Ada menganggap tugas sebagai Maharaja Rom tugas yang mudah lebih-lebih lagi dengan kuasa dan harta yang dimiliki. Hakikatnya, ia merupakan pekerjaan yang paling merba.ha.ya dalam sejarah manusia. Dan berdasarkan satu kajian terbaru, kema.ti.an para maharaja ini ditentukan oleh satu prinsip matematik yang boleh menentukan kekuatan gempa bumi atau bilangan pengikut di laman media sosial.

Menerusi kajian yang dibentangkan dalam jurnal Royal Society Open Science, daripada 175 orang pemerintah Empayar Rom, hanya 24.5% yang mangkat kerana punca biasa seperti penyakit. Selebihnya sama ada mangkat di medan pertempuran, dibu.n.uh seperti kes Caligula dan Galba atau dipaksa membu.n.uh diri seperti kes Nero. Nasib para maharaja ini boleh digambarkan menerusi satu corak matematik yang dipanggil peraturan kuasa.

Menurut penulis kajian Francisco Rodriguez, peraturan kuasa atau pengagihan kemungkinan boleh dijumpai dalam mana-mana fenomena yang dikaitkan dengan sistem-sistem yang rumit. Ini termasuk saiz lubang kawah bulan, kekuatan gempa, kekerapan perkataan dalam teks dan nilai syarikat di pasaran.

Dalam statistik, peraturan kuasa menerangkan hubungan antara dua kuantiti di mana sebarang perubahan relatif boleh membawa perubahan besar pada satu kuantiti yang lain. Dalam kes kemangkatan Maharaja Rom, peraturan kuasa yang terpakai ialah prinsip Pareto atau prinsip 80/20. Prinsip ini menyatakan peristiwa biasa mempunyai kemungkinan 80% berlaku dengan 20% lagi kemungkinan peristiwa luar biasa berlaku.

Untuk kes para Maharaja Rom, kemangkatan biasa dianggap satu perkara luar biasa dan ia diatasi perkara biasa berlaku iaitu kemangkatan atas sebab kega.na.san. Antara yang terkena ialah Claudius yang mangkat pada 54 Masihi. Baginda dikatakan dira.cu.n oleh isterinya sendiri, Agrippina bagi membolehkan puteranya Nero menaiki takhta sebagai Maharaja Rom seterusnya.

Sebaliknya, bagi maharaja lain seperti Augustus, Vespasian dan Hadrian, mereka berada pada sisi lain prinsip Pareto dan mangkat atas sebab penyakit. Mengikut statistik, maharaja yang lemah dan tidak mempunyai kemahiran politik berdepan kemungkinan paling tinggi untuk dibu.n.uh. Kemungkinan itu boleh saja bertambah sekiranya baginda menaiki takhta sebagai maharaja seterusnya.

Dari situ, kemungkinan bagi Maharaja Rom berdepan kemangkatan mengerikan berkurangan sehinggalah tahun pemerintahannya memasuki tahun ke-13. Di sinilah, kemungkinan tersebut kembali meningkat disebabkan oleh sama ada musuh baru muncul atau musuh-musuh lama kembali berpakat untuk mengan.ca.m kedudukan baginda.

Menariknya, ada seorang maharaja yang berada pada kedua-dua sisi prinsip Pareto iaitu Maharaja Trajan. Semasa era pemerintahan baginda, Antioch dilanda gempa bumi pada 115 Masihi tetapi baginda mangkat akibat penyakit biasa dua tahun kemudian. Ini menunjukkan tidak mustahil satu kuantiti boleh berada pada dua sisi prinsip ini seperti apa yang berlaku kepada Trajan.

Kalau anda berminat nak membaca mengenai Tamadun Rom lebih lanjut, makanya kami nak cadangkan pembelian KITAB TAMADUN ROM, buku terbaru kami untuk tatapan anda semua di webstore kami. Pautan: https://bit.ly/pratempahktmktr

RUJUKAN

Taub, Benjamin. (2021, 18 Oktober). Only One In Four Roman Emperors DITAPIS Of Natural Causes, Study Reveals.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.