Tidak boleh tidak, kita perlu menerima hakikat bahawa per.ang dan manusia berpisah tiada. Zaman dahulu, ramai figura yang umurnya sangat muda remaja, yang tidak kita sangka-sangka, namun mempunyai kualiti kepemimpinan yang luar biasa, genius dalam mencatur strategi dan taktikal per.ang, mahir berpidato dan berfikir, menonjolkan karisma yang mengasyikkan, mempunyai peribadi terpuji, akhlak yang mulia dan alim serta tidak segan menggondol kemenangan demi kemenangan di medan per.temp.uran. Dan tidak sikit pula yang bersinar seperti bintang-bintang di angkasa raya, sebelum sirna cahayanya apabila menemui ajal walaupun masih muda.

Mereka memainkan peranan penting untuk mencorak momentum sesuatu pepera.ngan itu. Mereka sedar bahawa tidak ada keamanan yang kekal abadi sampai bila-bila. Sebaliknya, keamanan itu hanyalah candu bagi mereka yang cenderung khayal dan lena. Pelengkap kepada kitaran dunia yang bangkit ke hadapan, mencapai klimaks dan merosot longlai. Keamanan yang sementara itu, bila ditilik dan diteliti, rupa-rupanya cumalah ilusi. Kerana selagi dunia itu berputar di paksinya, kitaran per.ang-aman-per.ang-aman tidak akan berhenti.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ilusi keamanan hanyalah penyedap kepada jiwa muda-mudi zaman sekarang, yang kononnya jaguh advokasi aktivisme global, penganjur pasifisme, jaguh retorik dan air liur padahal yang nyatanya, fikrah yang dianuti tampak terlalu idealistik dan hingusan. Seakan tidak berpijak di bumi yang nyata. Bukanlah berdosa menjadi idealis, tetapi perlulah setiap anak muda itu mempunyai jati diri yang teguh supaya tidak mudah dibudak-budakkan oleh mereka yang berkepentingan (baca: politikus). Supaya tidak mudah diperhambakan dengan belenggu penjajahan minda alaf baru.

Idealisme itu memang indah, retorik kasih sayang dan keamanan itu memang sedap didengar, namun semuanya akan tercengang dan terkejut dalam kecanggungan, apabila perang tercetus. Hari ini, ramai anak muda yang leka dibuai arus kerumunan hedonisme Barat mahupun Timur, ditunggang sehingga tertonggeng, khayal sekhayal-khayalnya, dengan agenda pelangi yang dicampakkan ke dalam kerongkong sendiri, akhirnya anak muda sesat di tanah leluhur bagaikan mayat tidak berkubur.

Dalam 1001 ragam manusia yang boleh diteladani bersama, sifat kebinatangan makhluk yang bernama manusia ini amat zahir sekali bilamana tercetusnya per.ang yang menyebabkan kebina.saan masyarakat jagatraya. Perkara ini berlaku bukanlah kerana manusia itu sifat fitrahnya liar dan melampau sejak azali tetapi kerana suasana per.ang yang mendesak lalu membuatkan manusia terdesak dan didesak, terhimpit dan dihimpit sehinggakan sanggup melakukan sesuatu yang di luar kewarasan akal.

Dengan pelbagai alasan, menggunakan aneka motif, dari mempertahankan kepentingan negara, menguasai hasil mahsul musuh sehinggalah mengangkat semula maruah bangsa yang diinjak-injak, sifat kebinatangan ini dihalalkan. Jika alasan itu benar-benar boleh dipertahankan morally dan legally, maka tiada masalah.

Agama Sebagai Pencetus Krisis?

Motif keagamaan yang digunakan sebagai casus belli ataupun justifikasi perang juga tidak kurang banyaknya dalam sejarah dunia. Namun ini tidaklah bermaksud agama itu menyarankan pera.ng tanpa alasan yang kukuh dan munasabah. Malah, pengistilahan “per.ang agama” itu sendiri sarat konotasi negatif yang sekular dan totok Barat (Cavanaugh, 2009). Pendek kata, istilah tersebut merupakan klasifikasi oleh sesetengah sarjana Barat yang berat sebelah untuk membawa imej kononnya agama itu sinonim dengan kegana.san.

