Habislah, Donald Trump pun terjebak dengan Jawi. Korang punya pasal lah tak moveon-moveon lagi isu Jawi, sampai Trump sekarang pun nak bawa agenda Islamisasi dan Arabisasi. Allahu.
OK yang ni serius: Trump sebentar tadi tweet dalam Bahasa Parsi (Persian), bahasa rasmi Iran sebagai tanda sokongan moral kepada orang Iran yang tengah protes menuntut Ayatollah Khamenei letak jawatan atas kesilapan menembak pesawat Ukraine Airlines.
Tulisan ini dipanggil tulisan Parsi (Persian script), bukan tulisan Arab, walaupun ia berasal dari tulisan Arab. Ia dah diubahsuai ikut struktur Bahasa Parsi. Dah hampir 1,300 tahun orang Parsi/Iran pakai tulisan ini. Jangan panggil ni tulisan Arab depan orang Iran, kang tak pasal-pasal kena maki.
Trump punya tweet ni kalau diterjemah akan jadi: “kepada orang Iran yang berani dan menderita, saya telah berdiri bersama kalian sejak permulaan kepresidenan saya, dan kerajaan saya akan terus berdiri bersama kalian. Kami mengikuti rapat protes kalian. Keberanian kalian sangat mengilhamkan (inspiring)”.
Perhatikan perbezaan antara Bahasa Arab dan Bahasa Parsi. Ada beberapa kosa kata macam “الهام” (ilham), “دولت” (kerajaan), “ریاست” (kepresidenan), “شجاع” (berani) memang dipinjam daripada Bahasa Arab, tapi banyak juga kosa kata Bahasa Parsi ni memang perkataan asli, macam “مردم” (orang), “رنج” (derita), “شما” (kamu/kalian). Kalau “رنج” tulis dalam tulisan Devanagari (tulisan bagi Hindi) akan jadi “रंज”. Bahasa Hindi pun banyak dipengaruhi Parsi dan Arab.
Meanwhile aku tak rasa protes kali ini akan menjatuhkan Khamenei atau kerajaan Iran. Trump saja sakat je, macam dia ambil kesempatan isu Hong Kong dan Uyghur. Trump tak minat regime change. Dia tekan China punya tekan, last-last dapat trade deal (akan sign minggu depan) juga. So dia nak copy strategi yang sama ke atas Iran.
Apa pun marilah kita kecam Trump kerana merosakkan perpaduan dunia dengan tulisan berunsur agama dan membebankan media antarabangsa yang tak faham tulisan tersebut. Bantah bantah.
*nota kaki: tweet Trump ini ialah tweet Bahasa Parsi yang paling banyak dapat like dalam sejarah. Kalah Ayatollah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih