Tarikan pelancongan kalau dilaburkan dengan baik boleh mendatangkan faedah yang berangkaian. Seorang pelancong perlu bergerak ke tempat penginapan. Selesai saja, mereka perlu mencari makanan.

Kemudian mereka akan bergerak sana sini mengikut jadual ditetapkan. Jadi daripada seorang pelancong, negara menjana pendapatan khusus untuk industri pengangkutan (teksi misalnya), makanan (restoran atau kedai tepi jalan) dan hospitaliti (hotel).

Pelancong memilik negara mengikut kriteria tersendiri. Ada yang mencari infrastruktur pesat untuk menghiburkan hati.

Ada yang mahu melihat hutan tebal untuk mengubati jiwa.

Ada yang mahu itu. Ada yang mahu ini. Brazil mempunyai kelebihan saiz.

Sebagai negara yang besar, Brazil mampu memenuhi semua jenis kehendak pelancong.

Seseorang yang mengetepikan prasangka miskin dan persepsi je-na-yah mungkin boleh melihat keindahan syurga duniawi terselindung di Brazil.

Salah satu kawasan ialah Taman Negara Lençóis Maranhenses, yang terletak di negeri Maranhão.

Wajah Mengikut Musim

Kerajaan Brazil mengisytiharkan bahawa Lençóis Maranhenses ialah kawasan terpelihara sejak 2 Jun 1981. Ini bermakna kawasan ini tidak sama sekali boleh dibangunkan atau diusahakan.

Tindakan ini memang betul, kerana sebarang perubahan akan menjejaskan seluruh kawasan.

Jika dataran ini dikunjung semasa musim kering, nescaya hanya pasir dan panas sahaja akan menjadi peneman. Kerana ini bukan destinasi musim kering. Buminya beralunan bagaikan ombak, tidak langsung indah di mata.

Walau bagaimanapun, ketika musim hujan, taman negara ini bertukar menjadi lembah idaman. Selama empat bulan, langit mencurah pada bumi yang gersang ini. Angin kuat dan hujan akan menyebabkan suatu fenomena menakjubkan.

Di tempat lain, air yang bertakung menjadi banjir atau sekurang-kurangnya lopak serba buruk. Tetapi di Lençóis Maranhenses, air yang bertakung menjadi kolam dan lagun begitu cantik.

Gabungan warna dari atas memberi gambaran seperti seni coklat.

Ini pula seperti corak pada kopi.

Dan lagun ini pula merupakan takungan air yang tidak dapat diserap bumi.

Lapisan batu yang sangat tebal dan padat di bawah tanah merupakan punca di sebalik takungan ini. Air yang banyak memberikan ikan keli Atlantik kebebasan untuk berenang.

Apabila musim hujan berhenti, kebebasan mereka mula terhad. Paras air akan susut secara berperingkat sehingga kawasan dasar lagun.

Ikan-ikan lain mungkin akan ma-ti.

Tetapi ikan ini akan membuat lubang untuk hidup dalam kawasan berlumpur di bawah tanah. Musim hujan seterusnya akan mengisi semula lagun-lagun ini. Dan mereka akan keluar untuk makan.

Kitaran ini berulangan secara semulajadi.

Membangunkan Ekonomi Tempatan

Kerajaan negeri Maranhão tidak begitu aktif menggunakan Lençóis Maranhenses sebagai punca pelancongan.

Sehingga hari ini, Maranhão merupakan antara negeri paling miskin di Brazil kerana kebergantungan pada ekonomi asas. Tujuh juta orang menetap di negeri ini, berharap pada sumber ekonomi seperti pertanian dan perkhidmatan.

Keindahan Lençóis Maranhenses hanya menarik 60,000 orang sahaja dalam masa setahun. Malah perjalanan ke taman negara ini memakan masa lebih daripada lima jam, walhal lokasinya hanya 260 kilometer daripada bandar Sao Luis.

Jadi keberkesanan taman negara dalam dasar pelancongan ekologi tidaklah begitu menjadi. Bagi sesiapa yang mengunjungi tempat ini, banyak aktiviti sesuai untuk menghiburkan hati.

Peluang berbasikal dan menunggang kuda ialah perkara paling biasa dibuat. Kesunyian malam dan ketiadaan cahaya turut membuatkan langit kelihatan berpinar dengan bintang.

Geografi yang naik turun ini menjadikan Lençóis Maranhenses lokasi sesuai untuk penggambaran. Inilah tempat yang menjadi latar untuk planet Vormir dalam Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.