Manusia mempunyai sejarah sangat panjang di Bumi ini. Berdasarkan dapatan arkeologi, manusia sudah wujud di Bumi sekitar 2 juta tahun dahulu. Homo sapiens pula sudah ada sejak 300,000 tahun lalu.
Kelompok manusia ini hidup bersama haiwan yang berjuta spesis. Sudah pasti banyak haiwan telah pµpµs pada hari ini, tanpa meninggalkan sebarang fosil. Jadi kewujudan mereka ditelan masa.
Namun banyak haiwan sebenarnya disimpan alam untuk kajian manusia terkemudian (iaitu golongan manusia hari ini). Ini adalah senarai lima haiwan prasejarah yang dibekukan alam:
- Sasha – Badak Sumbu Berbulu (10,000 tahun)
Sungai Semyulyakh mempunyai suasana persekitaran yang sangat sejuk. Tebingnya sentiasa beku tidak kira musim. Ia terletak dalam wilayah/negeri terbesar dunia, iaitu Republik Sakha dalam Persekutuan Rusia.
Walaupun Sakha mendabik saiz 3.083 juta kilometer persegi (9.3 kali ganda lebih besar daripada Malaysia), republik ini hanya didiami 1 juta orang sahaja… jelas yang ia terlalu sejuk untuk pembangunan pesat dan populasi besar.
Sekitar abad ke-18, seorang pembµrµ terjumpa rangka seekor haiwan yang dibekukan dalam tebing sungai ini.
Selepas berjaya mengeluarkan rangka ini, barulah mereka sedar: dulu ada badak sumbu yang berbulu (woolly rhinoceros).
Rangka ini diserahkan kepada Akademi Sains Yakutia untuk tujuan penyelidikan. Tetapi sebelum itu, mereka memberikannya nama “Sasha”.
Saintis di institut ini gigih mengkaji DNA Sasha, yang didapati belum dewasa pada usia kema.tian (Lewis, 2015). Saiznya dalam lingkungan 1.5 meter panjang dan 0.8 meter tinggi sahaja. Dan spesis badak ini didapati hidup antara 2.59 juta hingga 11,700 tahun dahulu.
- Tidak Diberi Nama – Singa Gua (Tidak Pasti Bila)
Sekali lagi dalam Rusia… seorang warga tempatan bernama Boris Berezhnev sedang membµrµ gading gajah mammoth di Siberia. Namun pada September 2015, Berezhnev terjumpa sesuatu yang berbulu.
Pakar paleontologi masih berdebat tentang penemuannya: sama ada singa gua (cave lion) atau lynx. Namun mereka yakin, yang haiwan tersebut masih kecil sebelum ma.ti (Geggel, 2017).
Mungkin tempat tinggalnya terti.mbµs. Dan ia menjadi mumia kerana suhu sejuk.
- Khroma dan Lyuba – Anak Gajah Mammoth (42,000 Tahun)
Gajah mammoth merupakan antara spesis paling popular dalam bab prasejarah. Haiwan ini mempunyai gading yang panjang, serta bulu serba lebat dan rangka begitu besar.
Mereka meneroka alam antara 5 juta tahun hingga 3,700 tahun lalu, meninggalkan rangka untuk kajian manusia.
Dua gajah mammoth yang ditemui dalam keadaan sempurna ialah Lyuba dan Khroma. Kedua-dua anak gajah ini beku akibat suhu Siberia. Lyuba ma.ti sekitar 42,000 tahun dahulukerana le.mas dalam lumpur.
- Tidak Diberi Nama – Kerbau Liar (10,000 Tahun Lalu)
Suku Yukagir yang hidup di utara Siberia telah menemui rangka seekor kerbau liar yang tersembunyi di sebalik timbunan tanah beku selama 10,000 tahun.
Spesis kerbau ini adalah bison priscus, moyang kepada semua bison moden (seperti dalam gambar dibawah) hari ini.
Rangka bison priscus ini dibawa terus ke Akademi Sains Yakutia dimana mereka menjalani pembed.ahan siasat. Mereka mendapati organ dalamannya masih dalam keadaan sangat baik.
Walaupun serba serbi sempurna, bison priscus ini didapati tanpa sebarang lemak. Ini bermakna, ia ma.ti kelaparan pada usia empat tahun (Palermo, 2014).
- Tidak Diberi Nama – Anak Kuda Purba (30,000-40,000 Tahun Lalu)
Siberia sekali lagi menjadi penyimpan rahsia. Kali ini, kawasan tersebut membekukan bang.kai seekor kuda di dalam sebuah kawah 100 meter.
Anak kuda ini baru berusia dua bulan, mungkin terjatuh di dalam kawah ini.
Tulang-temulangna masih dalam keadaan baik, bermakna ia jatuh dalam air dan le.mas. (Weisberger, 2018).
Penemuan ini turut menunjukkan sedikit sebanyak tentang taburan kuda liar semasa zaman prasejarah.
RUJUKAN:
Geggel, L. (2017, November 15). Cave Lion Mummy May Not Be What It Seems. Live Science.
Lewis, T. (2015, Mac 12). 10,000-Year Old Remains of (ditapiskan) Woolly Rhino Baby Discovered. Live Science.
Palermo, E. (2014, November 7). 9,000-Year-Old Bison Mummy Found Frozen In Time. Live Science.
Pappas, S. (2011, November 8). Skin and Bones: Inside Baby Mammoths. Live Science.
Weisberger, M. (2018, Ogos 25). Siberian Permafrost Reveals Perfectly Preserved Ice-Age Baby Horse. Live Science.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih