] | L. Vinx, “Carl Schmitt and the analogy between constitutional and international law: Are constitutional and international law inherently political?,” Global Constitutionalism, vol. 2, pp. 91-124, 2013. |
[3] | R. Ebeling, “Economic Ideas: Adam Ferguson and Society as a Spontaneous Order,” fff.org, 28 November 2016. [Online]. Available: https://www.fff.org/explore-freedom/article/economic-ideas-adam-ferguson-society-spontaneous-order/. [Accessed August 2020]. |
[4] | R. Mehring, “Carl Schmitt’s Friend-Enemy Distinction Today,” FILOZOFIJA I DRUŠTVO, vol. 28, no. 2, 2017. |
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih