Sekitar tahun 1914, terdapat bukti tentera Jerman menggunakan antraks sebagai senj4ta biologi semasa per4ng dunia pertama. Era per4ng dunia kedua juga menyaksikan US dan Jepun menggunakan bakteria Francisella tularensis sebagai senj4ta biologi.

Pada tahun 2001, Antraks pernah disebarkan melalui sampul surat ke dua buah pejabat Senator Amerika Syarikat. 22 orang yang mengendalikan surat itu dijangk1ti Antraks dan 5 darinya meninggal dunia.

Haiwan juga pernah digunakan untuk membawa surat untuk tujuan komunikasi, atau untuk tujuan lebih teruk untuk membawa bom. Keldai, burung merpati malah ikan lumba-lumba pernah digunakan untuk tujuan ini.

Tapi binatang yang atas ni semua besaq-besaq. Mana nak lepas masuk dalam sampul surat. Kalau pos harimau sekoq mestilah berteraboq lari orang dekat pejabat pos tu.

Namun, bagaimana sekiranya ada haiwan yang sangat berb4haya dan boleh dimuatkan ke dalam bungkusan.

  • Gila Monster

Sejenis reptilia yang hidup di kawasan barat daya Amerika Syarikat dan utara Mexico. Panjang haiwan ini sekitar 20 inci (50cm).

Rahang kuat yang dimiliki haiwan ini membolehkan ia menyuntik racvn ven0m ke dalam tubuh m4ngsa. Kem4tian disebabkan haiwan ini sangat jarang berlaku namun g1gitannya sangat menyakitkan.

Gejala gigitan termasuk rasa s4kit yang luar biasa, edema, dan kelemahan yang berkaitan dengan penurunan tekanan d4rah yang pantas.

Jangan salah faham, nama haiwan ini diambil daripada nama sungai iaitu Gila River, Arizona.

  • Lalat Tsetse

Lalat penghisap d4rah dari Afrika ini hanya bersaiz satu inci. Sambil dia menghisap d4rah, haiwan ini juga menyebarkan satu jenis parasit iaitu Trypanosoma brucei.

Ianya menyebabkan penyak1t iaitu trypanosomiasis (penyak1t tidur Afrika). Kemungkinan untuk penyakit ini menyebabkan kem4tian ialah hampir 100% sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

Penyak1t ini juga boleh tersebar melalui ibu kepada anak dalam kandungan, pemindahan d4rah dan juga hubungan seksual. Kalau sekalipun orang yang dijangk1ti sembuh dari penyakit ini, dia ber1siko untuk menjadi pembawa parasit seterusnya menyebarkan jangk1tan kepada orang lain.

  • Katak Beracvn (Poison Frog)

Pelbagai aneka warna boleh dijumpai. Haiwan ini hanya bersaiz sekitar satu-dua inci.

Awas, jangan terperdaya dengan warna ceria yang ada pada kulit haiwan ini.  Racvn pada kulit haiwan ini sangat berb4haya.

Satu puak asli di kawasan Amerika Selatan menggunakan racvn yang ada pada kulit ular ini untuk pan4h dan lemblng sebagai senj4ta. Racvn pada haiwan ini cukup untuk membvnuh 10 orang dewasa.

  • Nyamuk

 

Nyamuk diketahui boleh menyebarkan pelbagai jenis penyak1t berjangkit seperti Malaria, Denggi, Demam Kuning, Zika dan vlrus West Nile. Saban tahun, ada sahaja kem4tian berpunca daripada penyak1t sebaran nyamuk.

  • Ular berbisa

Terdapat pelbagai spesis ular yang memiliki saiz kecil namun berb1sa. Sebagai contoh, ular karang biru hanya sekitar 30cm panjang sahaja namun boleh menyebabkan kem4tian dalam tempoh 1-3 jam.

Selain itu, spesis ular kapak juga mempunyai kemampuan untuk membvnuh. Terdapat lebih 200 spesis ular kapak di dalam dunia ini.

Ular kapak hodoh yang ada di Malaysia

Banyak lagi jenis haiwan yang boleh dimuatkan ke dalam sebuah kotak. Ianya boleh dijadikan senj4ta untuk memporak-perandakan musvh. Dalam senarai saya juga terdapat haiwan laut seperti obor-obor, stonefish dan cone shell. Semua haiwan ini mempunyai bisa dan racvn tersendiri.

Namun jangan risau, tak mudah untuk kita hantar binatang sebegini melalui sistem pos. Kehadiran haiwan ini dalam bungkusan boleh dikesan melalui pengesan haba. Selain itu, bungkusan juga memerlukan lubang udara untuk membolehkan haiwan ini bernafas di dalam kotak.

Banyak kes cubaan menghantar haiwan peliharaan melalui sistem pos gagal kerana haiwan di dalam parcel bergerak-gerak. Namun dari sudut senj4ta biologi, ancaman sebegini harus diambil perhatian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.