Baru-baru ini, mahkamah pentadbiran Turki baru mengembalikan status Hagia Sophia atau Ayasofya sebagai masjid dan menyingkirkan dekri berusia 85 tahun yang mengisytiharkan bangunan berkenaan sebagai muzium di bawah pentadbiran sekular Turki.

Hagia Sophia

Jadi, apa itu Hagia Sophia/Ayasofya? Pertama kali dibina pada tahun 360 sebelum menyaksikan beberapa peristiwa termasuk dibakar pada abad keenam Masihi, ia siap dibina semula pada tahun 537 Masihi. Sejak itu, ia menjadi denyut nadi dunia Kristian ketika itu dan menjadi permata indah bagi kota Constantinople yang ditadbir Empayar Rom Timur/Byzantine selama satu alaf.

Bangunan tersebut dikenali kerana keindahan bangunannya dan saiz kubahnya yang besar. Tetapi semua itu berubah pada tahun 1453 apabila kempen Empayar Turki Uthmaniyyah diketuai Mehmed II berjaya menakluk Constatinople. Kejayaan kempen baginda merealisasikan ramalan kejatuhan Constantinople yang disebut Rasulullah s.a.w semasa P3rang Khandak/P3rang Ahzab.

Constantinople menjadi saksi kepada aktiviti penjarahan yang dibuat oleh tentera Uthmaniyyah ketika itu selama tiga hari dan Hagia Sophia juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa mereka. Semasa kempen Uthmaniyyah itu, ia berperanan sebagai kem pelarian kepada penduduk ketika itu dan bila penjarahan dibuat, semua barang berharga diambil dengan penghuninya ditawan dan dijual sebagai hamba.

Selepas aktiviti penjarahan dihentikan dan kerja pembinaan semula Islambul (nama baru Constantinople) digerakkan, Hagia Sophia diberi nafas baru oleh Mehmed II bersesuaian dengan titah baginda yang mahu menjadikannya sebagai masjid. Semasa baginda memasuki Hagia Sophia, Mehmed II mendapati ia tidak terurus dengan banyak bahagian bangunan rosak.

Kisah sebegini bukan cerita baru kerana ia pernah diceritakan oleh bangsawan Cordoba, Pedro Tafur dan paderi Franciscan berdarah Itali, Cristoforo Buondelmonti dalam catatan pengembaraan mereka. Justeru, sebarang dakwaan bahawa tentera Uthmaniyyah bertanggungjawab merosakkan Hagia Sophia semasa kempen mereka adalah tidak benar sama sekali.

Ayasofya

Sehubungan dengan itu, segala kerosakan yang wujud ketika itu segera dibaiki dan pada 1 Jun 1453, Mehmed II menghadiri solat Jumaat pertama di situ. Hagia Sophia kemudiannya diisytiharkan sebagai masjid diraja pertama Uthmaniyyah di Istanbul.

Sejak itu, pelbagai penambahbaikan dibuat oleh para pemerintah Uthmaniyyah dari semasa ke semasa mengikut keperluan Hagia Sophia ketika itu. Ini termasuklah pembinaan beberapa menara semasa era Bayezid II, pengukuhan struktur masjid oleh arkitek Uthmaniyyah terkenal Mimar Sinan semasa era Selim II dan kerja-kerja pemulihan oleh Abdulmejid I antara 1847 hingga 1849.

Rajah 1: Imej litograf Hagia Sophia selepas projek pemulihan Abdulmejid I pada tahun 1857.

Tetapi pada tahun 1935, Hagia Sophia kemudiannya ditukar peranan dari masjid kepada muzium semasa era Mustafa Kamal Ataturk. Semua fresco asal Hagia Sophia semasa berperanan sebagai gereja kembali ditunjukkan kepada umum. Sejak itu, ia menjalani proses pemulihan dan pemuliharaan sehingga diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1985.

Dari muzium ke masjid…

Namun bagi orang Turki, mereka sudah lama berharap dapat kembali menunaikan solat dalam bangunan tersebut. Walaupun pada dasarnya ia tidak dibuka untuk tujuan ibadat baik orang Islam atau orang Kristian, tahun 2006 menyaksikan kerajaan Turki sebuah bilik kecil dalam kompleks bangunan itu sebagai tempat ibadat bagi staf-staf muzium beragama Islam dan Kristian.

Manakala pada tahun 2013 pula, menara Hagia Sophia dibenarkan dijadikan sebagai tempat laungan azan sebanyak dua kali sehari pada waktu tengah hari.

Jadi, kenapa ramai berkempen mahukan Hagia Sophia dikembalikan peranannya sebagai masjid? Semua ini bermula dengan tindakan seorang ahli politik Greek-Amerika, Chris Spirou yang mengetuai usaha mahu mengembalikan peranan Hagia Sophia sebagai gereja pada tahun 2007. Usaha sebegini sudah pasti mengundang rasa kurang senang umat Islam terutama rakyat Turki.

Justeru sejak tahun 2010, wujud usaha dalam kalangan tokoh-tokoh terkemuka Turki yang mahukan Hagia Sophia kembali sebagai masjid. Pada 1 Julai 2016, buat kali pertama dalam tempoh 85 tahun, aktiviti solat berjemaah diadakan di situ sekaligus mengundang kemarahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Perlindungan Alam Sekitar dan Monumen Bersejarah.

NGO itu memfailkan usul menghalang usaha Istanbul menukar peranan Hagia Sophia dari muzium kepada masjid di Mahkamah Pentadbiran Turki. Usul tersebut yang menyokong dekri Ataturk memihak kepada plaintif dengan hakim menyifatkan Hagia Sophia seharusnya kekal sebagai muzium.

Namun, itu tidak menghalang lebih banyak usaha dibuat bagi mengembalikan status Hagia Sophia sebagai masjid. Pada Mac 2019, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan usaha memulihkan kembali Hagia Sophia sebagai masjid dan menyifatkan dekri Ataturk sebagai satu kesilapan besar.

Rajah 2: Erdogan menyifatkan keputusan dekri Ataturk terhadap Hagia Sophia sebagai satu kesilapan besar. Sumber: https://www.hurriyetdailynews.com/turkish-president-erdogan-recites-islamic-prayer-at-the-hagia-sophia-129594

Kenapa keputusan ini akan jadi polemik? Pertama, memandangkan Hagia Sophia merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO, maka sebarang perubahan statusnya harus diberitahu terlebih dahulu. Dan kelompok pengkaji sejarah bimbang sekiranya Hagia Sophia kembali berperanan sebagai masjid, mereka tidak lagi mempunyai akses kajian kepada kompleks bangunan berkenaan termasuk fresco-fresco lukisan manusia dalam bangunan berkenaan.

Ia berkemungkinan bakal mengurangkan bilangan pelancong yang melawat Hagia Sophia. Berdasarkan data kerajaan, Hagia Sophia merupakan kawasan pelancongan yang paling banyak dilawati pelancong di Turki dengan 3.7 juta pelancong melawat kompleks berkenaan pada tahun lepas.

RUJUKAN:

Turkey court approves turning Hagia Sophia into a mosque – columnist. https://ahvalnews.com/hagia-sophia/turkey-court-approves-turning-hagia-sophia-mosque-columnist

Gall, Carlotta. (2020). Erdogan Talks of Making Hagia Sophia a Mosque Again, to International Dismay. The New York Times. https://www.nytimes.com/2020/07/08/world/europe/erdogan-hagia-sophia-mosque.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.