Baru habis layan movie Ashfall. Masa movie ni keluar kat wayang, memang aku berniat nak tengok kat wayang sebab kehadiran pelakon Dong Seok. Tak puas hati lagi dia ni mati dalam Train to Busan.
Sedikit sinopsis dan spoiler, Korea Selatan dan Korea Utara dilanda gempa bumi kuat dan gunung berapi Paektu meletus. Gunung ini mempunyai beberapa takungan magma yang menunggu masa untuk meletus dan meluahkan magma panasnya keluar. Hasil kajian seorang pakar geologi (Dong Seok) letusan gunung berapi tu boleh dielakkan dengan cara membuka satu laluan bawah tanah supaya magma yang terkumpul dalam takungan tu mengalir ke tempat lain.
Dalam keadaan yang terdesak, satu pasukan dihantar untuk curi nuklear dari Korea Utara di Pyongyang dan letupkan bom nuklear tu dekat laluan lombong lama bawah tanah berdekatan gunung berapi ni. Dua pasukan dihantar yang terdiri daripada satu teknikal pengendalian bom dan satu pasukan tempur. Disebabkan satu kemalangan, pasukan tempur tu semua mati. Yang tinggal pasukan teknikal tadi dan Zhao Dawei ( Lee Byung Hun) menjadi ketua.
Serabut habis satu pasukan sebab semua dah lama tak pegang senjata, asyik pegang bom. Nak masuk rempuh bangunan yang simpan bom nuklear tu pun jadi kelam kabut sikit.
Untuk pengetahuan anda, gunung ini terletak di sempadan antara Korea Utara dan China. Gunung ini berketinggian 2774 meter dari aras laut dan puncak paling tinggi di Korea. Bahagian atas gunung ini membentuk satu tasik seluas 3.5 kilometer persegi. Tasik yang tenang ini dipanggil Tasik Syurga oleh bangsa Korea.
Bahaya yang terdapat dari gunung ini ialah bahagian bawahnya membentuk kawah besar sedalam 35 kilometer yang mengumpul magma panas dan menunggu masa untuk meletus. Kuantiti magma yang terkumpul tidak dapat dipastikan oleh pengkaji. Magma yang terdiri daripada leburan batu dan kristal turut mengandungi kuantiti gas sulfur yang tinggi.
Gas sulfur yang terbebas ke udara akan menyebabkan penyejukan dan penurunan suhu udara. Selepas letusan Gunung Berapi Tambora pada tahun 1815, keadaan iklim dunia turut terjejas kerana gas sulfur yang terbebas .
Amerika menghadapi kabut kering, hujan tidak turun untuk beberapa tempoh. Monsun di india terganggu. Kanada mengalami sejuk melampau. Tahun 1816 digelar tahun tanpa musim panas.
Gunung Paektu ni kali terakhir meletus ialah pada tahun 946, semasa era Dinasti Goryeo. Berdasarkan rekod sejarah, letusan gunung ini satu masa dahulu menyebarkan batu debu berapi sehingga sampai ke Jepun. Keluasan kawasan terjejas bencana ini dianggar lebih kurang 120 kilometer persegi. Sejak kali terakhir meletus tahun 1903, gunung berapi ini dikelaskan sebagai gunung berapi tidak aktif atau dalam keadaan tidur. Kemungkinan untuk kembali meletus masih ada.
Bagi orang Korea Utara, gunung ini dianggap suci dan mempunyai simbolik nasional. Dikatakan dalam mitos bangsa korea, digunung inilah tempat turunnya pengasas kerajaan awal bangsa Korea.
Boleh baca disini : https://thepatriots.asia/kenapa-130-kg-kim-jong-un-tunggang-kuda-putih/
Antara tahun 2002-2005, beberapa letusan kecil telah berlaku dan gempa bumi menyebabkan gegaran kecil pada lereng gunung. Kemudian gunung Paektu kembali tidur. Saban tahun, siri kajian dan pemerhatian pada gunung berapi ini dijalankan sebagai persediaan.
Sekitar 1.6 juta penduduk berada dalam kawasan 100 kilometer persegi berdekatan Gunung Paektu. Tidak dapat bayangkan berapa banyak nyawa akan melayang dan kesan terhadap dunia jika gunung ini meletus suatu hari nanti.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih