Kehormatan Rasulullah ﷺ merupakan suatu perkara yang tidak ada toleransinya dalam Islam. Di dalam kitab Al-Syifa’ bi Ta’rif Huquq Al-Mustafa, Al-Qadhi Iyadh telah menghimpunkan begitu banyak dalil-dalil akan wajibnya membela kehormatan Rasulullah beserta hukuman yang menanti bagi orang yang menghin4 baginda.
Para ulama’ berbeza pendapat tentang status penghina Baginda.Bagi seorang Muslim yang menghin4 baginda dengan sengaja, dalam keadaan waras serta mengetahui akan kesalahan perbuatan tersebut maka hendaklah dihukum bvnuh tanpa diminta untuk bertaubat.
Sedangkan bagi orang bukan Islam dari kalangan Ahlu Dzimmah , iaitu mereka yang tidak ada permusuhan dengan orang-orang Islam serta tinggal dalam jaminan keselamatan pemerintah Muslim, majoriti ulama’ madzhab Maliki, Syafi’iyyah dan Hanabilah berpendapat mereka wajib dijatuhkan hukuman bvnuh, melainkan setelah ia memeluk Islam selepas melakukan kesalahan tersebut. Namun bagi mazab Hanafi, mereka tidak dijatuhkan hukuman bvnuh tetapi tetap layak diberikan hukuman keras yang bertujuan untuk memberikan pengajaran.
Namun dalam keghairahan kita membaca tentang hukuman yang diputuskan oleh para ulama’ berdasarkan hadith-hadith tentang betapa besarnya kesalahan menghin4 Rasululullah ﷺ perlu kita fahami bahawa kaedah perlaksanaan hukuman bvnuh ini bukanlah boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh seseorang individu, kerana hukuman bvnuh ini termasuk dari kerangka hukum Hudud yang merupakan salah satu dari bentuk perundangan jenayah Islam selain Qisas dan Takzir.
Justeru apabila berbicara tentang hukum hudud, yang layak melaksanakan hukuman hudud adalah pemerintah, sepertimana yang disebut oleh Imam Al-Kasani di dalam Kitabnya, Bada’I Al-Sana’I fi Tartib As-Syara’i:
وهو أن يكون المقيم للحد هو الإمام أو من ولاه الإمام
Dan yang menegakkan had (hukum hudud) adalah Imam (pemerintah) atau bagi orang yang telah diwakilkan oleh Imam.
Demikian jua jika kita teliti dari sirah Rasulullah ﷺ amat ramai golongan kuffar yang mencaci maki baginda namun yang dijatuhi hukuman bvnuh oleh baginda sangat sedikit, seperti peristiwa Baginda memerintahkan seorang penyair Yahudi yang bersikap provokator, Ka’ab bin Al Asyraf.
Adapun sebuah atsar yang disandarkan kepada Sayyiduna Umar radhiyallahu ‘anhu bahawa beliau menyuruh agar sesiapa yang menghin4 Rasulullah ﷺ dibvnuh maka fahamilah kedudukan beliau yang merupakan seorang Khalifah sekaligus seorang pemimpin negara yang sememangnya layak untuk menjatuhkan hukuman.
Semoga kita lebih teliti dan berhati-hati dalam memahami nas serta dalil agar tidak terlalu literal sehingga melahirkan sikap ekstrem dan pelampau sepertimana kelompok Khawarij dan ISIS yang bermudah-mudahan menumpahkan d4r4h manusia dengan alasan membela Allah dan Rasul.
Dalam masa yang sama, pihak berkuasa seharusnya lebih tegas dan bertindak pantas apabila menerima aduan p3nghin4an terhadap Nabi s.a.w. Penguatkuasaan undang-undang ini dapat mengekalkan kestabilan masyarakat dan membolehkan masyarakat hidup harmoni. Ini terbukti pada zaman zaman Rasulullah lagi menerusi kisah Kaab bin Zuhair.
Kaab yang juga pengarang Banat Su’ad (qasidah memuji Rasulullah s.a.w) selepas memeluk Islam telah bertaubat dan memohon maaf kepada baginda. Perkara tersebut dibuat kerana bimbang dirinya termasuk dalam kelompok yang dikenakan hukuman tegas kerana menghina Allah dan Rasul-Nya. Justeru apabila pihak pemerintah berusaha memastikan undang-undang dikuatkuasakan, maka rasa percaya dan muafakat juga akan mengekor dari belakang.
Wallahu A’lam
RUJUKAN:
– Al-Syifa’ bi Ta’rif Huquq Al-Mustafa, Al-Qadhi Iyadh
– Bada’I Al-Sana’I fi Tartib As-Syara’I, Imam Al Kasani
– Irsyad Al-Fatawa Siri Ke-297: Adakah P3nghin4 Rasulullah Saw Halal D4r4hnya. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3208-irsyad-al-fatawa-siri-ke-297-adakah-penghina-rasulullah-saw-halal-d4r4hnya
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih