In case korang hairan kenapa tiba-tiba isu alam sekitar penuh menghiasi ruang berita antarabangsa, ketahuilah bahawa persidangan antarabangsa berkenaan isu alam sekitar (perubahan iklim) bernama UN Climate Action Summit telah berlangsung di New York pada semalam, 23 September 2019.

Yang mencuri tumpuan persidangan kali ini ialah adik bernama Greta Thurnberg, remaja berumur 16 tahun berasal dari Sweden. Dia menjadi ikon aktivis alam sekitar (environmentalist) sedunia selepas tindakan dia pada tahun lepas yang berponteng sekolah sebagai mogok terhadap kerajaan Sweden yang dikatakan tak ambil berat pasal isu perubahan iklim.

Jadi, budak-budak sekolah di merata dunia pun ikut teladan Greta, pakat-pakat mengadakan himpunan “Climate Strike” pada Jumaat lepas untuk menyampaikan suara environmentalist.

Benda ni bagus sebenarnya. Daripada main Tik Tok, lebih baik remaja mengambil berat pasal dunia, pasal isu global, pasal isu sejagat. Lihat Greta petah berucap di pentas dunia mengutuk pemimpin-pemimpin dunia atas kegagalan berespon terhadap perubahan iklim (https://www.facebook.com/bbcworldservice/posts/2777794505572991). “How dare you” “how dare you”. Confirm lah tahun ni Hadiah Keamanan Nobel (Nobel Peace Prize) adik ini punya.

Cuma adik Greta ni agak radikal. Bukan saja dia komited terhadap environmental cause secara peribadi malah dia mencabar mak ayah dia untuk hidup secara “carbon-free”. Antaranya, dia minta mak ayah dia jadi vegan, sebab aktiviti penternakan (sumber daging) akan menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau. Mak Greta adalah seorang penyanyi opera terkenal di Eropah, terpaksa bersara sebab tak boleh nak buat konsert di luar. Sebab naik kapal terbang akan menambah lagi gas rumah hijau.

Disebabkan Greta ada Sindrom Asperger, jadi mak ayah dia pun sayang dia lebih dan support anak dia. Disebabkan Greta pantang naik kapal terbang, jadi dia naik kapal layar “bebas karbon” bernama “Malizia II” belayar selama 15 hari untuk sampai ke New York.

Cuma, personal choice untuk menjadi environmentalist satu hal, menyedarkan dunia satu hal, melaksana (implement) lagi satu hal.

Ucapan Greta penuh dengan semangat dan emosi, tapi tak beri apa-apa solusi kepada isu pokok yang sedang dialami. Dia kata “People are suffering. People are dying. We are in the beginning of mass extinction, and all you can talk about is money and eternal economic growth”. Lepas habis ucapan, Greta bersama beberapa lagi aktivis remaja menfailkan petiseyen terhadap Jerman, Perancis, Brazil, Argentina, dan Turki atas “pencabulan hak asasi” mereka kerana gagal mengawal pelepasan karbon.

Orang yang berasal dari negara maju dan bebas dari keperluan, memanglah senang nak cakap begitu. Yang menjadi isu pokok pada hari ini bukan sebab orang tak sedar tentang perubahan iklim (kecuali puak-puak “climate change denier”), tapi lebih kepada soal pembahagian tanggungjawab.

Negara yang bertumpu pada sektor pertanian dan perindustrian lebih banyak melepaskan gas rumah hijau. Negara-negara ni kebanyakan negara sedang membangun. Sementara itu yang duk push agenda environmentalist ni aktivis dari negara-negara maju (terutamanya Eropah). Negara-negara ni dah lepas fasa pembangunan pertanian dan perindustrian yang banyak keluar asap, beralih ke sektor perkhidmatan yang tak keluar asap. Jadi sukar sebenarnya untuk mereka memahami dilema antara ekonomi dan alam yang dialami oleh negara sedang membangun.

Macam sekarang negara Barat duduk tekan Malaysia dan Indonesia pasal kelapa sawit, kononnya ia banyak memberi kerosakan kepada alam. Memanglah diorang boleh membangun tanpa “environmental damage” sebab mereka dulu tanam getah, gali berlian semua pun dilakukan atas bumi negara jajahan macam kita. Bila kita cuba bangun atas kaki sendiri, kita dikecam merosakkan alam sekitar.

“Green lifestyle”, “green technology” green tu green ni semua memerlukan kos. Greta marah orang naik kapal terbang, tapi berapa orang yang mampu memiliki kapal layar bebas karbon yang bernilai berjuta-juta?

Sebab tu bila aku dengar ucapan Greta ni, aku rasa “cringe” semacam. Greta ni macam bayangan kepada negara-negara maju: “privileged” dan “self-righteous”.

Ni perspektif alternatif aku lah. Jangan tuduh aku climate change denier atau anti-environmentalism pulak. Aku sokong environmentalism, cuma dalam memperjuangkan ia kita pun harus berhati-hati, tak leh terima bulat-bulat naratif yang popular dalam media antarabangsa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.