Ayat ni bukan sekali dua kita dengar. Ramai orang rasa macam geopolitik tu topik berat. Ramai ingat geopolitik hanya untuk orang yang duduk dalam Wisma Putra atau pakar dalam hal ehwal antarabangsa.
Tapi hakikatnya, geopolitik itu penting. Malah, ia sangat dekat dengan hidup harian kita, cuma kita je yang tak sedar.
Kalau kita faham geopolitik, kita akan mula nampak dunia ni dengan satu kacamata yang berbeza. Dunia yang selama ni nampak macam “kacau sebab manusia jahat” sebenarnya lebih kompleks dan penuh strategi.
Pertama: Dunia tak pernah aman sebab kuasa tak pernah puas.
Cuba tengok peta dunia. Tengok kat mana Rusia, kat mana Ukraine. Tengok kedudukan China dengan Taiwan. Tengok pula perebutan di Laut China Selatan. Semua ni bukan kebetulan. Semua ni tentang lokasi, pengaruh dan perebutan ruang.
Rusia tak serang Ukraine sebab suka-suka. Ada sejarah panjang antara dua negara tu. Ada kepentingan strategik. Ada ancaman NATO yang makin dekat dengan sempadan Rusia. Sama juga dengan China di Laut China Selatan. Konflik ni bukan semata-mata soal sempadan, tapi tentang kawalan maritim, sumber tenaga dan laluan perdagangan.
Begitu juga dengan persaingan Amerika Syarikat dan China. Kenapa dua kuasa ni tak habis-habis berlaga?
Sebab kedua-duanya tahu: dalam dunia hari ini, siapa pegang pengaruh ekonomi dan teknologi, dia akan jadi raja di dunia. Dan bila dua raja nak duduk atas takhta yang sama, mesti akan berlaku persaigan sengit.
Kedua: Kita semua, rakyat biasa, tak kebal dari kesan geopolitik.
Bila berlaku perang di Eropah Timur, kita di Malaysia mungkin tak bunyi bedilan-bedilan di luar rumah. Tapi kita tetap rasa satu benda: harga barang naik!
Minyak masak mahal. Bil elektrik naik. Ringgit jatuh. Semua ni bukan sebab kerajaan kita saja-saja buat hal, tapi juga sebab gangguan pada rantaian bekalan global. Bila kapal tak boleh belayar bebas, bila negara pengeluar sekat eksport, kita yang bergantung pada import pun rasa sakitnya.
Faham geopolitik = faham kenapa hidup kita susah, walaupun perang tu jauh beribu batu dari kita. Tapi saya tak nafikan ada unsur lain yang buat harga barang melambung.
Ketiga: Kuasa besar bukan malaikat, semua ada agenda.
Antara kesilapan orang awam ialah terlalu mudah percaya naratif satu pihak. Bila tengok media Barat, kita terus simpati pada satu pihak. Bila tengok media China, naratifnya berbeza. Setiap kuasa ada versi masing-masing.
Ini semua sebab kuasa besar ada propaganda mereka sendiri.
Amerika tak campur tangan dalam satu konflik sebab nak “selamatkan demokrasi.” Dia masuk sebab ada kepentingan strategik dan ekonomi. Sama juga China. Sama juga Rusia. Jadi kalau kita tak faham geopolitik, kita mudah jadi mangsa propaganda. Kita ikut marah, ikut sokong, tanpa faham apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir.
Keempat: Negara kita pun main catur dalam peta dunia!
Ramai orang pelik: kenapa Malaysia tak kutuk China macam AS kutuk China? Kenapa Malaysia berkecuali dalam banyak konflik? Kenapa pemimpin kita kadang peluk AS, kadang cium China?
Jawapan dia mudah: Malaysia bukan negara kuasa besar. Kita kecil, tapi kita penting dari segi kedudukan geografi dan pasaran serantau. Jadi kita kena main geopolitik dengan bijak. Tak boleh terlalu condong ke satu pihak. Kena imbang antara Timur dan Barat.
Sebab tu Malaysia jaga hubungan baik dengan China, iaitu rakan dagang terbesar kita. Tapi pada masa sama, kita juga jalin kerjasama strategik dengan AS dari segi keselamatan dan pelaburan. Ini semua keputusan berdasarkan kepentingan geopolitik negara, bukan sekadar “nak jaga hati.”
Jadi, kenapa kena faham semua pasal geopolitik ni?
Sebab kalau kita tak faham geopolitik, kita akan jadi macam penumpang yang duduk dalam kapal, tapi tak tahu kapal tu sedang ke mana. Kita fikir semuanya tentang politik dalam negara, tapi hakikatnya, banyak benda ditentukan oleh gelombang antarabangsa.
Kita akan mudah percaya apa saja yang ditulis media. Kita akan cepat marah bila harga barang naik, tanpa tahu puncanya. Kita akan fikir dunia ni dikawal oleh emosi semata-mata. Sedangkan realitinya, dunia dikawal oleh strategi, kuasa dan kepentingan.
Jadi apa kesimpulannya?
Geopolitik bukan benda akademik yang hanya untuk professor universiti.
Ia adalah ilmu untuk rakyat. Untuk kita. Supaya kita lebih bijak menilai. Supaya kita tak jadi mangsa. Supaya kita tahu bila nak sokong, bila nak lawan.
Supaya kita faham dunia, dan bukan sekadar ikut arus.
Dan lebih penting: supaya kita sedar bahawa dalam dunia ni, kuasa tak pernah neutral. Semua orang ada game masing-masing.
Yang tak tahu, akan jadi bidak. Yang faham, akan jadi pemain.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.