Ahad, 18 Oktober 202618 Okt 2026
Falsafah Alamiah

Haiwan Pun Ada Haid Tau

Persoalan ini
muncul semasa aku melihat video haiwan di media sosial. Pada mulanya, aku
hairan kenapa anjing di dalam video itu, memakai lampin. Barangkali kerana
masalah penghadaman, fikir aku. Kemudiannya, tuan kepada anjing itu menyebut
anjingnya sedang mengalami haid. Buat seketika, aku terkedu dan terfikir
sebentar.

Binatang pun ada kitaran haidkah?

Sebelum kita
bermula, lagi baik kalau aku terangkan sistem haid manusia. Bagi perempuan
tulen yang sudah cukup waktu dan subur, mereka akan bermula haid sekurang
kurangnya sekitar umur 12 tahun. Ada yang awal lagi tapi itu bergantung pada
genetik dan kesihatan mereka. Punca utama kenapa haid berlaku ialah pendarahan
dinding rahim.

Haid berlaku
untuk 8 hari pertama. Selepas itu, hormon di badan akan merangsang penyediaan
ovum di ovari. Perkara ini secara tak langsung akan merangsang dinding rahim
untuk dipulihkan dan menjadi tebal dengan lapisan urat darah.

Pada pertengahan
kitaran haid, sekitar hari ke 14, rahim akan menjadi sangat subur. Dinding
rahim sudah bersedia untuk menampung tumbesaran anak dan ovum pun telah dilepaskan
oleh ovari ke tiub fallopian waktu itu. Sekiranya persenyawaan beraku, zigot
(ovum yang telah disenyawakan) akan bergerak ke dinding rahim, benamkan dirinya
ke situ dan melekat sebagai fetus. Lapisan yang melekatkan zigot ke dinding
rahim inilah yang akan menjadi tali pusat dan uri (placenta).

Dari segi
psikologi dan fisiologi, pada saat inilah selalunya lelaki akan merasakan
perempuan ni sangat cantik, menarik dan ‘friendly’. Sebab pengaruh hormon dan
mungkin juga feromon seks yang membuatkan mereka menjadi lebih menawan di mata
lelaki.

Walau bagaimanapun, itu kalau ada persenyawaanlah. Kalau tiada, dinding rahim akan bertambah tebal seiring dengan masa dan tepat pada hari ke 28, dinding rahim berserta ovum yang tak disenyawakan akan runtuh sebagai haid. Inilah punca sebenar haid.

Peristiwa haid
ini adalah benda normal bagi manusia dan juga keluarga primat seperti orag utan
dan gorilla. Disebabkan DNA dan sistem mereka lebih kurang sama macam kita,
maka kitaran haid mereka pun sama.

Haiwan mamalia
lain juga ada pendarahan haid ini, namun terma haid mereka adalah berlainan dan
tarikh pendarahan pun lain. Kita panggil kitaran ini sebagai kitaran estrus.

Pada fasa awal
mereka yakni proestrus, ovari mereka akan mula dirangsangkan bagi penghasilan
ovum. Berbanding dengan manusia, ovum yang dihasilkan dan tempoh fasa ini boleh
menjadi banyak bergantung kepada spesis masing masing. Pada masa yang sama,
dinding rahim mereka akan mula menebal.

Semasa fasa
inilah, ‘haid’ mereka berlaku. Berbanding haid kita yang berpunca sebab ovum
tak disenyawakan, ‘haid’ estrus ni terjadi sebab badan mereka tak bersedia lagi
untuk persenyawaan. Cecair rahim yang dihasilkan semasa fasa ini secara tak
langsung akan boleh menganggu penebalan dinding rahim dan cetuskan pendarahan.
Ini ‘haid’ estrus.

Kemudiannya
ialah fasa estrus. Fasa subur. Disebabkan pada masa ini hormon reproduktif
mereka banyak dirembeskan, haiwan betina akan menjadi sangat tak tenang. Jadi,
kalau malam malam anda terdengar kucing betina mengiau dengan suara garau, itu
maknanya dia tengah cari si jantan untuk berpesta di malam hari lah tu. Kalau
anda mempunyai kucing, mungkin juga anda pernah melalui fasa di mana anda nak
usap kepala mereka, tapi mereka tunjuk punggung. Ya, itu maknanya mereka tengah
miang sangat dah tu.

Kemudianya ialah fasa metestrus. Sebagaimana manusia dengan ovum yang tak disenyawakan, fasa ini juga sama.  Dinding rahim akan menjadi makin tebal hinggalah ke fasa diestrus. Berlainan dengan kita yang akan tumpah haid, dinding rahim mereka hanya akan disusun kembali menjadi biasa dan kembali ke pada proestrus.

Jadi, sebagai konklusi di sebalik haid haiwan, aku cuma nak jelaskan beberapa isi pendek perbezaan kitaran estrus dan kitaran haid primate. Pertamanya, pendarahan kita berlaku pada hari terakhir kitaran kerana dinding rahim runtuh.

Untuk haiwan lain, pendarahan itu hanyalah kesan sampingan fasa proestrus, fasa awal penebalan dinding rahim. Keduanya, kalau kucing anda bising di tengah-tengah malam, bawak bawak lah ‘puan besar’ anda tu pergi berpesta dengan jantan jalang pilihan mereka.

Tak pun urut sahaja kawasan sekitar dubur mereka.Serius.

RUJUKAN:

Heape, W.
(1900). “The ‘sexual season’ of mammals and the relation of the
‘pro-oestrum’ to menstruation'”. Quarterly Journal of
Microscopical Science
. 44: 1:70.

Lovick T. A.
(2012). Estrous cycle and stress: influence of progesterone on the female
brain. Brazilian journal of medical and biological research = Revista
brasileira de pesquisas medicas e biologicas
, 45(4), 314–320.
doi:10.1590/s0100-879×2012007500044

Martin RD
(2007). “The evolution of human reproduction: a primatological
perspective”. American Journal of Physical Anthropology. Suppl 45: 59–84.
doi:10.1002/ajpa.20734. PMID 18046752.

“Why do
women menstruate?”. ScienceBlogs. 2011. Archived from the original
on 27 January 2013. Retrieved 15 January 2013.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet