Amerika Syarikat bangkit sebagai sebuah kuasa besar selepas Perαηg Dunia Pertama. Pencapaian ini berpunca daripada pendirian diambil pentadbiran Woodrow Wilson.
Beliau berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Amerika Syarikat tidak masuk dalam peperαηgan. Hanya selepas Telegram Zimmerman barulah pentadbiran Wilson bertindak.
Namun kemenangan ini bagaikan tertangguh sedekad kemudian. 4 September 1929 bermula seperti hari Khamis yang biasa. Ribuan orang kampung masih bergerak ke bandar untuk mencari kerja (Bryan, 2013). Yang ada kerja terus bekerja. Yang tiada kerja merempat di Bandar Raya New York.
Mereka tiada salah dalam apa yang bakal berlaku. Kerana pagi yang sama, ribuan pelabur keluar melαcυrkan ekonomi negara.
Bursa-bursa saham Amerika Syarikat banyak bermain spekulasi. Pelabur membeli saham dengan harapan akan bertambah nilai. Pihak Federal Reserve sudah lama bising pasal hal ini. Namun para pelabur masih beriman bahawa pasaran saham akan kekal membesar secara sendiri.
Tanggapan ini mengundang padah pada hari Khamis itu. Pagi yang elok tiba-tiba bertukar gila, apabila sekumpulan pelabur menjual saham kerana panik. Secara tiba-tiba, satu kumpulan menjadi dua kumpulan sebelum ramai turut serta pakat menjual.
Mentaliti ini membuatkan ramai jual saham. Teknologi zaman itu pula bukannya digital bertelevisyen bagai. Sekarang harga saham terbentang elok untuk semua tengok dengan cepat. Zaman dulu, harga saham ditulis pada kertas telegrafi (ticker tape).
Kira ada mesin mencetak kertas yang akan keluar macam resit pasar raya. Terlalu banyak saham dijual pada hari itu sampai mesin tidak sempat cetak semuanya.
Maksudnya saham ABC dijual pada jam 9 pagi. Pukul 12 petang, saham ABC belum tentu sudah dicetak mesin. Jadi pelabur tidak tahu saham apa sedang dijual dengan harga apa kerana “purata delay” 152 minit (Kelley, 2017).
Sudah dicetak, harga ini perlu diumumkan pula. Pelabur yang tahu pun macam monyet tunggu pelabur lain beli. Pelabur lain pun memberuk sekali.
Tunggu menunggu, akhirnya tiada siapa beli. 152 minit berlalu bagaikan sia-sia. Akibatnya, harga saham tersedia susut nilai kerana tiada permintaan. Sekelip mata, nilai pasaran saham turun 11 peratus (Financial Post, 2011).
Pihak pelabur sempat berpakat untuk merawat lυkα pada pasaran saham ini. Namun lυkα sudah terlalu parah kerana pelabur terlalu panik. Lima hari kemudian, 16 juta saham dijual… sekali gus mengulangi kegilaan hari Khamis. 16 juta jualan… tiada siapa berani beli. Gila tidak?
Sekarang semua sudah faham yang pasaran saham Amerika Syarikat hαncυr lebυr kerana sikap tamak dan panik. Walau bagaimanapun, kehαncυran pasaran saham ini adalah satu tikαmαη pada “perut ekonomi”… pada ketika “tubuh ekonomi” sudah ada banyak tikαmαη lain di dada, pinggang, bahu dan sebagainya.
Peristiwa Wall Street bukan punca The Great Depression. Ia hanya faktor sampingan sahaja. Punca sebenar berbalik pada sikap tamak dan panik.
Selepas Perαηg Dunia Pertama, ekonomi Amerika Syarikat berkembang pesat sampai 1920-an dipanggil “The Roaring Twenties”.
Kepesatan ekonomi Amerika Syarikat menyuburkan pasaran hutang. Ramai memohon hutang kerana banyak kelonggaran bank. Masuk 1930-an, perbelanjaan rakyat (konsumerisme) menurun kerana hutang keliling pinggang (Crafts & Fearon, 2010).
Perkara ini menyebabkan penguncupan dalam industri besi, pembinaan dan kereta.
Mudah kata. Semua unit ekonomi menjadi ranting kering. Peristiwa Wall Street 1929 pula menyαlαkan api pada ranting-ranting tersebut. Akhirnya, ekonomi rαηαp sampai terjadi The Great Depression. Bukan kerana kegagalan sistem kapitalisme. Tetapi kerana apa? Panik dan tamak. Tamak dan panik.
RUJUKAN:
Bryan, D. (2013, November 5). The Great (Farm) Depression in 1920s. American History USA.
Crafts, N., & Fearon, P. (2010). Lessons From the 1930s Great Depression. Oxford Review of Economic Policy. 26 (3): 285-317.
Financial Post. (2011, Oktober 24). The Great (ditapiskan) of 1929, some key dates.
Kelley, P. (2017, Mei 2). Documents that changed the world: delayed stock market ticker tape, October 1929. UW News.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih