Apabila bercakap tentang Empayar Rom, mesti semua bayangkan sebuah adikuasa agung oleh kerana keluasan wilayahnya. Memang benar, Rom adalah sebuah kuasa serba mampu.

Empayar ini lahir daripada rahim sebuah kedaulatan yang menjadi proto-republik hari ini. Republik Rom dahulu diasaskan selepas penggulingan Lucius Tarquinius Superbus (535-509 S.M.).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Berabad-abad republik ini memegang kuasa di wilayah berkenaan. Kuasa ini akhirnya bertembung dengan sebuah negara bernama Carthage yang terletak di bumi Tunisia.

Sekitar 400+ S.M., Carthage menjadi sebuah empayar yang berkuasa di dunia purba. Urusan politiknya mempengaruhi aliran komersial dalam industri maritim Mediterranean (Aubet, 2008).

Selama 23 tahun Rom berper.ang dengan Carthage, bermula 264 S.M. Rom berjaya dalam peper.angan ini dan mendapat Sicily. Dalam peper.angan ini, angkatan Carthage dipimpin Jeneral Hamilcar Barca.

Hamilcar

Hamilcar Barca mempunyai seorang anak bernama Hannibal. Selepas kekalahan Carthage (semasa kepimpinan Hamilcar Barca), suara akar umbi dan rakyat marhaen bergema sepanjang masa.

Mereka mahu membebaskan wilayah yang diambil Rom. Hamilcar Barca menggerakkan jentera per.ang Carthage ke Semenanjung Iberia. Beliau berjaya mengambil bumi ini bagi pihak Carthage.

Banyak manfaat Carthage dapat daripada Iberia, sehingga mampu bangun semula untuk berdepan dengan Rom.

Warisan Seorang Anak

Tidak lama kemudian, Hannibal mewarisi kuasa keten.teraan. Beliau tidak bergerak untuk menjatuhkan Rom terus. Kerana beliau tahu pegangan Carthage di Iberia perlu kukuh dulu.

Berbeza dengan Hamilcar Barca, pemikiran Hannibal lebih pada diplomasi.

Hannibal.

Beliau berkahwin dengan seorang puteri Iberia bernama Imilce. Mana-mana suku Iberia yang enggan patuh pada Carthage barulah kena “lipat dan gulung”.

Dua tahun selepas berkuasa, Hannibal mula bertindak. Beliau membuka jendela per.ang dengan kota Saguntum terlebih dahulu.

Pada mata Rom, kota ini merupakan sekutu baik. Jadi tindakan Hannibal adalah satu pengisytiharan per.ang.

Namun Rom dibawah Lucius Aemilius Paullus tidak menghantar angkatan sokongan. Selama lapan bulan Saguntum dikepµng. Sesudahnya jatuh, barulah Rom bertindak dengan des.akan: “keluar atau per.ang”.

Hannibal pun beri jari tengah – dan peper.angan kedua bermula. Hannibal mempunyai angkatan seramai 102,000 anggota (90,000 darat, 12,000 berkuda dan 80 bergajah).

Beliau perlu memimpin bala ini melalui jalan darat, iaitu daripada Iberia ke Itali. Perjalanan 1,600 kilometer ini memakan masa lama, perlu berhenti di Pyrenees, Rhone dan Alps. Namun yang sampai hanyalah 20,000 anggota darat dan 6,000 anggota berkuda, kerana cab.aran geografi dan peper.angan semasa dalam perjalanan (Law, 2014).

Meskipun berkurangan, Hannibal masih berjaya menyer.ang Itali dari bahagian Utara. Pihak Rom pula sedang tercegat tunggu di Sungai Ticinus. Hannibal menewaskan Rom dalam tiga pertem.pµran berturut-turut.

Untuk menambahkan jumlah anggota, pihak Rom menger.ahkan penje.nayah ke medan. Sesiapa yang tidak mampu bayar hutang turut dibawa ke barisan hadapan. Mereka membawa 86,400 anggota ke Cannae untuk halau Hannibal. Dan di sini, mereka kehilangan 67,500 orang… majoriti terbµnµh.

Kesilapan Besar

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Melihat kejayaan Hannibal, suku-suku anti-Rom pun tidak senang duduk. Mereka mahu menyertai Hannibal dalam perjµa.ngan menentang penguasa Rom yang sudah lama mendµdµki bumi mereka.

Hannibal sengaja tidak ser.ang Apulia dan Campania kerana mahu pember.ont.akan dalam kalangan sekutu rapat Rom. Percaturan Hannibal buat masa ini masih lagi tepat dengan tatacara per.ang silam. Namun Hannibal buat silap apabila beliau melengahkan masa pada musim salji.

Rom berjaya mengukuhkan semula barisan keten.teraannya. Dalam tempoh beberapa tahun selepas siri kekalahan berturut-turut, Rom berjaya menangkis ser.angan Carthage. Jumlah anggota Hannibal pun tidak begitu ramai.

Jadi Rom cuba mengalihkan perhatian Carthage dengan melancarkan ser.angan di Semenanjung Iberia terlebih dahulu. Apabila Publius Cornelius Scipio mendarat di Afrika, pihak Carthage memanggil Hannibal balik pada tahun 203 S.M.

Scipio Africanus

Hannibal akhirnya berdepan dengan Scipio di Zama, hari ini Tunisia, pada 19 Oktober 202 S.M. Seramai 40,000 orang bersama Hannibal dalam pertempµran ini. Hampir semua dalam kalangan mereka sama ada ma.ti atau ditangkap Scipio.

Kemenangan Scipio mengakhiri peper.angan besar ini. Dan Hannibal pula terpaksa melarikan diri daripada kemelut politik Carthage yang tidak lagi menyukainya.

RUJUKAN:

Aubet, M.E. (2008). Political and Economic Implications of the New Phoenician Chronologies. Universidad Pompeu Fabra. Halaman 179.

Law, W.J. (2014). The Alps of Hannibal. Cambridge University Press. Halaman 110.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.