Menjelangnya 14 Januari saban tahun, Malaysia akan memperingati hari di mana hilangnya seorang permata negara. Pada tarikh ini di dalam tahun 1976, pemimpin yang disayangi ramai, Tun Abdul Razak Hussin telah kembali ke pangkuanNya setelah bertarung peny4k1t leukemia bertahun lamanya.
Sekitar hujung 60an dan awal dekad 70an, Tun Abdul Razak disahkan menghidap pen4ki1 Leukemia. Beliau telah mendapatkan rawatan di Paris dan London bagi mengubati peny4k1tnya itu.
Doktor yang merawat Tun Razak menganggarkan bahawa Tun mempunyai 6 tahun sahaja untuk hidup. Menyedari, masa yang ada tidak mencukupi, Tun sebaik mungkin menghabiskan masanya itu dengan berbakti kepada rakyat.
Rahsia pen4k1tnya itu hanya diketahui oleh beberapa kenalan rapat sahaja seperti Tun Dr Ismail, rakan rakibnya merangkap Timbalan Perdana Menteri. Malah, isterinya Tun Rahah dan anak-anaknya yang lain tidak mengetahui tentang kesihatan bapanya itu. Tun Dr Ismail juga turut menawarkan doktor peribadinya, Dr Macpherson untuk merawat Tun Abdul Razak.
Menjelang tahun 1974, keadaan fizikal Tun Razak berubah ketara. Beliau tampak kelihatan kurus tetapi masih gagah. Ramai yang berfikir bahawa Tun sedang sakit tapi mereka untuk bertanya, sakit apakah yang Tun sedang hadapi.
Tahun 1975 merupakan tahun yang paling sibuk buat Tun Abdul Razak. Di dalam tahun itu sahaja, beliau telah merasmikan lebih 50 acara rasmi sepanjang tahun itu. Antara acara tersebut termasuklah merasmikan Sekolah Penerbangan TUDM, merasmikan pembukaan Masjid Jamek Kampung Batu dan berbagai lagi. Malah, Tun juga sempat mengadakan lawatan diplomatik ke negara-negara luar seperti Indonesia, Britain, Sweden dan Perancis.
Satu upacara yang paling bermakna buat Tun Razak ialah apabila beliau ditauliahkan sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 1975. Walaupun Tun sudah ditauliahkan sebagai peguam di London ketika beliau menuntut di sana, beliau menyifatkan pentauliahannya di Kuala Lumpur ini sebagai kepuasan buat dirinya.
Di samping kegembiraan beliau itu, terselit secebis kekecewaan lagi lagi kepada anak bangsanya yang tidak pernah berubah walaupun bermacam rancangan telah dilakukan. Beliau sering mengeluh kepada pegawai-pegawainya, “Apa lagi yang saya hendak buat dengan mereka ini”
Menjelang akhir 1975, kesihatannya bertambah buruk, beliau banyak menghabiskan masanya bersama keluarga berbanding di pejabat. Pada satu malam di bulan Disember, dengan dihadiri oleh beberapa orang sahaja, Tun Razak telah terbang ke London dari Singapura untuk merawat peny4k1tnya.
Tun Razak akhirnya dirawat di London Clinic pada 22 Disember 1975. Doktor menganggarkan keadannya akan bertambah buruk sehingga Krismas.
Walaubagaimanapun, kesihatan Tun tampak pulih hari demi hari sehinggalah 12 Januari di mana kesihatannya kembali memburuk. Dua hari kemudian, akhirnya Tun Abdul Razak yang disayangi oleh segenap rakyat akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir beribu batu dari tanah kelahirannya.
Dua hari sebelum pemergiannya, Tun Razak sempat memberitahu sahabat karibnya Taib Andak bahawa beliau akan pergi dan merahsiakannya dari isterinya. Beliau juga teringin untuk melihat anak bongsunya, Nazir. Walaubagaimanapun, ketika bersiap untuk ke London, Nazir menerima berita bahawa ayahnya telah pergi untuk selamanya.
Pemergian mengejut Tun Abdul Razak menyedarkan rakyat bahawa di sebalik senyuman Tun, terdapat kes4kitan yang hanya dirasasi oleh beliau sahaja. Walaupun di4nc4m peny4k1t yang membvnvh, namun Tun Razak tetap gagah membangunkan negara demi anak bangsa yang tercinta.
RUJUKAN:
Samad, D. (2017, March 16). Tun Razak’s final journey: New Straits Times. Retrieved January 15, 2021, from https://www.nst.com.my/news/2016/01/122302/tun-razaks-final-journey
Mahmud, A. N., Salleh, M. H., & Harun, A. G. (2011). Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan patriot. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih