Nobel Peace Prize (Hadiah Keamanan Nobel) bagi tahun 2017 dimenangi oleh International Campagin to Abolish Nuclear Weapons (ICAN), sebuah NGO yang ditubuhkan pada tahun 2007 untuk mendesak negara-negara menandatangani Perjanjian Pengharaman Senjata Nuklear (Treaty on the Prohibition of Nuclear Weapons / TPNW).
Menurut wasiat Alfred Nobel, hadiah keamanan harus diberikan kepada mereka yang telah menyumbang kepada perdamaian antarabangsa (“fraternity between nations”) melalui pembubaran atau pengurangan tentera (“abolition or reduction of standing armies”) dan penganjuran persidangan keamanan (“holding and promotion of peace congress”).
Jadi ICAN ni kira layaklah sebab mereka berkempen untuk mengurangkan senjata nuklear. Cuma wasiat Nobel tak pernah kata nak beri hadiah dekat pejuang demokrasi dan hak asasi manusia seperti Martin Luther King (1964), Dalai Lama (1989), Aung San Suu Kyi (1991), Nelson Mandela (1993), Liu Xiaobo (2010) dan Malala Yousafzai (2014).
Ini bukan kali pertama aktivis anti-nuklear mendapat pengiktirafan Nobel. Sebelum ini, Linus Pauling (1962), Eisaku Sato (1974), International Physicians for the Prevention of Nuclear War (1985), Pugwash Conferences on Science and World Affairs (1995) dan International Atomic Energy Agency (2005) telah diberi hadiah Nobel atas usaha mereka dalam mengawal dan menghapus penggunaan senjata nuklear.
TPNW berbeza dengan perjanjian-perjanjian kawalan senjata nuklear sebelum ini seperti Non-Proliferation Treaty (NPT) yang hanya mengawal senjata nuklear, tetapi tidak bertujuan untuk memansuhkannya secara menyeluruh. Malaysia baru je menandatangani TPNW ni pada 20 September yang lepas. Tapi ia dibantah oleh hampir semua negara maju termasuk US, Rusia, Eropah, China malah Jepun yang pernah diserang senjata nuklear.
Dalam kajian hubungan antarabangsa terdapat debat mengenai hubungan antara senjata nuklear dan keamanan dunia.
Ikut common sense, senjata nuklear ini boleh membunuh ramai orang dalam sekelip mata, macam dekat Hiroshima dan Nagasaki. Jadi ia adalah ancaman kepada keamanan dunia. Betul?
Tapi, ada juga ilmuwan yang argue bahawa, sejak US meletupkan senjata nuklear yang pertama pada tahun 1945, tidak lagi berlaku peperangan antara kuasa-kuasa besar atau “major war” dalam masa lebih 70 tahun. Jadi nuklear sebenarnya menyumbang kepada keamanan dunia yang paling lama dalam sejarah atau “the Long Peace”.
Sebelum zaman kita, peperangan antara negara kuasa besar adalah lumrah. Dalam abad ke-19 saja ada Napoleonic Wars (1803-1815), Crimean War (1853-1856), Austro-Prussian War (1866), Franco-Prussian War (1870-1871), Spanish-American War (1898) dan Russo-Japanese War (1905). Kemudian diikuti oleh First World War (1914-1918) dan Second World War (1939-1945).
Tapi sejak 1945, tiada lagi perang antara kuasa-kuasa besar. US dan Soviet (Rusia) kiranya dua kuasa paling besar, tapi mereka tak pernah berperang secara direct. Mereka hanya mampu berperang secara indirect melalui proksi (seperti Perang Korea dan Perang Vietnam). Nuklear telah mencegah berlakunya Perang Dunia Ketiga.
India dan Pakistan yang pernah berperang tiga kali pun tidak lagi berperang selepas India menjadi pemilik senjata nuklear pada tahun 1974 dan Pakistan menjadi pemilik senjata nuklear pada tahun 1998.
Ini kerana senjata nuklear boleh memberi kesan “nuclear deterrence”. Tiada negara pemilik nuklear berani serang negara pemilik nuklear yang lain kerana mereka tahu itu kerja yang sia-sia akibat masing-masing mempunyai “second-strike capability” yang akan membawa kepada “mutual assured destruction”.
Korang jangan kerut dahi baca istilah-istilah jargon ni. Konsepnya mudah: kalau US serang Rusia (“first-strike”), Rusia akan balas balik (“second-strike”), akhirnya kedua-dua akan mengalami kehancuran (“mutually destructed”). Jadi siapa pun tak untung. Jadi mereka elak berperang. Kalau nak perang, mereka kena guna parti ketiga iaitu negara yang tidak mempunyai nuklear sebagai proksi.
Jadi itulah sebab negara-negara yang dicop sebagai musuh US (Korea Utara, Iran) sibuk nak membangunkan nuklear. Sebab bagi mereka, nuklear boleh jadi perisai kedaulatan. US tak berani nak menceroboh negara mereka kalau mereka memilik nuklear dan keupayaan “second-strike”.
Jika melihat kepada keadaan antara US dan Korea Utara hari ini, terbukti nuklear berfungsi sebagai pencegah perang. Tak kira betapa tegangnya hubungan US dan Korea Utara, masing-masing tak berani melepaskan tembakan. Apa yang mereka mampu buat hanya perang mulut, perang Twitter dan perang psiko.
Tapi teori “nuclear peace” ini ada kekurangannya. Teori ini berdasarkan andaian bahawa aktor negara adalah rasional. Donald Trump dan Kim Jong-un dilihat sebagai manusia rasional yang mampu mempertimbangkan akibat jika berperang. Tapi apa akan jadi kalau Trump woke up on the wrong side of the bed, atau Kim Jong-un sawan akibat termakan kimchi expired? Mahu bye-bye lah kita semua.
Dan sekarang ancaman terbesar kepada “nuclear deterrence” ini ialah pembangunan sistem “missile defense” yang mampu memintas keupayaan “second-strike”. Kalau US boleh tembak jatuh senjata nuklear Korea Utara dengan THAAD, tapi Korea Utara tak mampu nak buat yang sama, nahaslah Korea Utara. Itu sebabnya Korea Utara jadi semakin gelisah dan provokatif.
Adakah penghapusan senjata nuklear secara menyeluruh akan mewujudkan dunia yang lebih aman, atau ia akan membawa kita kembali kepada dunia zaman WW1 dan WW2? Setakat ini, tak ada jawapan yang jelas.
Tulisan ni dah agak panjang, kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh rujuk buku “The Spread of Nuclear Weapons: An Enduring Debate” oleh Scott Sagan dan Kenneth Waltz, dan artikel “Evaluating the Nuclear Peace Hypothesis: A Quantitative Approach” oleh Robert Rauchhaus.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih