Amerika Syarikat merupakan negara yang sangat tinggi dari segi kesedaran awam tentang kepentingan pencegahan. Di sebalik segala perancangan teliti Jabatan Kesihatan Persekutuan dibawah Setiausaha Mike Leavitt, sebuah pusat bandaraya mewah dilanda krisis kesihatan.
San Diego yang terletak di California mempunyai populasi sekurang-kurangnya 1.3 juta pada tahun 2008. Seramai inilah dalam ambang b4h4ya ekoran penularan w4b4k. Bermula pada bulan Januari, sebuah keluarga anti-vaksin baru sahaja balik dari Switzerland tanpa menyedari bahawa anak tujuh tahun mereka sudah dij4ngkiti virus campak (CDC, 2008).
Segala langkah drastik diambil Amerika Syarikat. Subsidi diberikan kepada vaksinasi untuk memelihara jutaan orang. Satu suntikan hanya bernilai AS$10, itupun ada pelepasan untuk orang betul-betul susah. Sebanyak 1,745 jam diluangkan untuk memb4nteras peny4kit ini. Dan kos perubatan mencecah AS$1,347 setiap kes.
Di sini jelas dua perkara: (1) mencegah adalah jauh lebih baik daripada mengubati dan (2) tiada manfaat ekonomi apabila rakyat uzur dengan peny4kit berj4ngkit.
12 tahun kemudian, situasi hampir sama telah berlaku di Asia Tenggara. Walaupun virus korona (2019-nCoV) telah tiba di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Perancis, semua dilihat sangat bersedia untuk mengawalnya. Rakyat Malaysia telah melafazkan syukur selepas empat individu China yang disyaki disahkan negatif (Tang & Timbuong, 2020). Namun kelegaan ini tidak bertahan lama, kerana dua hari selepas itu tiga warga China telah sah menghidapi 2019-nCoV.
Ketiga-tiga individu ini terj4ngkit selepas didapati berada berdekatan dengan mangsa virus di Singapura. Kemudian mereka pula pergi ke Johor Bahru dimana simtom mula dilihat. Dan dari Johor Bahru, kerajaan menggegaskan mereka ke Hospital Sungai Buloh yang merupakan Pusat Kawalan Peny4kit Berj4ngkit Negara.
Jabatan Kesihatan memang sudah lama mengamalkan perkara pertama iaitu pencegahan diutamakan berbanding rawatan. Namun gandingan bersama jabatan telah bercanggah selepas kerajaan enggan menerima hakikat dengan perkara kedua.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, rakyat Malaysia tidak boleh berlaku diskriminasi terhadap pelancong-pelancong China (Tharanya, 2020). Hujah Mohamaddin Ketapi ialah, “pelancong yang masuk ke negara ini disaring terlebih dahulu di pintu masuk negara, termasuk lapangan terbang.”
Ternyata saringan Malaysia tidak berkesan, kerana tiga orang yang kini berada di Hospital Sungai Buloh sebenarnya memasuki Johor daripada Singapura. Kelonggaran Malaysia terhadap China telah mendedahkan risiko teruk terhadap, sekaligus menganiayai rakyat Johor yang turut berwaspada dengan penularan Influenza A. Lebih menjengkelkan lagi, Dr Mahathir pula berhujah bahawa kerajaan “tiada rancangan untuk melarang pelancong China memasuki negara buat masa ini.” (Bernama, 2020).
Malah Malaysia juga tidak akan mengkaji semula pengecualian visa 15 hari yang diberikan kepada China. Kerajaan masih nekad untuk meneruskan status quo iaitu memeriksa semua pelancong yang datang terutamanya dari China. Tindakan ini memang gila, sedangkan Amerika Syarikat dahulu pun mengambil langkah efektif iaitu dengan memagar penularan pada masa rawatan diberikan.
Tiada masalah politik boleh berlaku andainya tindakan sedemikian diambil. Malaysia bukan tidak pernah mengusir rakyat China. Tiga warganegara China pernah dihalau kerana menvmbvk pegawai-pegawai imigrasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Kedua (Bernama, 2019). Selepas itu, Mahkamah Malaysia turut menjatuhkan hukuman pengusiran terhadap ratusan warga China kerana terlibat dalam pencabvlan undang-undang imigrasi dan penipuan atas talian (Ali & Nisha, 2019).
Jadi jika China tersinggung kerana sebarang penutupan pintu, itu bermaksud pihak kerajaan Malaysia sendiri tidak pandai berunding. Filipina dengan berani dan lantang telah mengusir warga China terutamanya daripada Wuhan (Malasig, 2020). Yang disahkan negatif pun akan dihalau sama.
Memang benar sekarang 15 negara (selain Malaysia) sedang membuat pencegahan. Dan tiada suatu pun seperti Amerika Syarikat, Ausralia dan Belanda misalnya mengambil langkah menutup pintu. Namun untuk mengatakan jangan diskriminasi pada ketika negara diambang j4ngkitan – dan mengumumkan ketiadaan perancangan pada hari pengesahan, jelas menunjukkan kerajaan tidak bertenaga untuk menguruskan masalah ini dengan aktif.
RUJUKAN:
Ali, N. & Nisha, D. (2019, December 16). Malaysian Court Charges Hundreds of Chinese Nationals for Alleged Immigration Violations. Benar News. Retrieved from https://www.benarnews.org/english/news/malaysian/Chinese-nationals-arrested-12162019145952.html
Bernama. (2019, September 3). 3 Chinese nationals deported over assault of immigration officers at KLIA2. Channel News Asia. Retrieved from https://www.channelnewsasia.com/news/asia/chinese-nationals-deported-klia-assault-officers-11867304
Bernama. (2020, January 25). Koronavirus: Tiada rancangan larang kemasukan pelancong China. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/67382/BERITA/Nasional/Koronavirus-Tiada-rancangan-larang-kemasukan-pelancong-China
CDC. (2008, February 22). Outbreak of Measles San Diego California, January-February 2008). CDC. Retrieved from https://www.cdc.gov/mmwR/preview/mmwrhtml/mm57e222a1.htm
Malasig, J. (2020, January 24). Philippine government’s order to deport travelers from Wuhan: Was it too late? Interaksyon. Retrieved from http://www.interaksyon.com/politics-issues/2020/01/24/160692/coronavirus-wuhan-deportation-order-aklan-philippines/
Tang, A. & Timbuong, J. (2020, January 23). Health Ministry: Four suspepected cases test negative for Wuhan virus (updated). The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/23/health-ministry-three-suspected-cases-negative-for-coronavirus-one-still-pending
Tharanya, A. (2020, January 22). Jangan diskriminasi pelancong China. BH Online. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649090/jangan-diskriminasi-pelancong-china
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih