Pada Tahun Kesedihan, Nabi Muhammad SAW bersama Zaid bin Haritshah pergi ke kota Taif. Kota yang berhawa dingin dan rimbun menghijau itu terkenal dengan panggilan kota mawar kerana tanahnya yang subur.

Taif didiami oleh Bani Tsaqif yang begitu ramai. Mereka merupakan penjaga kuil berhala Lat dan menganggapnya setanding dengan Kaabah.

Selama 15 hari, baginda berdakwah di Taif. Sepanjang tempoh itu, baginda memasuki beberapa pasar dan tempat orang ramai untuk mengajak manusia mengucapkan kalimah, “Tiada Tuhan Kecuali Allah.” Akan tetapi, dakwah baginda ditolak mentah-mentah.

Rasulullah SAW sempat bertemu dengan tiga pemimpin Bani Tsaqif yang bernama Abdul Yalil, Mas’ud dan Habib. Namun, salah seorang mereka dengan lancang berkata, “Demi Allah, aku tidak akan beriman kepada engkai sehingga terkoyak kelambu Kaabah!”

“Apakah Allah tidak ada pilihan lain daripada engkau untuk dilantik menjadi Rasul?” sindir mereka.

“Demi Allah, aku tidak akan bercakap lagi dengan engkau. Kalau engkau adalah seorang Nabi, amat bahaya bagiku kalau aku tidak beriman. Tetapi kalau engkau menipu terhadap Allah, sepatutnya aku tidak bercakap dengan engkau,” bidas seorang lagi penguasa Taif.

Rasulullah SAW hanya membalas, “Jika engkau telah melakukan apa yang engkau mahu melakukan, diamlah sekadar itu sahaja, janganlah lakukan lebih daripada itu terhadapku.”

Mereka mencebik, “Keluarlah dari negeri kami!”

Sebaik Rasulullah SAW melangkah pergi, pemimpin Bani Tsaqif tadi mengerahkan hamba dan orang upahan untuk mencerca baginda. Ramai orang Taif yang mengerumuni dan membaling baginda dan Zaid dengan batu-batu yang tajam. Seketul batu yang keras terkena pada tumit Rasulullah SAWsehinggakan luka berdarah dan membasahi sandal baginda. Zaid cuba melindungi baginda, tetapi kepalanya sendiri terkena batu sehingga berlumuran darah.

Rasulullah SAW masuk berlindung ke sebuah kebun di pinggir kota Taif. Apabila orang ramai tidak lagi mengejar dan mengganggu, baginda pun mengangkat tangan untuk berdoa. Zaid yang setia di sisi mengaminkan doa baginda.

“Ya Allah kepada-Mu aku mengadu lemahnya kekuatanku, sempitnya upayaku, dan hinanya aku di mata manusia. Oh Tuhan Yang Maha Pengasih daripada semua Pengasih, Engkaulah Tuhan bagi golongan yang lemah, Engkaulah tuhanku. Kepada siapa lagi Engkau akan serahkan diriku? Adakah kepada orang yang jauh yang bermuka bengis denganku? Atau kepada musuh yang akan menguasaiku? Jika Engkau tidak memurkaiku, aku tidak peduli.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Hayati pahit getir perjuangan Rasulullah SAW dalam MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Dapatkan segera karya terbaik kami. Klik: https://shp.ee/iy7wbr5


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply