Harald ‘Blatand’ Gormsson adalah seorang Raja Denmark dan Norway yang hidup pada kurun ke-10 Masehi. Beliau bertanggungjawab ke atas penyatuan Denmark. Selepas mencapai kejayaan tersebut, Harald menyasarkan kawasan-kawasan yang melangkaui sempadan kerajaannya sendiri dan men4kluk Norway.

Walaupun kebanyakan rakyatnya mengamalkan kepercayaan pagan, Harald sendiri cenderung terhadap agama Kristian. Beliau berusaha seupaya mungkin untuk memperkenalkan agama asing itu dalam kalangan rakyatnya. Pada hari ini, Harald Blatand (Bluetooth) merupakan satu nama yang tidak asing lagi lantaran satu piawai teknologi tanpa wayar dinamakan bersempena dengannya.

Awalan nama Harald dalam tulisan runic berserta nama timangannya, Bluetooth


MENYATUKAN DENMARK

Tahun tepat kelahiran Harald tidak diketahui oleh sejarahwan, walaupun sumber-sumber lama menyebutkan tahun 910/911M. Harald adalah putera kepada Raja Gorm the Old dan Permaisuri Thyra. Gorm the Old adalah raja pertama dalam dinasti baru Denmark yang dikenali sebagai Dinasti Knytlinga (keturunan Cnut) atau Dinasti Gorm. Beliau adalah individu yang melaksanakan usaha menyatukan Denmark.

Memandangkan kuasanya berpusat di Jelling, utara Jutland, dinasti ini juga kadangkala dikenali dengan nama Dinasti Jelling. Ibu Harald, Thyra adalah puteri kepada seorang bangsawan dari Sunderjylland (Schleswig di Jerman moden). Gorm the Old adalah pengikut tegar ajaran dewa-dewi Norse manakala Thyra cenderung kepada agama Kristian. Mungkin pengaruh daripada Thyra inilah yang membuatkan Harald cenderung terhadap agama asing itu.

Raja Gorm the Old menerima khabar kemangkatan puteranya, Canute


Tatkala Gorm mangkat pada tahun 935M, Harald ditabalkan sebagai raja baru. Beliau memulakan pemerintahannya dengan melanjutkan polisi penyatuan Denmark yang diusahakan oleh ayahandanya. Usaha tersebut meraih keberhasilan dan beliau melanjutkan pula pemerintahannya dengan mengampuhkan lagi pertahanan kerajaan.

Kubu-kubu sedia ada diperkuatkan manakala sejumlah kubu baru turut dibina. Selain itu. Harald turut memperkenalkan polisi toleransi terhadap agama Kristian. Malahan, beliau membenarkan agama itu disebarkan secara meluas dalam kalangan rakyatnya.

MENYEBARKAN AGAMA KRISTIAN

Setelah berjaya menjamin keamanan dalam kerajaannya, Harald menumpukan perhatiannya pada isu-isu luar negara. Pada tahun 954M, Erik Bloodaxe si Raja Norway terbvnuh dalam sebuah pertempuran di Northumberland, England. Isterinya, Gunnhild yang juga merupakan saudara perempuan Harald membawa diri ke Norway bersama lima orang anak lelakinya.

Pada waktu itu, Norway berada di bawah pemerintahan Raja Haakon the Good. Harald mengambil keputusan untuk membantu anak-anak saudaranya merebut semula kerajaan mereka. Harald berjaya meraih kemenangan mutlak dan Harald II Greycloak, salah seorang putera Erik Bloodaxe ditabalkan sebagai Raja Norway yang baru.

Pembvnuhan Harald II Greycloak kemudiannya dimanfaatkan oleh Harald Bluetooth bagi menuntut hak penguasaan ke atas Norway. Hasilnya, kerajaan tersebut diserap masuk ke dalam pemerintahannya selama beberapa tahun.

Syiling Erik Bloodaxe

Sekitar waktu yang sama, agama Kristian meraih tempat di Denmark. Beberapa institusi kepaderian di Jutland ditubuhkan di bawah autoriti pope. Menurut suatu sumber, Maharaja Rom Suci Otto Agung menjadi tulang belakang kepada penubuhan tersebut. Lantaran itu, mereka (institusi kepaderian ini) dikecualikan daripada membayar cukai kepada Raja Denmark.

Hal ini menjadi faktor tercetusnya konflik di antara Denmark dan Empayar Rom Suci. Sebilangan sejarahwan berpendapat bahawa Otto Agung menuntut agar Harald memperakuinya sebagai penguasa atasan. Namun, Raja Denmark enggan melakukan sedemikian sekaligus mengakibatkan berlakunya pep3rangan.


Kerajaan Harald (merah) dan wilayah bawahan dan sekutunya (krim), sebagaimana yang disebutkan dalam Heimskringla, Knytlinga Saga, dan beberapa sumber Scandinavia zaman pertengahan

Pasukan t3ntera Jerman berjaya memenangi kempen mereka dan Harald dipaksa menerima dan menyebarkan agama Kristian di Norway. Sekitar satu dekad kemudian, pasukan t3ntera Jerman disibukkan di Itali.

Keadaan ini dimanfaatkan oleh Harald yang melancarkan serangan dan mengusir mereka keluar dari Denmark. Namun tidak lama kemudian, putera Harald yang bernama Svein Forkbeard memberontak dan Harald mangkat semasa bertempur melawan puteranya itu pada tahun 985/986M.

Relif menunjukkan Harald Bluetooth sedang dibaptiskan oleh Poppo si rahib

PIAWAI TEKNOLOGI TANPA WAYAR BLUETOOTH

Menurut sebahagian sejarahwan, Harald diberikan nama timangan ‘Blatand’ atau Bluetooth (gigi biru) kerana beliau memiliki sebatang gigi yang telah mati. Gigi tersebut kelihatan seakan-akan berwarna biru atau berwarna gelap.

Pada hari ini, nama timangan tersebut dikenali di seluruh dunia lantaran ia diambil sebagai nama satu piawai teknologi tanpa wayar. Nama ini dipilih kerana syarikat telekomunikasi Sweden yang bernama Ericsson ingin menghargai warisan Viking tersebut.

Mereka berpendapat bahawa keupayaan Harald Bluetooth dalam menyatukan masyarakat menerusi jalan rundingan agak bersesuaian dengan konsep teknologi telekomunikasi. Jim Kardach, salah seorang pengasas Bluetooth SIG menjelaskan:

“Harald menyatukan Denmark dan meng-Kristiankan mereka. Bagi saya, (nama Bluetooth) merupakan satu nama kod yang baik untuk program ini.

Pada waktu itu, saya juga ada menghasilkan satu kerajang Powerpoint berserta satu tulisan runic pada sebongkah batu, di mana Harald memegang sebuah telefon bimbit dan sebuah buku catatan yang mengandungi terjemahan kepada tulisan runic tersebut, “Harald menyatukan Denmark dan Norway” dan “Harald beranggapan bahawa komputer mudah-alih dan telefon bimbit seharusnya membolehkan komunikasi berjalan dengan lebih lancar.”

Batu besar Jelling, mengandungi inskripsi berkaitan Harald

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (20 Januari 2017). Bluetooth: Why Modern Tech is Named After Powerful King of Denmark and Norway. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/bluetooth-why-modern-tech-named-after-powerful-king-denmark-and-norway-007398


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.