Bila masuk 14 Februari je, mesti semua nak bergaduh pasal Valentine padahal ada sesuatu yang lebih besar pada tarikh tersebut.

 

14 Februari merupakan hari peringatan kita kepada wira bangsa yang bernama Leftenan Adnan bin Saidi.

 

Pada tarikh keramat ni, 82 tahun yang lalu (14 Februari 1942), Leftenan Adnan yang berusia 27 tahun gugur dalam pertempuran melawan askar Jepun di Bukit Candu, Singapura, benteng pertahanan terakhir Tanah Melayu.

 

Leftenan Adnan merupakan lambang “heroism” mirip Leonidas bumi Melayu.

 

Leonidas bersama 300 pahlawan Sparta melawan 10,000 tentera Parsi, Leftenan Adnan dengan 42 anggota Platun 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu pula menghadapi 13,000 askar Jepun dari Divisyen ke-18 pimpinan Mutaguchi Renya.

 

Mesti ramai yang pernah tengok filem Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman. Berjujuran air mata bila tengok macam mana anak Melayu kita berjuang walaupun serba serbi kekurangan pada waktu tu.

 

Antara satu insiden yang menunjukkan kewibawaan beliau ialah peristiwa Leftenan Adnan kesan taktik tentera Jepun menyamar sebagai tentera India.

 

Semuanya cantik dengan uniform dan samaran mereka tetapi mereka lupa mengubah cara kawad mereka dari empat kepada tiga orang.

 

Beliau yang perasan sesuatu yang aneh ni terus arahkan kompeni RAMD untuk tembak bertubi-tubi tentera Jepun yang menyamar menyebabkan ramai terbunuh dan melarikan diri.

 

Menyedari taktik diorang ni takkan berkesan melawan keazaman kompeni RAMD, tentera Jepun guna bilangan diorang yang ramai untuk musnahkan terus tentangan askar-askar Melayu.

 

Walaupun berhadapan dengan jumlah tentera yang ramai dan kekurangan bekalan peluru serta bekalan logistik, RAMD terus jadi duri dalam daging kepada pihak Jepun.

 

Leftenan Adnan sendiri cedera parah tapi ia tak menghalang beliau dari terus berlawan dan enggan meninggalkan anak buahnya.

 

Walaupun cedera terkena serpihan mortar dan patah tangan, Leftenan Adnan terus berlawan dengan pistol, pedang dan akhir sekali, dengan tangan beliau sendiri.

 

Tentera Australia yang menyaksikan pertempuran antara Askar Melayu dengan askar Jepun di Reformatory Road mengagumi semangat juang mereka.

 

Berbekalkan sumpah “biar putih tulang, jangan putih mata”, Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya sempat bunuh 800 askar Jepun sebelum mereka tewas sepenuhnya dan gugur kesemuanya (hanya seorang yang hidup).

 

Askar Jepun tikam mayat mereka bertubi-tubi menggunakan bayonet untuk lepas geram.

 

Tak pernah mereka dimalukan sebegini. Tak pernah mereka menjumpai musuh yang begitu tinggi kehendak untuk melawan.

 

Pengorbanan yang dilakukan oleh Leftenan Adnan itu ternyata kerana mempertahankan untuk negara dan amanat serta kedaulatan Raja-Raja Melayu. Ia bukannya demi kepentingan British apatah lagi menjadi tali barut mereka.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Sebenarnya, Jeneral Tomoyuki Yamashita sendiri terkejut. Daripada melancarkan serangan balas, Leftenan Jeneral A.E. Percival sebaliknya menyerahkan terus Singapura. Winston Churchill gambarkan ni sebagai bencana terburuk dalam sejarah ketenteraan British.

 

Dapatkan MALAYA 1941 dan PERANG DUNIA KEDUA di Shopee kami sekarang!

https://shope.ee/4fXvppM4Ce

https://shope.ee/6fJ0DQpSqK


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply