Frank Swettenham ada tulis tentang harimau jadian dalam ‘Malay Sketches’ terbitan 1895, di mana beliau kata masyarakat Kerinchi (padanya ditulis sebagai ‘Korinchi’) dari Sumatera ada ilmu luar biasa iaitu mampu menukar diri jadi harimau.
Swettenham kata bahawa ilmu ni digunakan segelintir orang yang ada kurniaan ilmu harimau jadian untuk membalas dendam atau melakukan khianat ke atas sesiapa yang ingin mereka cederakan atau bunuh.
Alexander Hamilton pada tahun 1930 kata di dalam bukunya yang berjudul ‘A New Account of the East Indies’ bahawa sekitar abad ke-18, mendapati bahawa terdapat dari kalangan orang Melayu Minangkabau yang menguasai ilmu menunduk dan menunggang harimau.
Maka seperti yang umum ketahui, masyarakat awal di wilayah-wilayah awal tanah Adat Perpatih, lama sebelum Negeri Sembilan wujud, kawasan ini didatangi dan dibuka oleh Melayu dari Sumatera, khususnya Minangkabau.
Warisan keberadaan mereka di atas tanah beradat ini selain membawa legasi Adat Perpatih untuk diasimilasikan dengan penduduk asal orang asli di sini, turut membawa bersama mereka ilmu-ilmu hutan, perubatan, persilatan termasuklah ilmu-ilmu ghaib, sihir atau magis yang hingga sekarang masih sukar diperjelaskan dengan sains serta logik akal.
Di Seremban (dahulu dikenali sebagai Sungai Ujong) ada sebuah mukim yang dinamakan Paroi.
Nama Paroi ini pula dikatakan berasal dari nama Tok Paroi, seorang pimpinan tersohor masyarakat dagang yang juga kebetulan datang dari Minangkabau, Sumatera.
Beliau bersama juak-juaknya adalah antara kelompok Melayu terawal dari Minangkabau yang membuka penempatan di Sungai Ujong dan Johol ketika itu, bermula lama dan dipercayai sezaman dengan kesultanan Melayu Melaka lagi.
Antara kisah Tok Paroi yang paling menarik ialah kisah tentang ketinggian ilmu ghaib beliau yang mampu menjelma sebagai harimau jadian.
‘Folklore’ yang dikenali sebagai lagenda Harimau Tok Paroi ini sebenarnya telah wujud sejak turun temurun, diperturunkan oleh orang tua-tua untuk menakutkan anak-anak mereka yang keluar malam atau pulang lewat senja.
Malah ada juga diceritakan bahawa Tok Paroi selain mampu menjelma sebagai harimau, beliau juga mampu membesar sehingga lebih tinggi dari pokok meranti yang paling tinggi di dalam hutan Gunung Angsi.
Winstedt sendiri ada menulis tentang kisah Harimau Tok Paroi ini di dalam artikel beliau berjudul ‘Karamat’ pada para 16 berkenaan ‘Karamat of Paroi’ di dalam Royal Asiatic Society, Journal Malayan Branch Vol II Part III, padanya Winstedt menyatakan bahawa ketika beliau menulis berkenaan lagenda tersebut, rata-rata masyarakat Negeri Sembilan mempercayai akan kewujudan Harimau Tok Paroi dan bagaimana ia dipuja masyarakat setempat.
Beliau bahkan turut mengatakan
bahawa Tok Paroi juga merupakan tuan kepada semua harimau jadian yang mendiami hutan di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Utara Johor pada masa itu.
Pendita Za’aba, sasterawan negara yang berasal dari Negeri Sembilan merekodkan empat kisah khusus berkenaan ‘Harimau Tok Paroi’ ini.
Antara kisah paling popularnya ialah bagaimana wujudnya Bukit Putus.
Apa yang mengujakan apabila mereka sampai di perkampungan tersebut ialah rupa-rupanya, ‘penduduk’ kampung itu semuanya harimau jadian yang turut hidup seperti manusia biasa. Budak lelaki tersebut dibawa melihat sekeliling kampung untuk melihat sendiri ada harimau jadian yang sedang berlatih silat, berpencak dan berkeris. Ada yang dilihat sedang mengaji dan mempelajari Al-Quran, malah turut berkebun dan bercucuk tanam, sama seperti manusia biasa.
