Walaupun sudah wafat lebih 6 abad, Hafez Shirazi masih meninggalkan legasi di Parsi. Malahan, tanggal 16 Oktober disambut sebagai hari Hafez. Apa keistimewaannya?
Sejak usia muda dia sudah menghafal al-Quran, melayakkannya untuk menyandang gelaran al-Hafez. Dia juga digelar Lisan al-Ghaib (Suara yang Tersembunyi), Tarjuman al Haqiqa (Penterjemah Hakikat), Tarjuman al Asrar (Penterjemah Rahsia), Kashif al Haqiqah (Pembuka Hijab Kebenaran) dan Bulbul-e Shiraz (Burung Bulbul/Nightingale Shiraz).
Bak kata Hafez, “Wahai engkau yang mencuba mempelajari keajaiban cinta melalui salinan buku logika, aku sangat khawatir engkau tidak akan pernah benar-benar mengerti maksudnya.”
Sebagaimana Rumi, Hafez juga membawa tema kerohanian yang tinggi. “Jangan kau seperti Iblis, hanya melihat air dan lumpur ketika memandang Adam. Lihatlah di balik lumpur, beratus-ratus ribu taman yang indah,” kata Rumi.
Mahakarya yang dikarang Hafez telah merevolusi sastera Parsi. Penulisannya dengan gaya ghazal lebih ringan dan ringkas, membuatkannya mudah untuk ditutur oleh semua orang. Mesejnya pula berkenaan kehidupan seharian, lalu dikaitkan dengan jiwa rohani dan Kekasih hakiki.
Hafez memasukkan anekdot di dalam ghazalnya.
“Suatu ketika seorang perempuan muda menyoalku, ‘Apa rasanya menjadi laki-laki?’. Aku pun menjawab, ‘Kekasihku, Aku tidak tahu’. Lalu dia mengatakan, ‘Ah, bukankah kamu laki-laki?’
Dan kali ini aku menjawab, ‘Kulihat jenis kelamin sebagai haiwan cantik yang dibawa manusia berjalan-jalan, dengan tali kekang di tangan. Dan mungkin mengikuti perlumbaan, untuk memenangi hadiah-hadian yang menghairankan.’
Kekasihku, pertanyaan yang lebih bagus bagi Hafez semestinya, ‘Apa rasanya sekeping hati?’ Kerana yang kutahu hanyalah Cinta, dan kudapati hatiku tanpa batas dan ada di mana-mana.’
Seperti sufi lain, Hafez merasa alangkah ruginya orang yang tidak jatuh cinta.
“Oh, kutahu sikapmu; Ketika engkau belum mereguk Cinta. Mungkin saha engkau menyobel; Setiap kalimat yangdiucapkan setiap kawan dan guru; Mencari anak-anak kalimat yang tersembunyi.
Engkau mungkin saja menimbang-nimbang; Setiap kata dalam sebuah ukuran; Seperti ikan yang mati. Mungkin saja engkau keluarkan penggaris; Untuk mengukur setiap sudut dalam kegelapanmu; Dimensi-dimensi indah sebuah kalbu; yang pernah kamu percaya.
Aku tahu sikapmu; Ketika engkau belum mereguk minuman dari Tangan Cinta.’
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang meminati puisi sufi, mesti meminati RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Banyak lagi hikayat dan makrifat yang mempesonakan korang. Apa lagi, Klik: https://shp.ee/jsuqygh




No comments yet