Jadi dalam sejarah, sekadar mengambil sedikit contoh, siri crusade yang dicanang-canangkan pejuang Deus Vult itu matlamat utamanya adalah untuk merampas semula Tanah Suci di Jerusalem daripada pegangan wangsa Muslim. Begitu juga bagi per.ang yang diwajibkan ke atas semua penganut Yahudi (Judaisme) yang dipanggil Milkhemet Mitzwah dengan matlamat untuk mempertahankan agama mereka di dalam ruang lingkup geografi yang kecil dan terbatas di Canaan.

Bagi orang Islam pula, seruan J1had yakni “to strive, to strugle” di jalan Allah, sama ada secara rohani mahupun jasmani, bukanlah suatu konsep yang asing lagi bagi kita semua. Bahkan ketika Per.ang Dunia Kedua di Jepun khususnya, Buddhisme yang dikatakan agama keamanan itupun juga ada konsep keganasan yang dibenarkan. Kebenaran diberikan untuk “mem.bu.nuh seorang agar yang ramai terus hidup” (issatsu tasho). Hal ini dibuktikan pula dengan sokongan majoriti Kuil Buddha dan sami-sami ke atas usaha Empayar Jepun meluaskan kuasanya (Gier, n.d.).

Sami-sami sebuah kuil di Tokyo yang menjalani latihan sera.ngan udara sekitar tahun 1936

Walau bagaimanapun, sebelum kita tergopoh-gapah membuat kesimpulan pramatang dengan menyalahkan agama sebagai faktor krisis-krisis ini berlaku, merujuk kepada Encyclopedia of Wars, perlu diketahui bahawa hanya 6.98% ataupun 123 daripada 1764 pert.empuran (yang direkod) yang menjadikan agama sebagai motif utama pe.rang berlaku. Suatu jumlah yang kecil secara relatif. Bahkan, tamak haloba manusia itulah yang sebenarnya membelai kerakusan jiwa untuk bersaing, berebut dan seterusnya berbalah tanpa mengalah.

Lebih menarik lagi, Stacey Gutkowski dalam Secular War: Myths of Religion, Politics and Violence membahaskan bagaimana ideologi sekularisme (yakni pandangan dunia berpusatkan manusia dan sains, serta pengecilan peranan agama ke dalam ruang lingkup amalan peribadi) dan kelaziman sekular (secular habitus) yang dipakai Amerika dan sekutunya dalam Pencerobohan Iraq pertengahan 2000-an telah menyumbang kepada kehancuran tamadun umat Islam di Timur Tengah dan jenayah per.rang yang menjelikkan seperti penyeks.aan maha dahsyat di Penjara Abu Ghraib.

Dalam hal ini, kata Gutkowski, kelaziman sekular yang dipakai British menunjukkan gabungan rapuh (unstable mix) dorongan-dorongan yang dicorakkan tradisi politik liberal, kebudayaan Kristian (bukan agama Kristian yang dipraktikkan), kemajmukan masyarakat dan pluralisme serta sikap acuh tidak acuh terhadap agama. British, Amerika dan sekutu mereka juga dibebani beberapa streotaip dangkal dan mitos karut terhadap Islam dan orang Arab yang dapat dijejaki dari karya-karya Orientalis Barat.

Sebagai contoh, orang Islam itu gan.as dan terlibat dengan kelakuan seksual yang menyimpang, bahawa agama itu adalah urusan peribadi dan semua agama adalah secara asasinya sama, bahawa kononnya agama itu menganjurkan kegan.asan, bahawa hanya Barat yang sekular itu dapat mendisiplinkan penganut-penganut agama lain, membebaskan mereka dari sifat primitif serta menghasilkan masyarakat yang berbilang budaya. Begitulah tahyul mahyul yang tertanam dalam kepala si rasis Barat ketika mereka melanggar Iraq dan Timur Tengah kemudiannya. Oleh itu, sekularisme juga menjadi penyebab mengapa per.ang tercetus.

Shimabara-Amakusa ikki Tangisan Dua Dunia

Dalam banyak krisis yang melibatkan ketidakstabilan, pergolakan, kacau bilau, pemberontakan (insurrection) dan pembelotan yang pernah tercetus di Jepun, kebangkitan Shimabara tahun 1637-1638 ini antara yang paling susah nak dikesampingkan dan dilupakan. Terlalu menyayat hati, dramatik dan tragis. Kedua-dua kelompok dipisahkan oleh agama dan status sosioekonomi, kedua-dua pihak bergasak kerana tidak rela agama mereka dicela apatah lagi dimaki, kedua-dua kumpulan membuktikan bahawa kepercayaan mereka tidak mampu digugat sesiapapun.

Pertemp.uran suci untuk mengangkat semula martabat agama. Biar ma.ti berkec.ai tulang belulang, walau gunung dan bumi diterbalikkan, Amida Buddha dan Jesus Christ tetap menjadi pegangan mereka yang berseteru ini. Sejarawan Jepun mahupun pengkaji asing rata-ratanya masih ghairah menjalankan penyelidikan disebabkan peristiwa yang bolehlah dianggap sebagai unik ini.

Puak Arima yang memerintah wilayah Shimabara merupakan salah satu puak samurai yang pemimpinnya menganut ajaran Kirishitan (Kristian) selepas menerima dakyah paderi Jesuit yang tekad menyebarkan fahaman Kristian dalam kalangan golongan samurai dan bukan samurai. Selain daripada Arima, terdapat beberapa puak Kristian lain seperti Takayama, Otomo, Omura, Konishi dan Kuroda.

Daimyo yakni pentadbir wilayah dan ketua puak yang memeluk Kristian pula antaranya ialah Konishi Agostinho (Konishi Yukinaga), Otomo Sorin (Otomo Yoshishige), Arima John (Arima Harunobu), Gamo Leon/Leo (Gamo Ujisato) dan Justo Takayama Ukon (Gil Fons, Casillas de la Torre, & Robles Gutiérrez, 2016). Dengan pengkristianan mereka, pengikut samurai mereka juga ada yang mengikut jejak langkah dengan menganut Kristian. Tidak banyak puak Kristian di Jepun tetapi bilangan mereka semakin bertambah ketika itu sehinggakan abad ke-16 sehingga awal abad ke-17 digelar sebagai “The Christian Century” oleh sesetengah sarjana.

Portret Dom Justo Takayama Ukon, Daimyo Jepun yang dimasyhurkan sebagai ”Samurai of Christ” oleh Paus Francis pada tahun 2017

Kematian Toyotomi Hideyoshi yang terkenal dengan polisi anti-Kristian (Perintah Pengusiran Paderi Jesuit tahun 1587) dan kemenangan Pakatan Timur dalam Pertemp.uran Agung Sekigahara membawa sinar harapan kepada. Namun, tahun 1606 menyaksikan Bakufu Tokugawa meneruskan perintah larangan ke atas agama Kristian kerana musuh-musuh Tokugawa dikatakan bersimpati dengan minoriti Kirishitan yang ketika itu berjumlah lebih kurang 300,000 orang, hampir kesemuanya adalah converts (Yamamoto, 2009).

Mereka hanya dua pilihan. Satu, untuk meninggalkan agama Kristian. Dua, untuk pura-pura meninggalkan agama Kristian tetapi terus beramal dalam senyap ‘bawah tanah’. Mereka inilah yang digelar, Kakure Kirishitan ataupun Hidden Christians. Tahun 1614, pentadbiran puak Arima yang pro-Kristian digantikan dengan puak Matsukura yang lebih pro-Tokugawa. Dalam insiden di Shimabara, 40,000 pemberontak Kirishitan yang terdiri dari pelbagai latar belakang, telah bangkit menentang hegemoni Keshogunan Tokugawa pada tahun 1637.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan pemberontakan berlaku iaitu dari segi agama dan ekonomi. Pemberontakan yang pada awalnya berpunca daripada polisi Tokugawa yang anti-Kristian dan dasar cukai yang melampau ini nampak gaya berjaya memacu momentum yang amat luar biasa. Seakan-akan hendak menunjukkan yang segala yang dipendam selama ini akhirnya meletus. Mana tidaknya, dari segi agama, Tokugawa menyek.sa dan mengugut orang Jepun beragama Kristian dan memaksa mereka untuk murtad. Terdapat usaha oleh paderi-paderi degil untuk menyeludup masuk para mubaligh Kristian tetapi bagi mereka yang terkantoi, sudah tentu mereka akan dibakar hidup-hidup ataupun dipanc.ung sampai ma.ti (Keller, 2019).

Dari segi ekonomi pula, puak pemberontak menzahirkan rasa tidak puas hati disebabkan gejala despotisme yang diamalkan Daimyo puak Matsukura telah memaksa mereka membayar cukai yang mahal (Tsuruta, 1994). Daimyo Matsukura Shigemasa mati dan digantikan dengan anaknya, Matsukura Katsuie. Katsuie yang masih mentah dan kurang berpengalaman dalam pentadbiran itu cekal meneruskan polisi anti-Kristian dan dasar percukaian yang diamalkan mendiang bapanya. Ramai petani yang naik bengang.

Bagi mereka yang ingkar atau tidak boleh bayar cukai, dikatakan bahawa mereka dibelasah, dilemaskan dan dihapuskan oleh Matsukura (Ohashi, 2010). Itu adalah suatu kesilapan yang amat besar oleh Matsukura kerana dalam hierarki sosial tamadun Jepun zaman itu, golongan petani adalah golongan yang dijamin hak mereka. Dalam piramid hierarki, mereka terletak atas golongan saudagar dan artisan kerana golongan petani berperanan memastikan gudang makanan puak-puak samurai di seluruh negara terus penuh dengan beras, makanan ruji yang amat penting. Beras juga melambangkan kekuasaan.

Amakusa Shirō Sebagai Al-Masih Kirishitan

Tokoh yang amat besar namanya dalam konflik keagamaan ini ialah Amakusa Shirō Tokisada (juga dikenali sebagai Geronimo dan Fransisco), panglima dan pemimpin utama kepada 40,000 orang pemberontak yang terang-terangan menongkah arus. Usianya? 16 tahun ketika mengetuai bala pasukan pemberontak. Umur setahun jagung, darah setampuk pinang. Sekadar terbayang, kalaulah di zaman kita, barangkali baru menduduki SPM. Barangkali baru nak mohon UPU.

Lukisan oleh Takato Yamamoto yang menggambarkan Amakusa Shiro (kanan) dan Virgin Mary (tengah). Lukisan ini hanyalah lakaran kreatif.

Amakusa merupakan anak kepada Masuda Jinbei, seorang samurai tidak bertuan (ronin) yang juga membantu puak pemberontak. Dikatakan terdapat beberapa orang ronin dalam pasukan pemberontak tetapi majoritinya terdiri daripada petani, saudagar dan tukang mahir (Farias, 2016). Maknanya memang pemberontak tidak mempunyai pengalaman dan ilmu berkaitan per.ang ataupun warcraft (bukan permainan atas talian).

Walau bagaimanapun, di Shimabara, secara spesifiknya di Istana Hara, Amakusa tak putus-putus memberikan arahan, mengkoordinasi taktik pertahanan, membanting tulang menjaga perimeter kubu dan segala urusan yang melibatkan kepimpinan, juga berada di bahunya sebagai panglima nombor satu. Tidak banyak rekod yang menceritakan perihal Amakusa dengan terperinci tetapi adalah wajar untuk diketengahkan hipotesis bahawa peranan yang dimainkannya amat besar sebagai panglima.

Kewibawaannya memukau para pengkaji sejarah. Ada sarjana yang berhujah bahawa Amakusa cumalah pemimpin utama hanya pada nama dan kuasa sebenar terletak pada pemimpin pemberontak lain yang lebih berusia dan berpengalaman (Tsuruta, 2008). Namun penulis yakin bahawa Amakusa bukanlah sekadar boneka dan pak turut kerana Amakusa dianggap sebagai Messiah ataupun jelmaan Al-Masih kepada para pemberontak yang beragama Kristian (Kreeft, 2011). Maknanya apa? Maknanya kebuluran jiwa dan kegersangan moral yang sepatutnya dialami tentera pemberontak tidak berlaku kerana Amakusa inilah, Scion of Light yang membawa sinar harapan.

Kita perlu faham bahawa tentera pemberontak tidak mempunyai persenjataan yang lengkap, tidak terlatih dan berada dalam keadaan yang terdesak. Bekalan makanan juga terhad. Tokugawa zahirnya tidak memandang rendah keupayaan para pengkhianat lantas dikerahnya hampir 200,000 tentera pejalan kaki dan pahlawan samurai untuk memadamkan api revolusi. Malah pihak Belanda (Kristian Protestan dan bukannya Katolik seperti Portugis dan Paderi Jesuit) pun menyertai konflik ini atas permintaan Tokugawa. Hampir setengah tahun juga masa yang diambil pasukan Tokugawa dalam pengepungan yang dikenakan ke atas puak pemberontak sebelum mencapai kemenangan.