Budak lelaki itu sebenarnya dikhuatiri hilang dan sedang dicari-cari dengan kemungkinan sesat di dalam hutan, akhirnya dijumpai semula oleh ibu bapanya sendiri berhampiran banir sebatang pokok kelapa di kampungnya. Seperti diceritakan Za’aba budak tersebut hilang beberapa ketika dan dijumpai semula di tempat asalnya dalam sekelip mata, dalam keadaan terpinga-pinga dan keliru. Selepas sedar semula, dia kembali menceritakan pengalaman dibawa datuknya yang menjelma sebagai harimau itu serta segenap butiran apa yang dia lihat dan alami semasa ‘pemergian’ nya ke ‘kampung harimau’ itu tadi.
Za’aba kemudiannya menceritakan pula tentang Harimau Tok Paroi yang meninjau persekitaran kawasan hutannya bertemankan seorang budak lelaki sebagai pembantu. Beliau juga menulis bahawa jika sesiapa yang berkelana di dalam hutan berhampiran Gunung Angsi dan menemukan tapak harimau dengan di sisinya terdapat tapak kaki manusia bersaiz kecil, seperti kanak-kanak, maka kesan tapak kaki harimau itu sebenarnya dipercayai adalah milik jelmaan Harimau Tok Paroi sendiri.
Tanah tempat Tok Paroi berpijak dan meninggalkan jejak itu akan kemudiannya digali dan dijadikan azimat. Ini kerana tanah tersebut dipercayai memiliki kuasa untuk menjauhkan harimau liar lain, menjadi tangkal untuk menghalau kuasa jahat, memberi nasib baik kepada pemakainya malah dikatakan turut menjadikan pemakainya kebal.
Kisah ketiga yang turut ditulis kembali oleh Za’aba di dalam artikel beliau berkenaan kisah jelmaan Harimau Tok Paroi ialah tentang kejadian aneh ketika ‘Hari Mantai’, iaitu hari terakhir Ramadan dan persiapan menjelang esoknya Aidilfitri. Menurut beliau, pada suatu masa, ketika sebuah kampung di Paroi sibuk menjual daging mantai sebagai persediaan Hari Raya Puasa, kampung tersebut telah didatangi seorang budak lelaki yang tidak dapat dipastikan asal usulnya. Perwatakannya yang aneh dan misteri, dikatakan dilihat keluar dari hutan dari hujung kampung tersebut.
Budak tersebut pada mulanya dilihat membawa dua buah raga besar diperbuat daripada rotan yang diikat pada dua hujung buluh yang dikandar di bahunya. Budak itu terus menuju ke salah satu pondok yang menjual daging kerbau, makanan eksotik dan hanya dikorbankan untuk hari kebesaran sahaja seperti hari raya. Budak lelaki itu meminta untuk membeli sejumlah besar daging kerbau yang kemudiannya dimuatkan pula di dalam dua raga rotan yang dibawanya tadi. Setelah penuh, dia membayar harga daging kerbau itu kepada penjual tersebut dengan tunai.
Apa yang aneh, budak lelaki itu dengan bersahaja telah mengandar semula dua raga penuh berisi daging kerbau mantai tadi, seraya menuju pulang kembali ke hutan. Dikatakan bahawa bakul itu amat berat berdasarkan isi daging kerbau dan buluh yang membengkok, malah mustahil pula untuk dikandar oleh seorang dewasa, inikan pula oleh seorang kanak-kanak.
Beberapa orang kampung yang merasa kehairanan melihatkan budak lelaki tersebut kemudiannya memutuskan untuk mengikutinya masuk ke dalam hutan. Setelah beberapa lama mengikuti apa ikanak-kanak tersebut, alangkah terkejutnya orang kampung tadi apabila melihatkan rupanya daging yang dikandar budak tadi dibeli dan dibawa ke dalam hutan untuk diberikan pula kepada seekor harimau besar yang sedang menunggunya di atas sebuah busut di dalam hutan.
Kerana ketakutan melihatkan keadaan itu, lintang-pukang mereka lari meninggalkan kawasan itu untuk keluar dari hutan sekaligus menceritakan semula apa yang mereka lihat kepada orang lain. Cerita itu sendiri telah mengesahkan keberadaan apa yang mereka gelar sebagai Harimau Tok Paroi dengan pembantunya.
___
Misteri di Alam Melayu ni memang unik dan kadang-kadang sebenarnya ia berkait rapat dengan tatacara kehidupan masyarakat kita dulu-dulu.
Sebab tu korang kena dapatkan ILMU ALAM MELAYU: MISTIK, MANUSKRIP DAN MITOLOGI. Dapatkan sekarang!
https://s.shopee.com.my/9pLbfMv5mO
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih