Kebiasaannya, peneroka-peneroka Eropah sentiasa dicanang sebagai orang terawal yang menemui benua Amerika. Orang-orang seperti Amerigo Vespucci dan Christopher Columbus sentiasa disebut-sebut dalam buku sejarah dunia. Tetapi beberapa ratus tahun sebelum mereka, terdapat seorang wanita bernama Gudrid Thorbjarnardóttir didakwa telah sampai di benua Amerika seperti diceritakan dalam saga-saga Viking.

Nama Gudrid disebut dengan jelas dalam dua saga iaitu  The Saga of the Greenlanders dan The Saga of Eirik the Red. Tetapi kedua-duanya mempunyai versi berbeza tentang beliau. Dalam Greenlanders, Gudrid digambarkan sebagai seorang miskin dan berdepan kejadian kapal karam semasa dalam perjalanan ke Greenland. Manakala dalam versi Eirik the Red, beliau digambarkan sebagai seorang wanita yang kaya dan terselamat daripada musim sejuk Greenland sebelum berkelana ke Vinland.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Begitupun, kedua-dua saga berkongsi ciri hampir sama tentang Gudrid. Dalam kedua-dua saga, beliau dilahirkan di Iceland pada lewat abad ke-10 dan mula mengikut bapanya, Thorbjorn ke Greenland pada usia 15 tahun. Mereka ke sana selepas mendapat tahu rakan Thorbjorn, Eirik sibuk membina petempatan di Greenland.

Tidak lama selepas itu, Gudrid berkahwin dengan anak Eirik, Thorstein. Thorstein sebenarnya adik kepada orang Viking pertama yang sampai di benua Amerika atau Vinland iaitu Leif Erikson. Ingin mengikut jejak langkah abangnya itu, beliau berlayar ke Vinland bersama Gudrid tetapi gagal sampai di tanah yang diperkatakan itu. Bagaimanapun, mereka berdua sempat pulang ke Greenland sebelum musim sejuk melanda.

Tetapi kedua-duanya tidak pernah menyangka musim sejuk yang ditempuh kali ini amat mencabar. Satu persatu penduduk yang menetap di petempatan di situ ma_ti termasuk Thorstein. Dalam kedua-dua saga, hantu suaminya itu menyakinkan Gudrid bahawa beliau mempunyai takdir hebat yang menanti untuk dipenuhi.

Semasa berusia 17 tahun, Gudrid berkahwin semula dengan seorang saudagar Iceland bernama Thorfinn Karlsefni. Kedua-duanya kemudian memilih berlayar ke Vinland dan mempunyai cahaya mata bernama Snorri. Selepas menetap di situ selama tiga tahun, mereka sekeluarga berlayar pulang. Walaupun satu saga menyatakan mereka berhenti sebentar di Norway, kedua-dua saga menyatakan perhentian terakhir mereka ialah sebuah ladang di Glaumbaer, Iceland.

Rajah 1: Patung Gudrid dan puteranya, Snorri di Glaumbaer, Iceland.

Saga of the Greenlanders menambah semasa Gudrid berusia 40-an atau 50-an, beliau mengembara ke Rom dengan berjalan kaki. Setelah itu, beliau kembali semula ke Glaumbaer dan menjalani kehidupan sebagai seorang biarawati dan memilih menyendiri daripada berkahwin semula.

Persoalannya, apakah saga-saga ini boleh dipercayai? Ini kerana menurut para sejarawan, sesetengah saga mengandungi elemen bersifat fantasi dan mistik seperti naga, ha_ntu dan ahli si_hir. Selain itu, mereka mempersoalkan sama ada saga ini boleh dipercayai atau tidak memandangkan ia merupakan cerita lisan. Dalam kes Greenlander dan Eirik the Red, kedua-duanya disampaikan secara lisan selama 200 tahun sebelum direkodkan dalam bentuk tulisan pada abad ke-13.

Justeru, satu cara untuk membuktikan sama ada saga-saga ini benar atau tidak ialah menerusi penemuan arkeologi. Satu tempat yang menjadi lokasi pengkaji arkeologi ialah Glaumbaer yang dikatakan kediaman terakhir Gudrid. Hasil pemeriksaan mereka mendapati kediaman Viking itu berbeza dengan kediaman Viking lain di Iceland dan lebih menyerupai petempatan Viking di Amerika Utara.

Rajah 2: Contoh bot Viking yang dibina semula di L’Anse aux Meadows.

Satu-satunya petempatan Viking di Amerika Utara ialah L’Anse aux Meadows yang terletak di bahagian paling utara di Newfoundland. Pakar-pakar arkeologi percaya petempatan ini merupakan pangkalan bagi orang-orang Viking melancarkan ekspedisi ke kawasan-kawasan di sebelah selatan. Pentarikhan karbon meletakkan L’Anse aux Meadows sekitar 1000 Masihi, hampir sama dengan garis masa ekspedisi Leif Erikson dan Gudrid ke Vinland.

Satu penemuan menarik di L’Anse aux Meadows ialah batu berbentuk pelik dan berlubang yang ditemui oleh Birgitta Wallace pada 1975. Penemuan sebegini mungkin dipandang sepi tetapi ia sebenarnya pusaran spindel Viking yang digunakan untuk memintal benang. Kerja memintal benang merupakan kerja golongan wanita semasa era Viking. Walaupun sesetengah pakar merasa ragu-ragu untuk mengaitkannya dengan Gudrid, ia bukan satu isu untuk Wallace.

Beliau juga percaya Gudrid tidak tinggal berseorangan di petempatan tersebut. Ramai wanita mengikut jejak langkahnya dan puteranya, Thorfinn ke Vinland semasa tempoh tersebut. Batu kecil itu merupakan bukti orang Viking sudah hidup dan bekerja di L’Anse aux Meadows lebih sealaf yang lalu.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Salah satu versi saga Eirik the Red yang masih wujud ialah Buku Hauk yang dikarang penasihat raja Norway abad ke-13, Hauk Erlendsson. Semasa tinggal di sebuah biara di Iceland, Hauk menyalin semula saga Eirik the Red menerusi versi cerita lisan datuknya dan menambahnya pada susur-galur keturunan mereka. Hauk percaya keluarganya merupakan keturunan Gudrid menerusi puteranya, Snorri.

Walaupun ada yang meragui kesahihan dakwaan ini, sesetengah cendekiawan seperti Wallace melihat ini sebagai bukti sahih Gudrid sebenarnya wujud. Dr Eleanor Rosamund Barraclough dari Universiti Durham menggelar beliau sebagai hero sebenar saga Vinland dengan saga Eirik the Red sepatutnya dinamakan semula sebagai saga Gudrid.

RUJUKAN:

Durn, S. (2021). Did a Viking Woman Named Gudrid Really Travel to North America in 1000 A.D.?. Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.