Namun pemberontak yang diketuai Amakusa masih berupaya memberikan tentangan yang amat sengit selama setengah tahun itu. Serangan awal oleh pasukan Matsukura dan Nabeshima (yang berada dalam pasukan Tokugawa) juga menemui kegagalan yang amat memalukan. Sehinggakan satu tahap komander utama pasukan Tokugawa, Itakura Shigemasa terkor.ban akibat dipanah. Suatu tamparan hebat kepada maruah keshogunan. Kemudian, Itakura diganti tempatnya oleh Matsudaira Nobutsuna, seorang panglima yang lebih berkaliber.

Tugu Amakusa Shiro di Kumamoto

Kredit harus diberikan kepada Amakusa yang mengekalkan moral para pejuang Kristian yang sanggup berkor.ban nyawa, walaupun keadaan jelas tidak memihak kepada mereka. Dalam keadaan sebegini, logiknya pemberontak sudah tentu akan kalah lebih awal tetapi disebabkan dorongan kerohanian yang diberikan Amakusa, pemberontak seolah-olah mendapat nafas baru untuk mempertahankan kepercayaan mereka.

Usaha yang dilaksanakan Amakusa sebagai Messiah Kirishitan dapat dibuktikan lagi apabila setiap hari, Amakusa menyampaikan tazkirah agamanya kepada tentera pemberontak. Sehari sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali. Tazkirah tersebut berbunyi, “Jangan merayau dari kedudukan kamu dan tunggulah dengan penuh kesabaran, sesungguhnya kalian akan ke syurga tetapi jika kamu melarikan diri, kamu akan terjerumus ke dalam neraka!” (Kreeft, 2011). Bukan itu saja, Amakusa juga merangka dan menguatkuasakan suatu set peraturan ke atas pemberontak yang dinamakan Shirō Hattogaki.

Dalam set peraturan ini, Amakusa dengan jelas menyarankan para pemberontak untuk terus menyembah Tuhan (Deus) siang dan malam, tidak bermusuhan dengan satu sama lain, bersedia untuk menggempur musuh sebagai tanda sayang kepada Tuhan, bahawa mereka dalam keadaan yang kotor dengan dosa dan hanya dengan berjuang menentang Tokugawa saja mereka dapat membersihkan dosa mereka itu, bahawa rahmat Tuhan hanya akan sampai kepada mereka yang gigih berdoa (Kreeft, 2011).

Karisma Amakusa tidak pula hilang atas alasan usianya yang muda itu. Malah, kepimpinannya bagaikan matahari yang menyinari seluruh pasukan pemberontak, sinarannya sekata dan saksama. Keajaiban yang menyegarkan. Pihak Tokugawa cuba menggunakan ibu dan kakak Amakusa iaitu Marta dan Regina untuk menulis surat kepada Amakusa dengan harapan beliau dan pemberontak yang lain menyerah diri.

Marta dan Regina juga menggesa Amakusa untuk melepas dan membebaskan “forced converts” ataupun pemberontak yang kononnya dipaksa menganuti fahaman Kristian. Tetapi pihak pemberontak membalas balik dakwaan tersebut dengan menekankan bahawa mereka disatukan dibawah panji-panji Kristian dan tidak ada sesiapa yang dipaksa menganut agama Kristian di pihak mereka.

Kemenangan oleh Tokugawa adalah kemenangan yang tidaklah mengejutkan. Shimabara bermandi dar.ah kerana Tokugawa tidak mahu mengambil risiko pisang berbuah dua kali. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa semua pengkhianat, pensimpati Kristian dan sanak saudara mereka dipan.cung dan disalib. Kecuali hanya seorang, iaitu tali barut bernama Yamada Emosaku yang membocorkan maklumat sulit tentang pemberontak kepada pihak Tokugawa.

Tetapi sudah tentu, sebelum pertem.puran tamat, Amakusa sedar bahawa hayatnya singkat. Nasibnya sama juga seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain, dipen.ggal kepala dan dipacakkan di tengah-tengah alam, sebagai peringatan keras kepada sesiapa yang mungkin berhasrat untuk memberontak lagi. Yang pastinya, Amakusa berpuas hati dapat menunaikan hajat di hati untuk berbakti kepada agamanya itu.

Kematian pemberontak Shimabara bukan sia-sia kerana selepas sebulan krisis ini tamat, Daimyo Matsukura Katsuie dijatuhkan hukuman pan.cung sampai ma.ti oleh pentadbiran keshogunan, suatu hukuman yang amat memalukan, kerana kezalimannya ketika memerintah wilayah Shimabara.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kehebatan Amakusa dan karismanya bolehlah disamakan dengan pemimpin-pemimpin muda yang lain seperti Jeanne d’Arc, Sultan Muhammad Al Fateh, Julius Caesar, Alexander Agung, Lafayette, Muhammad Ibn Qasim dan yang seangkatannya. Benar, usia bukan penghalang untuk mengubah suratan takdir. Kesimpulannya, kita hendaklah mengambil pengajaran dari semangat cinta akan agama yang amat luhur, suci dan luar biasa yang ditunjukkan Amakusa dan aplikasikannya dalam memartabatkan Islam.

Akhir kalam, jika Jeanne d’Arc telah lama diangkat dan dimasyhurkan sebagai Santo dalam kepercayaan Katolik, maka layanan yang sama juga sepatutnya diberikan kepada Amakusa.

RUJUKAN

Axelrod, Alan; Phillips, Charles, eds. (2004). Encyclopedia of Wars (Vol.3). Facts on File. pp. 1484–1485 “Religious wars”.

Cavanaugh, William T. (2009). The Myth of Religious Violence: Secular Ideology and the Roots of Modern Conflict. Oxford: Oxford University Press.

Farias, Jake A. (2016) “The Desperate Rebels of Shimabara: The Economic and Political Persecutions And the Tradition of Peasant Revolt,” The Gettysburg Historical Journal: Vol. 15 , Article 7.

Gier, N. (n.d.). Buddhism and Japanese Nationalism: A sad chronicle of complicity.

Gil Fons, Antonio, Casillas de la Torre, Rubén, & Robles Gutiérrez, Víctor Hugo. (2016). Más allá del cristianismo: Un análisis multicausal de la rebelión de Shimabara, 1637-1638. México y la cuenca del pacífico, 5(13), 115-141.

Gutkowski, S. (2014). Secular War: Myths of Religion, Politics and Violence.

Keller, A. (2019). Mother of God, Mother of Christianity: The Development of the Marian Tradition in Early Modern Japan.

Kreeft, N. (2011). Deus Resurrected – A fresh look at Christianity in the Shimabara-Amakusa rebellion of 1637.

Ohashi Yukihiro, trans. Martin Ramos, “The Revolt of Shimabara-Amakusa,” Bulletin of Portuguese-Japanese Studies, no. 20 (2010), 74. Historical Abstracts

Tsuruta Kurazō 鶴田倉造, Genshiryō de Tsuzuru Amakusa Shimabara no Ran 原史料で綴る天草島原の乱. Kumamoto-shi: Inagami insatsu, 1994.

Tsuruta Kurazō 鶴田倉造, Q&A: Amakusa Shirō to Shimabara no ran Q&A・天草四郎と島原の乱( Kumamoto-shi: Kumamoto Shuppan bunka kaikan, 2008), 60 – 65.

Yamamono, Hirofumi. “The Edo Shogunate’s View of Christianity in the Seventeenth Century.” In Christianity and Cultures: Japan and China in Comparison, 1543-1644, edited by M. Antoni Üçerler, 254-267. Rome: Institutum Historicum Societatis Iesu, 2009.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Fariz Fujiwara merupakan seorang Feudalis Nasionalis Konservatif yang menggemari perihal tawarikh, bahasa dan politik. Penulisannya acap kali tertumpu kepada sejarah Jepun khususnya zaman keagungan feudalisme. Hobinya seperti menonton anime, menelaah manga, manhua serta novel fantasi wuxia China banyak mempengaruhi hasil tulisannya. Kini merupakan mahasiswa UiTM yang sedang menyambung pelajaran dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

Comments are closed.